Friday, November 3, 2017

Entry Macam - Macam


Assalamualaikum. Sihat tak semuanya? Me? Alhamdulillah sihat sahaja. Bagaimana cuaca di kawasan anda sekarang? Di Kuantan, dah mula musim hujan. Mendung segala. Hujan tiap - tiap hari sekarang. Tak kira masa. Kadang - kadang pagi agak cerah kemudian cuaca berubah dan hujan. Tiap - tiap petang atau malam mesti hujan sekarang. Sejukkkk.

Hehehe. Sorry sebab tidak memblog secara serius sekarang. Ketiadaan bahan. Entry kali ini I cuba mengarang dengan bahan - bahan yang ada. I mean gambarlah.

Okay mari mulakan dengan bahan bacaan wishlist. I memang sangat suka membaca. I membaca dimana - mana. Hehehe. Okaylah ni empat buah buku yang I nak sangat beli. Tapi kalau boleh I nak beli direct dari Indonesia sebab harganya lebih murah kan? Ada sapa - sapa boleh cadangkan kenalan di Indonesia untuk I dapatkan buku - buku ni? hehehe.

Tere Liye. Sejak terbeli buku yang tajuknya Rindu, I jadi gemar pula dengan tulisannya. Kemudian I dapatkan buku Tentang Kamu. Oh, menarik benar. Kemudian I follow fan pagenya di Instagram. Kemudian ada 1 status katanya buku - bukunya tidak akan diulang cetak lagi sebab protes atas tax keatas penulis yang dikenakan pihak kerajaan. lepas tu I pon macam susah hati. Hehhe. So I godek segala comments kat goodreads, dan juga Ig atau blog yang buat review, jadi I simpulkan, 4 naskah ini mesti I dapatkan segera. Hehehe.









Okay, update laman my bonda? I balik bercuti selama seminggu minggu lepas. Laman my bonda meriah benar. Macam selalu. 

Pisang - laman my bonda depan belakang kiri kanan atau senang ceritanya seluruh kawasan rumah, bonda tanam pelbagai jenis pokok pisang.  Sepanjang 1 balik seminggu tu, tiga tandan pisang masak. Pisang kapas, Pisang sematu, Pisang emas. Pisang - pisang ni ada yang diagih pada jiran - jiran dan pada kaum keluarga. Selebihnya dibuat goreng pisang waktu breakfast dan petang, dibuat bubur, direbus makan dengan kelapa parut, dibuat pengat dll. Dan sebenarnya ada sepokok lagi pisang yang sudah masak belum ditebang bonda. Pisang raja udang. Pisang berwarna unggu ketika masih muda dan bertukar kepada warna merah tua keorenan bila masak. Korang pernah tengok?

Ni I attach gambar hasil kutipan hari apa tah ari tu. Nak buat masak.


Ini semua orang tahu kacang botor kan. Ada dua versi dirumah bonda. Satu versi panjang - panjang. Tengok tu panjang dari bekas telur. Satu lagi jenis biasa. Selamat jadi ulam.


Limau kasturi buahnya meriah betul. Kadang - kadang masak dipokok dan gugur ke tanah sahaja. Buahnya agak besar. Ini sengaja diambil untuk buat basuh - basuh ikan dan selebihnya buat air.

Limau purut pula tidaklah lebat. Pokoknya pun tidak banyak dahan. Tetapi buahnya ada. Tak pernah putus. Ini kita buat 'langai kepala'. Segar.



Terung bulat warna putih ini species baru dirumah. Selamat ku assam pedaskan dah. Rasanya sama sahaja dengan terung bulat warna unggu.


Satu hari bonda ajak berjalan ke rumah Mak Ngah Noor. Arwah suami Mak Ngah Noor ni sepupu arwah abah I. Rumahnya pon dekat sahaja dengan rumah bonda. Dalam kawasan perumahan yang sama. Jadi, setiba di laman rumah Mak Ngah I dah tertarik dengan bunga oren yang meriah ini. Terus ambil gambar. Dan Mak Ngah terus bagi benih. Allah. Hehehe. Pokoknya menyerupai pokok ulam raja. Sangat lawa. SubhanAllah.


Ini pula pokok bunga dirumah jiran. Satu petang I berjalan ke rumah jiran selang dua buah dari rumah bonda. Biasanya ikut short cut je melalui pintu pagar dibahagian kiri rumah bonda. Tapi petang tu, I ikut depan. Ikut jalan raya. Tiba - tiba terperasan pokok bunga ni di depan rumah jiran. Lawanya. Kudup besar - besar. Tapi daunnya berbulu. Bonda kata, boleh gatal kalau terkena. Gigih I ambil gambar. Memang lawa weh. Dan bunga ni magic. Nak tahu apa? Fasa awal, bunganya warna putih. Kemudian bila sudah lama kembang ia akan berubah warna ke warna pink begini. 


