Friday, July 14, 2017

Aidilfitri 2017

Assalamualaikum.

Ni ha nak share cerita hari raya..

Tahun ini I berhari Raya di Pahang dan Negeri Sembilan. I balik petang Jumaat. Lepas kerja. Alhamdulillah sampai few minutes after waktu berbuka. Sabtu hari memasak di rumah bonda I. Allah, dari pagi kerjanya di dapur sahaja. Dari membuat kuih loyang kegemaran emak, mencookies German Cookies dan Choc Chip Cookies, merendang, masak daging dendeng, masak kuah lodeh, merebus ketupat dll. Penat weh. Hehehe. Biasalah raya kan.

Silalah layan gambar ye.



Lepas Sembahyang Raya, jiran ajak tahlil dan makan - makan. Pergilah I dan keluarga. Ini di rumah jiran. Jiran I ni jarang duduk rumah sini. Biasanya ikut duduk rumah anak - anaknya.


Moksu Ana (anak jiran yang bongsu), Nazifa (cucu jiran yang sulung), my gorgeous bonda and yours truly.

Dari kecil dah dibiasakan oleh parents untuk anggap jiran - jiran seperti saudara mara. Contohnya jiran I yang ini, dari kecil kami panggil Mak chek dan Pakchek. Jadi bila dah besar, bahasakan pula anak - anak jiran ni dengan panggilan seperti Uda, Pak Ngah, Paklong, Moksu Ana, Mak Ndak. Jadi sebaris rumah I tu semua kami panggil begini. Panggilan untuk I adalah Moksu. So kalau anak - anak jiran datang, dorang akan automatik panggil bonda I wan (panggilan utk nenek bg negeri pahang/ Negeri Sembilan), panggil along I maklong. Begitu juga kami ajar anak - anak kami. So panggil seperti saudara.




Bila iphone moksu, dorang dah pandai hijack. Punyalah banyak dambar budak dua orang ni dalam memory.

My anak sedara yang ke sembilan. Pagi raya time kita sibuk - sibuk berkemas, datang kat I. mengdau sakit kaki bagai. Sebenarnya nak tidur. Sambil - sambil I masukkan kuih dalam bekas, I urutlah kaki dia. Sedar - sedar dah lena dia di pangkuan. Hehehe. Ni kejadian bila dia dah bangun. Clingy.


Anak sedara I yang sulung, yang ketujuh, dan yang kelapan


I, kakak I yang dipanggil Mokde dan anak - anak


Pagi hari raya kedua tu, kami bertolak balik ke Negeri Sembilan. Ni masa berhenti lunch. Tapi kesian, sebab pedas sangat makanannya. Semua tak tahan. Hahaha.


Ni Mokde I. Adik my bonda. Mata tu original eh. Bila senyum je, hilang. Hahaha. Ni I pernah cerita. Genetik keluarga. Semua sepet keluarga sebelah my bonda ni. Dari datuk sampailah ke peringkat anak saudara I. Setakat yang I pernah jumpa, 4 generasi dah ni semua sepet. Tak percaya, sila tengok gambar - gambar di bawah.


Anak saudara I + anak sepupu I. Sepet kan? 



Tapai dan wajik sirat. Rare item


Anak sedara I yang kedua. Sepet kan? Tu senyum sikit je nampak jugak matanya. Kalau sengih, hilang terus matanya.


I dan anak sepupu I. Mursyidah namanya. sepet kan?



Bonda, along dan anak - anak saudara I bergambar dengan Uwan I. Uwan ni dijaga dek mokde sekarang. Sihat lagi Uwan I ni. Umur dah hampir 100 tu.



I dan sepupu, Kak Nora. Sepet kan?














2 gambar last ni adalah diambil di kedai dobi waktu I singgah bandar Jerantut dalam perjalanan dari Raub hari Sabtu lepas raya tu. Mulanya nak beraya rumah kawan I ni di Lipis. Alang - alang one way dari Raub kan. Tapi bila I dah dekat dengan kampung dia, I call, dia pergi bandar jerantut mendobi.

So berjumpalah kami sekejap kat kedai dobi. Ni BFF I. Yang lelaki tu. Kawan dari Form1 sampai sekarang. Masa dia bujang dulu, kerap juga dia datang beraya rumah bonda I. I kenal keluarganya. Yelah sejak Form 1 kan berkawan. 

