Monday, December 26, 2011

Moga kau tabah, kawan.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dugaan Allah pasti tiada siapa dapat menghalang. Semoga kau tabah, kawan.

Hari Sabtu yang lepas 24 December 2011 saya sempat membaca status seorang kawan sekelas di universiti di dinding facebook miliknya. Statusnya menyampaikan kerisauan buat seorang teman baiknya. Saya kenal teman baiknya itu tetapi tidaklah rapat. Sekadar kenal dan tahu mereka berdua berkawan baik sejak dari UiTM Segamat lagi. Seingat saya, pernahlah sekali dua saya berbual dengan kawan baiknya itu ketika di UiTM dahulu. Dan kami juga berkawan di Friendster.

Berita yang saya terima melalui status kawan sekelas saya itu membuatkan saya turut berasa sedih. Rasa - rasanya baru sahaja saya mengintai gambar perkahwinan teman baiknya itu beberapa bulan yang lalu. Isterinya cantik kecil molek. Sesuai dengan dirinya.

Dan, melalui komen - komen dari status itu saya tahu teman baik kawan sekelas saya itu sedang menghadapi saat paling sukar dalam hidup. Isterinya baru melahirkan anak. Isterinya mengalami kompilasi bersalin yang teruk. Hanya 20% sahaja darah dalam badannya untuk beliau bertarung hidup. Anaknya hampir lemas dan sedang bertarung hidup. Ya Allah, ini memang dugaan terbesar baginya. Saya percaya sesiapa pun akan saling bersedih dengan keadaan ini. Dan tiba - tiba hati saya rasa sedih. Seharian saya memikir, mengenang dan gundah gelana dengan keadaan itu. Doa saya moga isterinya dapat bertahan. Doa saya moga anak yang baru lahir itu segera sembuh. Doa saya juga moga teman itu, Akram bertabah.

Dan malam itu, sebelum tidur, saya dikhabarkan isteri sang teman telah tiada. Ya Allah, besar benar dugaan ini. Semalaman saya dirundum kesedihan. Namun, saya sedar, berat mata memandang, tentulah berat bahu yang memikul..

Buat sang teman itu yang saya kenali sebagai Akram,
Bertabahlah. Moga dilindungi dan diberi kekuatan oleh Allah. Percaya pada janji Allah. Jangan bimbang. Ramai yang akan mendoakan kesejahteraan awak dan keluarga. Bertabahlah. Ingatlah sang isteri pergi dalam keadaan paling sempurna dan syahid. Bertabahlah. Moga anak yang lahir itu, membesar dan sentiasa memberikan kebahagiaan kepada bapanya dan memberi kekuatan tak ternilai untuk awak selamanya.

Akram, kenalan saya,
Bertabahlah. Saya tahu ini sukar. Namun, bertabahlah. Jangan pernah mengalah. Ingat janji Allah. Bertabahlah...

Saya,
Laura Azura Zainal
BBA (H) Marketing (June 2004 - May 2006)
UiTM Shah Alam.

No comments:

Post a Comment