Okay ni nak share jugak hahaha gambar memasak. I upload kat IG, ada kawan mintak resepi. Bukan seorang tapi dua orang hehehe. Aduhai... Kejadiannya dalam fridge ada daging lembu dah siap rebus. Bonda kata, dia tak mahu masak gulai. Jadi nak tumis - tumis je. So, kami pon menumis lah. Tumis bawang, tumis halia, masukkan serai. Dah mesra, masukkan serbuk lada. bubuh air. Kasi mereneh. Kemudian, letak serbuk kunyit. Letak tomato. Tapi I kan kreatif. Nampak atas para ada rosemary dan basil leave, kasi masuk sekali lah. Perasakan. Siap. Lepas tu upload kat blog: My daging masak tumis dengan rosemary dan basil leave. Lepas tu ada orang mintak resepi weh? Hehehe. Bila masuk opis hari Isnin lalu, kawan opis mintak resepi jugak sebab gambar nak sedap. Hehehe. 



Gambar bawah ni kejadiaannya hari Sabtu. Nak pergi tengok kereta I sebenarnya. Lepas tu jadilah Family Outing pulak. Ada along, angah, kak ngah, bonda dan terselit seorang anak along. Katanya jatuh. Kaki bengkak. Jadi angah I ambil kat asrama dia. Dapatlah dalam dia terenjut - enjut tu berjalan sama.  Ni kami lunch kat Temerloh. Kedai ni serve Gulai Tempoyak Ikan Patin. Memang terkenal. Kedai Pak Usop. Tapi... bersedialah bayar makanan ye. hahaha. Nasib angah belanja.


Ini sahaja nak selit gambar my best buddies. Gambar ni lama dah. Seingat I sebelum puasa kot. Tu mak buyong pon dah sarat benar sekarang. 

Okaylah.
Stay strong ye semua. Hujung tahun mesti banyak kerja nak pulun kan? Hehehe.

Jumpa lagi...
Take care semua.

May Allah bless.

May Allah eases everything for us.

Sunday, October 29, 2017

Hi Tea Kelab Pentologi 1718 - 1



Assalamualaikum.

Maaf la ye kalau ada yang bukak blog ni tapi dah lama tak update. Alasan biasa: Tak sempat. Busy sebab pelbagai.

Okaylah ni I nak update sikit pasal Hi Tea yang dianjurkan oleh pelajar - pelajar kelab Pentologi (Keab Pelajar Diploma Pengurusan Teknologi UTM).

Pelajar semester akhir mengusahakan majlis Hi Tea ni sebagai penutup semester sebelum menghadapi peperiksaan. Majlis ni dibuat pada hari khamis selepas Deepavali hari tu bertempat di Hotel Megaview Kuantan.

Paling I risaukan adalah aktiviti majlis dan juga makanan. Last year buat di satu hotel di Pantai Beserah, sampai sekarang budak - budak complain. Luckily this time, semuanya melebihi expectation. Bab makanan tulah. Lega sangat I.

Okay marilah layan gambar. Ia banyak. Sebab sakan sangat bergambar.

me with my sisters

with our Dean and his daughter, Qisya.

Pelajar sem 1 yang join. 

Pelajar sem 3, 5, 9. Haha. Memang ada. Sem 10 pon ada.

Emcees. Yang lelaki tu sem 3. Yang girl tu sem 5. 

Emcee. My best student ni. Target 4.00 sem ni.


yang menang Queen hari tu, Sem 5 dah ni. Lawakan?

kanak - kanak riang, hehehe, Ni semua dah sem 5

Mentee. Si cantik macam model. Fatin. Sem 5 dah.

supplier movie dan drama jepun utk I. hahaha. Ni Hafiz. Sem 3

Tokey ice cream goyang. Sem 1 baru.


Bakal dirindu. Sem depan pergi praktikal

ni lobang hidongmu menjadi pojaan ke apa? hahahaha

dorang ni bff since school. Duduk sekelas. My best students. 

with kakak - kakak cantik. hehehe. 

dua orang girls nilah orang kuat event hari tu. congrats dear.

adik - adik sem 1


tak tahulah apa jadi masa ni? hahaha.

acah - acah model hahaha

macam - macam kan?

ni pose sebab kekenyangan ke hahaha

melompat lebih tinggi



kasi can la



menari ballet ke, Daus? hahaha

Add caption

diantara kita ada orang mandi di atas bot. Jangan zoom eh?




macam - macam ekpressi kan?