Lama sangat dah tak jumpa. Dia kerja di USIM sekarang. Dapat jumpa kejap, borak - borak, rasa berbaloi sangat. Ni BFF I tau. Banyak share zaman - zaman budak - budak, zaman remaja, zaman uni dan kehidupan zaman - zaman sekarang. Semoga persahabatan kita berpanjangan hendaknya. Aamin.


Raya was blast. Alhamdulillah. Biasalah kalau kena masak banyak - banyak. Biasalah kan kalau kena drive hadap jem nak balik kampung. Yang penting sambut raya dengan family, sanak saudara dan jiran - jiran dan sahabat handai kan.

Okaylah.

Nanti I sambung cerita beraya di opis pulak.

Jumpa lagi.

Take care.


Thursday, June 1, 2017

Salam Ramadhan

Assalamualaikum.

Salam Ramadhan semua. Semoga Allah permudahkan kita melakukan amal ibadat di bulan ini. Semoga kita jadi lebih baik dari sebelumnya. Semoga kita semua dapat kawal nafsu membeli - belah kita.

Well, acik laura kesibukan sahaja.

Ni antara tugas acik Laura dalam seminggu dua ni:

1. Kelas short semester
Fuh, akhirnya habis juga. Tapinya sibuk nak masukkan markah. Kena marking tugasan berlambak - lambak. Sabar ye Acik Laura. Due: Sunday, 4th June

2. Taklimat akademik
Pelajar baru dah mula masuk. Acik kenalah arrange taklimat akademik. Dan pada yang sama kena prepare slides. Allahu. Bahan tu ada tapi belum organise. Due: Monday, 5th June.

3. Pendaftaran Pelajar Menyambung
Allah. Jadual petugas masih dah proses kemaskini. Due: Today!
Update senarai pelajar aktif belum buat lagi. Due: Tuesday: 6th June

4. Final Exam Questions
Allahu Akhbar. Yang ni paling kritikal. Last two days dapat subect baru. Next week kena siapkan soalan. Allahu Akhbar. 2 subjects you. Satu tu okaylah agak familiar. Lagi 1 tu, pitam. Lama dah tak sentuh subjek itu. Meaning I have to study the syllabus first before proceed to prepare the questions. Due: Thursday, 8th June

5. And new semester will be commence on 7th of June. Huhuhu. Tak sedia lagi!!!!!

6. Nest week minggu pendaftaran, Allah, sibuknya. Kan acik ni Ketua Unit Pendaftaran untuk Fakulti.....


Allah.
Doa ye Acik mampu siapkan semuanya...

Jumpa lagi.

Monday, May 22, 2017

Book Review: Teknologi Kesultanan Melaka

Assalamualaikum.

Apa khabar semua? Semoga masing - masing dalam limpah hidayah Allah semuanya.

Hari ini Acik Laura nak review satu buku. Tajuknya 'Teknologi Kesultanan Melaka: Membongkar Keagungannya Berdasarkan Catatan Portugis' oleh Encik Hasanuddin Yusof.

Acik Laura beli buku ini dengar harga RM 49 ketika menghadiri Spiritual Retreat di Yayasan Al - Jenderami baru - baru ini. Buku ini tebalnya 324 halaman dan bewarna dari awal hingga akhir dengan penggunaaan glossy paper yang sederhana tebal. Dengan harganya RM 49 ini, acik Laura bolehlah katakan ia satu pembelian yang amat berbaloi. Ini kita berbicara tentang kulitnya secara material sahaja. Bia dibelek dan dibaca isi kandungannya, bolehlah acik Laura katakan ia adalah sebuah buku yang amat bernilai. Ini buku yang acik Laura rasakan semua anak melayu mesti memilikinya dan mesti membacanya. 

Review ini kita mulakan dengan penulisnya dahulu. Encik Hasanuddin Yusof adalah berkelulusan dalam bidang undang - undang. Beliau adalah pengamal undang - undang dan jawatan terakhirnya dalam sektor awam adalah Pengawai Penyelidik Bagi Ketua Hakim Syarie Negeri Melaka. Beliau kini mengasaskan Maktab Penyelidikan Tamadun Islam Nusantara dan sedang menyambung pengajian di peringkat ijazah kedoktoran di Institut Alam dan Tamadun Melayu, UKM.

