Tuesday, June 19, 2012

Rumah saya yang hijau...

Assalamualaikum. Moga - moga semua dalam keadaan sihat walafiat. Saya agak kurang sihat. Diserang sakit sebulan sekali itu. Apapun, saya mahu buat entry tentang rumah saya di kampung. Tentang hobi bonda dan semua ahli keluarga saya. Cerita tentang suasana hijau.

Okay sila layan gambar dibawah:


Nilah rumah saya di kampung. 

Sekarang kita mulakan dengan pokok2 yang ada. Entry ni saya letakkan gmbr pokok2 bunga dan sayur dahulu. Nt saya update tentang kebun pula ye.

 Pokok Ati - Ati Species 1

 Pokok Ati - Ati Species 2

 Pokok Ati - Ati Species 3

 Pokok Ati - Ati Species 4

 Pokok Ati - Ati species 5

 Pokok Ati - Ati Species 6

 Pokok Ati - Ati Species 7


Pokok Bunga tak tahu nama.. Kalau tak silap bunga lipan namanya.

 Pokok Kunyit ( kunyit molai dan kunyit makan) dihadapan pokok jenjarum yang dibuat sebagai pagar antara rumah sebelah.

 Pokok Asam Batu Species 1 dan Pokok Ati - Ati species 8

 Tapak semaian 1 hadapan rumah dibawah pokok rambutan gading. 

 Pokok Bunga tal tahu nama jugak. New species kat rumah

 Pokok Ati - Ati Species 9

Pokok Ati - Ati Species 10

 Orked, Asam Batu pelbagai jenis, Pokok Puding macam - macam.

 Kunyit, serai, Pokok Ati - Ati macam - macam jenis

 Tapak semaian 2 berhampiran garaj kereta. Ada pokok kembang sepuluh, kemboja dan lain - lain pokok

 Pokok sawi baru naik daun. Ada kucai sikit

 Anak pokok bunga matahari sedang disemai ditapak semaian 2

 Pegaga sedang disemai berhampiran anak bunga matahari

 Anak tomato kecil belum dipindah ke tapak yang sesuai. Ada juga pokok pegaga. Pokok pegaga dah jadi bagai rumput di bahagian sini.

 Sejenis terung tetapi buahnya tidak boleh dimakan. Daunnya boleh dibuat sayur goreng yang sedap. Bondaku bagi nama Terung Makan Daun.

 Anak sawi yang semakin membesar.

 Berhampiran pondok orked, daun kesum tumbuh dengan meriahnya.

 Pegaga kerinting sungguh segar berkongsi polybag dengan sawi. Tetapi bakal dipindahkan kerana nanti menganggu pertumbuhan pokok sawi itu.

 Pokok peria katak (peria yang bersaiz kecil) sudah mula berbunga.

 Pondok orked

 Pegaga bercampur jenis

 Berhampiran pintu dapur. Ini bukan sebarang keladi. Batangnya boleh dibuat ulam. Namanya keladi lambuk.

 Bonda's new project. Lobak merah (carrots)  baru dialih dari pasu semaian.

 Pegaga penuh dua mangkuk. Hehehehe. Kami diasuh dari kecil makan pegaga (buat ulam) dan minum air pegaga. 

 Inilah rupa buah tomato yang sudah mengeluarkan hasil. Tinggal dua pokok sahaja yang mengeluarkan hasil. Yang lain - lain masih di tapak semaian 2.

 Kailan. Kali ini tak berapa menjadi. Tapi sebelum ini sangat menjadi. Boleh tengok entry sebelum2 ni. Ada saya update tentang hasil tuaian kailan.

 Sawi tembakau. Sangat cepat biak. 

 Anak Terung Makan Daun dan pegaga yang seakan dah jadi rumput semulajadi pulak.

 Pegaga tumbuh meliar. 

 Pegaga dan anak lada yang baru dialihkan dek bonda dari tapak semaian.

 Anak Roselle menjadi sempadan dengan kawasan rumah sebelah kiri.

 Ini bukan sebarang rumput. Namanya pokok kapal terbang. Dicabut pokoknya dengan akar - akarnya. Dibersihkan. dan masukkan dalam air panas. Bila sudah suam - suam boleh diminum untuk ubat batuk dan luka dalaman.

 Roselle yang menunggu masa untuk dituai. Boleh dibuat jem dan pati minuman. Ada lima pokok dan berbuah sungguh lebat. Bonda kata dalam minggu ini akan dituai.

 Pasu semaian anak lobak merah a.k.a carrots.

 Bunga dahlia

 Orked. Ini Species baru kot. Sebelum ni rasanya tak ada.

 Orked di sempadan rumah sebelah kiri. 

 Pokok kacang botol pada dahan kuini yang telah lama ditebang.

 Asam batu. Ini kira semaian tambahan untuk membiakkannya.

 Alovera yang belum dialih. Tak muat pasu dah tu.

 Anak jenjarum. Untuk rumah kakak yang tak lama lagi akan siap dan bakal dihuni.

 Kolam depan rumah. Dahulu kami ternak ikan talapia merah, talapia hitam dan patin dalam kolam ni. Sekarang hanya ada ikan toman dan haruan sahaja sejak ada orang datang mengail dimalam hari.

 Pokok selayar. Susur daunnya dimasak tempoyak atau digoreng pedas pun sedap.

 Pokok tembaga suasa. Daunnya dilayar dengan api dan boleh digunakan untuk mengurangkan bengkak atau barut luka atau pembedahan.

 Kunyit molai untuk tujuan perubatan kampung.

 Tak dapat dikenalpasti ini pokok apa. Mungkin sejenis pokok teduhan.

 Sejenis pokok yang boleh dijadikan ubat. Rasa - rasanya ubat luka dalaman juga.
Yang ni dari dulu ada ditanam. Nanti saya tanya bonda semula.

Pokok Jenjarum besar. 

 Pokok Ati - Ati dan puding di atas batas kolam

 Puding di seberang jalan dan pokok bunga kantan. Dibelakang puding adalah kebun (nak kata ladang saiznya kecil aja) bunga kantan. Juga dikebun tu juga ada kami tanam pokok buah - buahan.

Bunga kantan yang sudah kembang. Yang ni dah tak boleh digunakan dalam masakan.

Okay, cukup sampai sini entry tentang kawasan rumah saya. Yang selalu buat saya jadi rindu. Yang selalu memanggil - manggil saya untuk balik ke kampung. 

Okay, saya mahu study. Jumpa lagi.

8 comments:

  1. Assalamualaikum...cantiknya ati2 jual tak keratan nya kalau saya nak beli?

    ReplyDelete
  2. SubhanAllah. salam kenal. Maaf lambat reply. Saya jarang tgk notification comments. Pokok ati2 memang banyak dirumah cuma saya tak pasti species apa yang tinggal. Sebab kami renovate laman. In shaa Allah, nanti blk raya cina saya update pokok ati2 yang ada dlm entry baru. Maaf ye buat masa sekarang.

    ReplyDelete
  3. cantiknya laman hijau awak .saya minta izin share pokok ati-ati.

    ReplyDelete
  4. Salam Sdri laura azura zainal saya minta tolong nak dptkan anak atau bij
    i benih makan jika boleh. Dimana puan tinggal saya boleh dtng ambil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biji benih atau anak pokok apa ye. Rumah family saya di Jerantut Pahang

      Delete
  5. Puan Laura.. Boleh nak dapatkan kunyit molai? Saya tinggal kat jerantut juga. Untuk tujuan perubatan kampung. Terima kasih.

    ReplyDelete