Thursday, December 4, 2014

Liltle Updates16

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kaifa halukum?
Ana Alhamdulillah. Bi khair.

Long time no update!

Okay, korang mesti dah tahu kan sebabnya.

Ya, Acik Laura kebizian. Huhuhu. Idok menyempat nak mengupdate.

Okay, Mari Acik Laura kisahkan perihalnya serba sedikit.

1. Sibuk ulang alik.

Hari tu dah bagi tahu kan yang Acik Laura kena pindah opis baru. Dan tempat lama Acik Laura dah ada orang lain masuk kan? Letih tau ulang alik. Sebab apa? Sebab kat opis baru tu facilities masih belum lengkap. And no internet facility lagi. Susah juga nak buat kerja especially perkara - perkara yang urgent. Oh ye benar Acik Laura ada Wifi sendiri and ada data package sendiri TAPI kat opis baru tu coverage sangatlah tidak elok.

Jadi biasanya memang kena ulang alik. Normally, pagi - pagi pergi opis baru lama untuk punch in. Kemudian, settlekan kerja yang perlu menggunakan khidmat internet. Then arrange meeting with my unit. Lepas tu gerak ke opis baru. Kemudian, nanti around 5.15 gituh, gerak semula ke opis lama untuk punch out.

Bukannya tak de tempat langsung untuk buat kerja di opis lama tapi tak selesa sangat. Opis masih tunggang terbalik dengan ada barang - barang yang sepatutnya dah dibawa ke opis baru tapi belum berangkat. Lepas tu nak stay student center kang penuh ngan student. Jadi berkelanalah ke opis baru yang jauhnya menyebabkan nangis setiap kali kena isi minyak kereta. Huhuhu, sedihkan?

2. New Semester is coming
Yang ini keletihan tak habis - habis. Maklomlah diberi 2 portfolio dalam fakulti yang mana belom abis semester dah kena kejar untuk portfolio yang pertama and belom pon lega dengan portfolio yang pertama dah kena mulakan kerja - kerja untuk portfolio yang kedua. Lepas tu karang, selesai portfolio yang kedua, mula balik semula portfolio yang pertama tadi. Nangis! Tu belum lagi pasal Postmorterm Result. Nangis berganda - ganda!

Bos, I is penat. I am tired. Aci tak, bagi portfolio yang pertama tu kat orang lain?

3. Cuti Sekolah
Hohoi, Acik Laura tak bercuti ye. Tapi sebagai Moksu yang baik hati lagi menyayangi anak buah ini, kena juga allocate masa untuk dorang especially:

- Hujung tahun ari tu, apply cuti untuk pergi sign buku rekod dan bawa balik barang - barang yang duduk asrama.
- Tengah dorang cuti ni, moksu haruslah apply cuti barang sehari samada Jumaat atau Isnin untuk bawa dorang beli barang - barang sekolah.
- Moksu juga perlulah amik cuti sehari dua balik kampung sebab anak - anak buah ada balik kampung duduk dengan nenek sepanjang cuti ni. 

Jadi begitulah. I tak pernah pon rasa renyah dengan hal - hal anak - anak buah I ni. I suka dan I tahu tanggungjawab tu ada pada I dan family. Lagipon, dorang nak belajar kan?


Jadi, begitulah kisahnya kebizian Acik Laura dua tiga menjak ni selain busy occupied dengan hal - hal kerja yang sedia ada atau tiba - tiba jatuh dari langit.

Anyway, I merasakan akan jarang update blog ini pada masa hadapan. Kalau ada yang rindu (ada ke?), carilah kat instagram. Sila search lauraazura. Ia private tapi request aja. In shaa Allah lambat atau cepat I akan approve.

Till then, 
May Allah bless our works and accept our ibadah.

See you again.
Assalamualaikum.


Friday, November 14, 2014

Aktiviti Pelajar : Majlis Makan Malam Pentologi

Assalamualaikum..

Apa khabar semua.

I baru ada masa sikit nak memblog.

I nak share some pictures during Pentologi's night held 3 weeks ago at Megaview Hotel, Kuantan.
Pentologi = kelab pelajar diploma pengurusan teknologi dan diploma pengurusan teknologi (perakaunan).