Buku ini dibahagikan kepada 19 bahagian iaitu:

1. Teknologi Alam Melayu Sebelum Melaka
2. Keagungan Kesultanan Melaka
3. Melaka: Masyarakat yang Intelek
4. Teknologi Binaan
5. Infrastruktur Kota Melaka
6. Teknologi Pertanian dan Pengairan
7. Teknologi Senjata Api
8. Teknologi Pelayaran
9. Peta Dunia dari Melaka
10. Teknologi Pengangkutan Darat
11. Teknologi Perubatan dan Bahan Kimia
12. Teknologi Perlombingan dan Galian
13. Teknologi Tempaan Logam
14. Teknologi Ketenteraan
15. Kekuatan Angkatan Tentera Melaka
16. Ulama Penggerak Utama Jihad di Melaka
17.Tentera Portugis Hampir Tewas
18. Punca Kekalahan Tentera Melaka
19. Penghapusan Islam di Melaka

Kesemua bahagian ini diekstrak melalui catatan sejarawan portugis melalui karya - karya mereka.
Antaranya sejarawannya adalah:

1. Tome Pires dengan bukunya bertajuk Suma Oriental. Ini adalah buku terawal oleh seorang portugis mengenai dunia timur.

2. Duerte Barbosa dengan bukunya Book of Duerte Barbosa. Beliau adalah adik ipar kepada Ferdinand Magellan dan mengikuti perlayaran mengeliling dunia bersama Panglima Awang Hitam.

3. Gaspar Correia dengan bukunya Lendas da India. bukunya terdapat banyak maklumat mengenai Kesultanan Melaka.

4. Joao De Barros dengan buku On The Deeds & Discoveries & Conquests Made By Portuguese In the Seas and Eastern Lands

5. Fernao Lopes De Castanheda melalui History of The Exploration & Conquest of the Indies By the Portuguese

6. Damiao De Goes melalui The Chronocle of The Most Happy King Dom Manuel of Glorious Memory

7. Godinho de Eredia melalui Description of Malacca
8. Ada juga sumber daripada Alfonso de Albuquerque dan anak - anaknya.


Okay, apa perasaannya membaca sebuah kisah sejarah begini?

Jujurnya terbit satu perasaan marah. Ia MARAH. Marah yang pelbagai.

1. Marah dengan Portugis. Datang menghulur salam persahabatan dan kemudiannya memusnahkan. Mereka memusnahkan harta benda. Melenyapkan bahan sejarah. Marah kerana mereka memusnahkan masjid raya lalu bongkah batu dari runtuhan masjid itu didirikan pula Gereja yang sekarang ini masih boleh dilihat di Bandaraya Melaka itu. Dan kita, yang tak tahu sejarah, seronok bukan main ambil gambar di segenap itu. Bukan iu sahaja, Batu - batu nisan dicabut lalu dibuat dinding kota mereka yang kita gelar Kota A - Famosa sekarang. Dan kita suka - suka gembira dengan tinggalan sejarah dari penjajah portugis ini dan kita agung - agungkan sangat. AllahuAkhbar.

2. Marah dengan bangsa sendiri yang menjadi pengkhianat pada masa itu.

3, Marah dengan bangsa sendiri sekarang yang semakin hanyut. Kita lebih suka mengagungkan bangsa penjajah walaupun kita adalah bangsa terbaik. 

Ini pendapat acik sahaja. Nanti cubalah baca dan beri komen ye.

Selain itu, banyak info dinyatakan dengan jelas. Ini acik petik beberapa perkara:

"Sultan dan penduduk asal beragama Islam. Terdapat istana - istana yang indah. Orang - orang Melayu berkulit gelap. Bahasa mereka menyenangkan dan mudah dipelajari. Mereka sopan, gagah dan berpenampila rapi. Mereka sangat menyukai muzik dan lelaki dan wanita hidup dalam keadaan gembira" - Catatan Damiam De Goes.

