Tuesday, January 26, 2010

Ku terkenang kisah sedey....

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia to all readers...Moga yang baik-baik sahaja akan hadir diri kamu sekalian...

I am in the mood of swing (apakah betul grammar ku ini?) Ape2 jelah kan. Had hati-ke-hati conversation with my sister just now and all of sudden we talked about those sad days during our child times. huhu...and now ku terasa nak menangis... Macam mana nie? huhuhuhu...

My sister and I had undergo such critical moments as our parents went working every day. We were left with our neighbours and sometimes after 9.00 in the evening barulah balik ke rumah. But we were all understand why mum and arwah abah have to do that. I am still remembered those times. Angah baru abis sekolah dan had his 1st sem at university and along had to forget her young days just to help us (kakak and I) so that we can study as normal. huhu...

Pernah pada waktu abah had to went back to his hometown, mum and along akan packed our things supaya nanti seawal jam 5 pagi, kami akan dihantar untuk tinggal dengan jiran. Waktu tu mak biasanya dah masak and kami dibekalkan dengan sarapan pagi. Tengahari biasanya atas budi jiran-jiran. Kalau tak duduk dengan arwah pokde dan arwah mokde (jiran sebelah kiri rumah) kami akan ditinggalkan dengan arwah makcu dan arwah pakcu (jiran sebelah kanan rumah) dan dalam pukul 9 malam barulah mak dan along akan balik dari kerja. Both neighbours memang sangat memahami. Jadi, waktu kami dah terbiasa dengan keadaan itu. Mujurlah, anak-anak jiran juga sangat baik pada kami. Waktu tu juga sekitar umur 7 -12 tahun saya dah biasa buat kerja sekolah dengan anak-anak jiran khususnya si kembar (Anuar dan Nizam). walaupun kadang-kala dorang tu suka menyakat, tapi tak pelah, dorang tu concern sebenarnya. Mak dan along, tak terbalas jasamu...

Huhu...sedey lagi ni!

But then, harapnya saya tak lupa diri. Harapnya saya tak lupa pengorbanan dan jasa mereka semua. Harapnya saya sentiasa berpijak di bumi nyata. Harapnya saya tak meninggi diri. Harapnya saya tak riak kerana sudah berjaya. Harapnya saya cekal dan tabah selalu...

Alhamdulillah saya bersyukur pada Allah yang Maha Berkuasa lagi Penyayang...

Buat arwah abah, arwah pokde dan mokde, arwah makcu (sy panggil mak) dan arwah pakcu (saya panggil ayah), moga roh kalian dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Alfatihah.

Sungguh, kalian terlalu istimewa di hatiku...

Dan sekarang masih lagi terkenang, bila kakak dah masuk asrama, angah masih kat ITM, saya kena tinggal sorang-sorang. Arwah abah dah pergi keje dan bila balik sekolah, akan cari nasi lemak dlm fridge yang arwah abah belikan pagi tadi. Makan dan bersiap pulak untuk sekolah petang. Alahai, kalau hari rabu, abah akan belikan mee rojak...huhu... begitulah...

Yes, pengalaman itulah mendewasakan diri. Dan alhamdulillah angah now dh jadi senior manager, kakak dah jadi executive officer and saya mampu menjadi seorang pendidik.

Live well fren, be a better citizen, never put aside your family and never give up.

Azura Binti Zainal Bin Abdul Samat.

p/s: maaflah grammar terabur sebab bila mood swing ni, semua perkara pun swing sama...

No comments:

Post a Comment