Dah lama juga kelab tak buat majlis makan - makan. Dan I sendiri pon x prefer buat dinner sebab boring. I lagi suka kalau buat family day.

Okay, here are some of pictures that I managed to capture.

Kami, Pensyarah berkaca mata

The Emcees. Asraff dan Winnie

AJK Kelab

Tukang amik gambar

Final Sem students 1


Si comel bersama si cantik


Peminat ajak bergambar. Ceh!
Mentee


Final Sem Students 2

Mentees

Ramai Peminat I. Eh???

My outfit:
- Jubah denim pakai g opis
- Wideshawl
- Handbag merah Bata

Semuanya dari dalam almari ajer. Malas nak havoc bagai. Makan dinner je kan?
Anyway, kalaulah tak diingatkan oleh my opismate yang malam tu ada dinner, I memang lupa terus. Bukan apa tapi sibuk sangat. Tak terkejar banyak perkara.

Okaylah, makan sedap. Tu je. Bebudak kemainlah melaram. Retro kononnya tema dinner. Lecturers semua pakat pakai baju kerja aje.

Sekian. Nanti I update lagi.




Monday, November 10, 2014

Kebizian

Asasalamualaikum.
Ya Allah, lama sangat tak menulis disini kan? Sebabnya satu sahaja. I sibuk sangat2.

Fyi, dh dua minggu kerja without weekends. Dan akan berlarutan hingga 21hb.
Kemudian ditambah lagi dengan new project dari 'langit' dan td my assistant ada kata ada lagi projek dr 'langit' yang jatuh tiba2.

Selain itu, now sibuk mengemas sebab nak pindah opis baru atau kampus baru. Kena cepat berkemas sebab tempat i skrg dh ada org nak masuk tapi yang menjadi isu kat sini pulak, my new opis kat kampus baru tu belum ready. Haish! Nanti dh pindah nak mengemas opis baru plak.

Apa jua, i masih lagi positif dengan perubahan mendadak nie. Perubahan yang mana projek 'langit' datang bertimpa2. Ditambah lagi dengan perubahan sikap bos kesayangan dan perubahan yang mana semua perkara kena cepat dan you are responsible for everything. Anyway, I tetap rasional dalam hal ini. Walaupun kadang2 I rasa kenapa mesti I yg kena desak tapi I terima dan I katakan pada diri I,
 Ini pelaburan masa depan. Kot2 dah tak larat nanti, kita start la bukak balik job streets ke apa yang berkaitan.

Okaylah, in shaa Allah I kuat. Doalah sama2 ye. Mudah - mudahan apa yg kita buat ni diredhai Allah.

Nanti i ada lega sikit, I kasi update besar punya okay. In shaa Allah

Thursday, October 16, 2014

Little Updates 15

Assalamualaikum.

Moga semua sihat walafiat.

Ini memang betul2 little updates.
Sekarang kebizian menyudahkan segala document utk Audit Sirim.
Yang keduanya kebizian marking semua assessments dan tugasan sebab next week nak bercuti jd kena selesaikan hantar carrymarks tu sebelum hari Isnin.
Yang ketiganya kebizian dengan pra pendaftaran utk semester depan.

Itulah sebabnya tidak kesempatan nak blogwalking lately dan idok ada masa nak memblog. Ni pon curi2 masa sambil tunggu my students buat test. Huhuhu. I is penat!!!

Jumpa lagi geng. Wish me luck for SIRIM audit.

Thursday, October 2, 2014

Liltle Updates 14

Assalamualaikum kawan2. Sihat ke?

Lama Acik Laura x update. kebizian dan ketidaksihatan.

Acik laura demam urat, sakit sebulan sekali tu dan kepeningan dah tiga hari. Hari ni alhamdulillah tahan sikit. Semalam dh MC. Gigih hari ni buat kelas sebab last week g outstation dah cancel kelas dua hari. Hujung bulan ni bebudak exam. Jadi cikgunya kena gigih juga marking all assignments and tests utk 4 subjects itu. Bertabahlah kan.