"Orang - orang Melayu ini berpegang kepada Al - Quran daripada ajaran Muhammad dengan begitu taat sekali. Mereka mempunyai masjid - masjid mereka, orang - orang yang  mati dikuburkan dan anak - anak adalah pewaris mereka. Mereka tinggal di rumah besar di luar kota yang terdapat banyak kebun, taman - taman dan tangki - tangki air di mana mereka menjalani kehidupan yang menyenangkan. Mereka mempunyai rumah yang berasingan untuk perniagaan. Mereka mempunyai ramai hamba. Mereka lemah - lembut dan bersopan santun, menyintai muzik dan dikurniakan sifat mencintai" - Catatan Duerte Barbosa.

"Orang di Semenanjung Tanah Melayu adalah golongan pertama menanam padi di muka bumi ini iaitu 9000 tahun sebelum masihi" - pendapat Stehen Oppenheimer dalam bukunya Eden in The East.


Okay. Ni acik letakkan beberapa gambar di buku ini untuk tatapan semua.
















Kita semua harus belajar dari sejarah.
Mari kita perbaiki diri.
Bukankah kita dari bangsa terbaik?

Okaylah. Acik berhenti dulu.
Semoga bermanfaat.


Monday, May 15, 2017

Spiritual Retreat

Assalamualaikum

Apa khabar semuanya?

Acik Laura Alhamdulillah sihat.
Ada sikit - sikit je pening. Tak cukup rest agaknya.

Okaylah hari ini Acik nak share pengalaman sikit. Baru - baru ni Acik terpilih menyertai satu Spiritual retreat. Programnya 3 hari 2 malam. Bertempat di Yayasan Al- Jenderami.

Well, masa mula - mula dengar nama Yayasan Al- Jenderami tu Acik macam blur sikit. Info yang ada tak banyak mana. Google juga dalam internet. Berdebar jadinya bila ada beberapa rakan pengurusan kata, Ianya sekolah pondok. Allahuakhbar, acik sebenarnya masih tak sedia. Tapi gagahkan juga hati. Pasang niat baik - baik. Nak belajar benda baik kan?

So pergilah kami dari Yayasan Pahang ke Yayasan Al-Jenderami naik bas. Okay Yayasan Al Jenderami ni letaknya di Jenderam Hilir Selangor. Dalam area Dengkil/ Sepang. Disini, bukanlah hanya sekolah pondok. Ia adalah sebuah perkampungan Islam sebenarnya.

Kawasannya lawa sangat. Kompleks lengkap tersusun. Nanti Acik Laura affix gambar.

Okay, berbalik pada pengalaman 3 hari 2 malam ni, acik ringkaskan ikut point2 dibawah.

Kawasannya luas
Kami dimaklumkan kawasan perkampungan Yayasan Al Jenderami ni seluas 30 ekar. Siap ada fasa - fasanya lagi. Kawasan lengkap dengan fasiliti lengkap. Ada kawasan perumahan, masjid, dataran, blok pengurusan, blok pendidikan, ada blok kedai, ada hotel, ada telaga air ada dewan. Lengkap semuanya. Dan, ianya tersusun. SubhanAllah. Dan amat bersih. Memang terasa seperi kita bukan duduk di Malaysia. Seperti di tanah arab dengan pokok - pokok kurma dan tin memenuhi ruang yang ada.

Kehidupan yang mendamaikan
Semua penduduk menjalankan khidmat. Maksudnya sama - sama membantu. Tidak pernah berkira dalam menjalankan tugas, Tidak mengira pangkat. COO merekalah yang susun meja, jadi pengerusi majlis, mengangkat dulang dan lain - lain. Begitu juga dengan Ahli Lembaga Pemegang Amanah nya. Begitulah juga dengan Tuan Gurunya. Allah. Tiada kasta. Sama - sama berkhidmat. Yang dewasa dan yang remaja mahupun yang kecil sama - sama membantu. Bekerja di situ tanpa gaji.
Korang mampu?


Pengisian
Okay ni part paling penting. Acik bahagikan kepada dua bahagian.

Tahlil Fida' Subro
Kami sampai petang khamis itu, ada majlis Tahlil Fida' Subro. Okay kita biasa dengar tentang tahlil
kan? Tapi ini berbeza, Ketika diberitahu kami akan ikut program Tahlil Fida sebanyak 420 ribu kali, acik terkejut juga. Allah, ratus ribu. Yes, acik mengaku, Acik tak tahu pasal ini. Acik mengaku acik kurang belajar dan ambil tahu tentang agama.

