Tuesday, April 14, 2009

Merasa kehilangan....

Jiwa kacau! Mungkin itulah perkataan yang sesuai bagi mengambarkan diri saya hari ini. Sejak malam tadi, saya merasa tidak kena segala. Fikiran saya melayang entah kemana. Malah saya seakan terbawa-bawa dengan kemurungan. Tidak tahu kerana apa.

Namun bagi saya yang bernama Laura Azura, segalanya cuba saya selindungkan. Dihadapan teman-teman saya gambarkan diri saya gembira dan positif. Tetapi bila bersendiri menjalankan tugas, saya berasa ada sesuatu yang tidak selesai. Lama saya fikirkan apa sebenarnya yang menghantui rasa hati saya sekarang.

Saya seakan terganggu. Tapi tidak tahu mengapa. Saya seakan merindui seseorang tetapi tidak tahu siapa yang sebenarnya saya rindui. Malah, saya rasa saya sedang membawa diri entah kemana.

Mungkin saya marah. Tapi rasanya tiada apa yang membuatkan saya marah. Mungkin saya berasa tertekan. Kerja banyak, tugasan pula bertimbun. Tetapi, rasanya bukan kerana itu kerana saya amat bertoleransi dengan tekanan. Malah, saya yakin segalanya dapat saya selesaikan sebelum datelines.

Kali ini saya seakan merasa kehilangan. Namun tidak tahu apa yang saya kehilangan. Tak mengerti saya.

Adakah saya mengharapkan seseorang datang memujuk? Entahlah....

No comments:

Post a Comment