Panorama.


my chinese students

Bakalan dirindu. Dorang ni baik sangat.

Us, the lecturers

Gigih kan?






Ini Ayra, anak kawan I si bob. Allah first time jumpa. Geram weh. Muka memang sebijik ayahnya. Paling sebijik rambut cacak tu. Ye, ayahnya tu memang rambut cacak jugak. Bob ni mengajar English. Memang rapat dengan we all. Alahai comelkan Ayra. Penegasan: Ayra comel, ayahnya Tak! hahaha

Adam dgn I. Adam ni student I ye. Sem 5 dah



okaylah. Silalah enjoy gambar ini ye.


Tuesday, August 1, 2017

Bila Teringat Kampung Raub

Assalamualaikum...

Apa khabar semua.
Sihat - sihat sahajakah?

Me, pagi tadi kepeningan sikit. Tak cukup tidur + banyak memikir pasal rumah. Acik Laura nak pindah rumah. All of sudden. Jadi mesti mengemas dengan segera.

Tapi Alhamdulillah now dah okay sikit.

Tapi nak memblog sekejap.

Sebenarnya last weekend Acik balik kampung. Dalam perjalanan selepas ke bandar dengan bonda Acik tiba - tiba teringat. Perbualan acik dan bonda lebih kurang berikut:


Acik Laura: Hari tu tengok kat facebook ada orang jual pokok mencupu la. Terasa sangat nak beli.
Bonda: La, kat kampung di Raub tu punyalah banyak pokok tu. Tak payah beli lah.
Acik Laura: Masalahnya kalau kampung kat Raub boleh dijejak tak apa lah. Ini tidak.
Bonda: Yelah. Takboleh jejak (tak boleh masuk)
Acik Laura: Tinggal kenangan je dah. Sebab tu nak beli pokok mencupu ni. Nak tanam kat rumah sini.
Bonda: Nak tanam kat mana? Rumah kita ni bukan ada tanah luas dah.

Sedihkan.
Ada kampung. Ada kebun. Ada dusun tapi tak boleh masuk. Bukan tak boleh masuk sebab jalan tak cantik tapi tak boleh masuk sebab dihalang dek orang - orang. Jadi sebab tak nak gaduh, kita tak bolehlah nak jejak.

Sedih...
I was born there. Dari kecil, kalaupun terlepas masuk ke dusun, my arwah abah akan tunjuk kawasan tanah pusakanya. I masih ingat lokasinya. I masih ingat arwah berpesan, inilah harta buat anak - anak cucu. I can still remember there are lots of pokok mencupu there. Bertahun tak jejak dusun tu. Dah bertahun tak melalui denai di situ. I still remember nak ke dusun, kita akan lalui denai, di lereng bukit ada pokok pokok manggis, mencupu, langsat dll. Kemudian akan melalui rumah dimana I dilahirkan. Kehadapan lagi, akan jumpa dusun tinggalan atuk nenek. Tapi sebenarnya since arwah abah ada kami memang dah dihalang masuk. Arwah abah dulu entah berapa kali diacu senapang. Kalaupun nak jejak kena mintak izin bagai dengan kawalan mereka. Sedih. We are not strangers. We are your own blood.

Jadi, my bonda kata, let it be. Kalau mereka nak beri, kita ambil. Jika tidak, biarkan sahaja.
Entahlah, mungkin I rasa terkilan. The elders dah tak ada. Kenapa tidak dipulangkan kepada yang hak? I ajak my bonda untuk buat tuntutan. My bonda kata let it be. I jadi bertambah sedih. Terkilan. Teringat - ingat rupa arwah abah. Terasa sampai bila hendak dibiarkan? Tapi being the youngest in my family, I dont have the right to talk about this. I only have to follow what have been set by my elders. So when bonda said, let it be, it means I have to stop the argument. I nak cakap with my brothers and sisters tapi cadangan I tak pernah diterima. Coz, I am the youngest and I only have to follow.

Sedihkan...

Tapi I bonda kata, biarkan aje, walaupun I rasa terkilan, I ikut sahaja. Kampung Raub tu dah tinggal kenangan. Kalaupun balik, tak kan mungkin kebun/dusun/kawasan rumah pusaka itu boleh kita jejak.

Kita doa lah sahaja.
Moga - moga kita dijauhkan dari sifat itu.
Moga - moga kita juga boleh berkuat
Kita doa semoga dosa - dosa our elders diampun Allah.


Itu sahajalah nak menulis kat sini.


Inilah pokok dan buah mencupu. Gambar ehsan Pangsaenam

Pokok dan daunnya mirip pokok manggis. Isinya manis - manis masam. Jika belum masak, buahnya bergetah banyak.