Jadi, apanya tahlil Fida Subro ini?
Ia adalah sedekah kita untuk orang - orang yang telah meninggal dunia. Konsepnya mudah. Kita bantu orang, In shaa Allah, Allah akan bantu kita. Mengikut para ulama' besar ini amalan penting. Bacaan kalimah 'Lailahailallah' sebanyak 70 ribu kali dipercayai dapat melindungi arwah daripada api neraka. Allah. 

Jadi hari tu ada 6 arwah yang kami sedekahkan tahlil Fida'. Itu yang kena membaca sebanyak 420 ribu kali. Buat secara berjemaah, lebih mudah. Lebih ramai jemaah, lebih banyak bacaan dapat dibuat, Jadi dari petang hinggalah ke malam, bacaan dibuat.

Malam itu juga selepas tamat bacaan, Tuan Guru memberi sedikit nasihat. Katanya ini amalan besar para ulama' besar. Amalan yang besar ganjarannya. Seeloknya buatlah tahlil ini untuk diri sendiri dahulu. Jika tidak mampu buat dengan banyak, mulakan dengan bacaan 100 sehari dahulu. Ikut kemampuan katanya. Tak semestinya perlu selesaikan 70 ribu kali sehari. Jika buat 100 sehari sahaja, kurang dua tahun sudah selesai. Jika buat 1000 sehari, 70 hari sudah selesai. Dan kemudian, kita sedekahkan pula buat arwah - arwah yang tersayang seperti keluarga kita ataupun sahabat - sahabat kita. 

Kata Tuan Guru, jika ayah kita meninggal, harta pusaa diberi kepada kita, kita senang lenang tapi apa amalan kita untuk mereka pula? Apa yang kita beri kepada mereka sebagai ganjaran? Tersentap kejap acik bila soalan ni ditanya. 

Inilah tahlil Fida Subro. Jika tahlil Fida Kubro pula adalah bacaan surah Al - Ikhlas 100 ribu kali. Jadi selama ini kita asyik doa sahaja untuk arwah ayah/ keluarga. Mengapa tidak doa itu disekalikan dengan amalan besar begini?


Sambutan mengenang Saidatina Khodijah.
Alhamdulillah, kami dapat ikuti satu sambutan besar. Saidatina Khodijah, isteri Rasullullah wafat pada 11 Ramadhan. Tetapi majlis dibuat sekali dengan sambutan Nisfu Syaa'ban. Ni Acik Laura mengaku, acik laura tak pernah terlibat dengan sambutan mengenang Saidatina Khodijah. Biasa kita sambut Maulidur rasul sahaja kan? 

Sebelah pagi, majlis dimulai dengan bacaan qasidah oleh anak - anak Sekolah Kecemerlangan Tuah. Sekolah di bawah Yayasan Al - Jenderami. Kanak - kanak seawal usia enam tahun mengalunkan Qasidah, kita yang dewasa ini patut malu besar kan? Kemudian, ada persembahan pentomin tentang jasa Saidatina Khodijah. Ada satu pentominnya yang buat Acik tersentuh. Kisah dimana Saidatina menginfakkan seluruh hartanya ke jalan Allah sampaikan diberitahu kepada Rasullullah SAW, jika sudah tiada apa lagi, ambillah tulang - tulangnya untuk diinfakkan. Allah... Kita? Sanggup?

Sebelah petang dan malam aktiviti bersambung dengan ceramah dan pembacaan sirah. Banyak sangat pengajaran yang boleh kita ambil.


Jadi, Acik rasa, kita perlu pergi tempat - tempat begini. Sucikan niat kita. Perbetulkan niat kita. Perbetulkan diri kita. 

Walau atas dasar apa sekalipun pihak pengurusan hantar kami kesini, acik rasa sungguh bertuah. Ni acik selit beberapa gambar.

Untuk maklumat lanjut boleh klik sini untuk view aktiviti - aktiviti yang dijalankan di Yayasan Al- Jenderami ni. 









telaga baru siap. Air mineral semulajadi. Airnya disalur ke sebuah kolah dan dipasang penapis.




dalam galeri. 




Kasi Can lah




kemain - kemain

pokok kurma




Okaylah, till we meet again.

p/s: thanks kawan - kawan kasi sponsor gambar.

Assalamualaikum.