Nothing much to say. Just wanna wish you Selamat Hari Raya AidilAdha. May Allah bless us always. Acik laura mula cuti esok sampai selasa kot. As for now smpi selasa la tapi macam nak cancel je cuti ari selasa tu sebab nak buat kelas. Hohoi.

Okaylah. Stop dulu ye. Nak bersiap. Acik Laura nak punch in jd makcik supir jap lagi. Mlm ni nak g mengambil anak sedara kat terminal. Okay.

Doakan semuanya lancar ye.

Jap ada pesanan utk yang sedang terbang tinggi tu. Balik raya x?
Okbai.

Sunday, September 21, 2014

Liltle Updates 13

(Entry ni duduk dalam Draft sejak beberapa minggu lalu. Kira update yang dh outdated la pula.. sorry!!)

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. May Allah bless us always. Arapnya semua dlm keadan sihat walafiat.

Hows life people? Me, alhamdulillah.

Actually nothing much happened these recent. Oh ye, kesihatan alhamdulillah semakin baik. Kerja pejabat macam biasalah. Kerja rumah, ada improvements. Cuma projek 'tabung kewangan anak buah Acik Laura' aje yang masih bertangguh.

Sekarang sedang checked in Vistana KL. Esok akan berbengkel di UTM jalan semarak. In shaa Allah lepas bengkel akan terus balik hometown. Dah apply cuti sampai selasa depan. Budak - budak cuti sekolah jadi, moksu yang baik hati ini hendaklah balik menjenguk anak - anak buah dan dah merancang nak buat lagi session baking bersama moksu with them.

Oh ya, weekend baru ni, setelah sekian lama tak keluar jenjalan, housemate and I decided to spent our day @ Kuantan Parade. Kira macam pergi shopping le tp dah sampai Kuantan Parade baru tahu ada Expo Buku Islam. Sudahnya berjam2 kami pusinh satu2 booth yang ada. Keberhasilan? Ada. Nanti I tunjuk kat bawah coz I'm updating via my iphone nie.

On Sunday, we went to Dungun. Temankan kawan. Pergi kami ikut jalan Cheneh ke Bandar Mustaffi Billah, ke Bukit Besi dan sampai Dungun. Balik baru ikut jalan Pantai. Hala pergi kawan tunjukkan satu tempat yang sangat cantik iaitu Tasik Puteri. SubhanAllah tempat tu sangat indah. Kebetulan cuaca agak mendung jd nampak reflection kat air. SubhanAllah. Sakan bergambar. Kemudian, masa kat Dungun, kami pergi area UiTM. Pon lawa sangat. I dulu study UiTM Shah Alam. Tapi suasananya lebih kurang kampus tempat I mengajar sekarang iaitu kampus depan laut.

I sebenarnya nak update entry laman my bonda tapi tak sempat2 lagi transfer picture to my lappy. Sibuk sangat lately. Macam I bagitahu dalam entry sebelum ni kan. Anyway, Sabtu baru ni I sempat juga tukar pokok sayur dengan kenalan Kebun Bandar di fb. I beri 3 polibag kecil anak sawi tembakau dan benih terung telunjuk dan benih terung biru dibalasnya dengan 2 polibag anak bendi arab dan beberapa pek benih2 lain. SubhanAllah. Tak terkira seronoknya I. Moga2 bermanfaat kan? Kalau korang suka bertanam cuba search group Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri. Group tu sangat bermanfaat dan ahli group memang tak lokek ilmu share ttg pokok dan penjagaannya.


Hasil tangkapan kat Pesta Buku Islam. Tetiba, kami terbeli buku sastera klasik pula!


Inilah Tasik Puteri. Sangat Indah kan? Waktu kami sampai di sini cuaca mendung jadi dapat lihat reflection pada air. 



Memang sangat seronok kami bergambar. Sakan!



Ini area Dungun. Lepas lunch kami buat sesi ambil gambar lagi berdekatan UiTM Dungun. Kemudian, singgah beli keropok. Dan bila balik lalu jalan pantai singgah kali Kuala Kemaman beli keropok. 


Okaylah I stop dulu ye. Till we meet again.