Monday, March 3, 2014

Teringat kisah zaman study

Assalamualaikum. Tadi I consult students kemudian, ada la students lain hantar assaignment pensyarah lain. I belek - belek la sekejap. Tiba - tiba teringat terus satu kisah ni. Yang mana I rasa lawak abisan.

Masa degree untuk subject Managerial Economics ada satu assignment yang memerlukan kitorang untuk masukkan dalam satu software. Buat forecasting kot. I masa tu malas nak install kat komputer jd mintak tolong seorang kawan ni. Rupanya - rupanya dia sahaja yang install dan buat assaignment tu. Tapi yang kelakarnya, tak mahu just fotostat. Nak print sebab yang printed ada tiga dot kat belah kiri. 

Sampai macam tu nak menipu? Hadoikan.

Tergiang - giang lagi dalam kepala ni suara kawan I.

"Kita print ni semata - mata nak dapatkan tiga dot ni ke?"

Alahai. Kelakar kot kan? sebab takkan lah my lecturer particular sangat nak check tiga dot tu kat tepi kertas. Baik beliau check jawapan kan? Hadoi... 

Bukan apa, I dulu masa study kerap juga kopipes sbnrnya tetapi biasanya I akan top up ayat sendiri. Olah sendiri. Yang I kopipes tu tak banyak pon. I lagi suka olah ayat dari kopipes sebijik sebijan. Dan I akan buat kemasan. Cosmetics, bak kata lecturer I tapi bebudak sekarang (read my students) memang kopipes macam hapa ntah. Jangan haraplah dia nak olah semula apa yang dikopipes tu. Kopipes sebijik. Kalau yang dikopipes tu font 16, italic, double spacing, coloured, itulah yang dibagi semula dalam assaignment. Tak reti lalu buat - buat macam kemas sikit. Ada jugak yang perenggan pertama font lain, saiz lain dengan perenggan kedua, ketiga. Memang menyirap kejap rasanya. Padahal I dah bagi siap - siap da format macam nie:

Font: Arial, size 11 @ Times New Roman, size 12 @ Tahoma, size 11, All black.
Spacing: 1.5
Alignment: Justify


Ada juga yang hantar assaignment ni tebal - tebal. Tapi jawapan langsung tak ada kaitan dengan soalan. I suka puji - puji dorang dulu lepas tu I mintak dorang explain. Yelah buat panjang - panjang kan? Of course la kantoi. Time tu depan - depan dorang jugak I koyak kertas tu! Dan dengarlah suaraku memetir. Hambik kau! Menduga sangat kan?

Attitude kan? 

Kes assignment yang I belek - belek tadi begitulah juga. Agaknya budak - budak sekarang ni memang belajar sekadar nak lepas exam je kot?

Macam tu ke?
Bagi komen sikit kawan - kawan?

2 comments:

  1. erm,tak patut betul.kira macam tak belajar apa-apa jelah sebab copy paste bulat sebulat-bulatnya.Tak boleh jugak nak ambil mudah jeh,terutama dalam hal belajar :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada yg begitu tetapi lepas kita tegur byk kali, mmg ada improvement. Kerja mengajar ni mmg kena byk sabar dan kerap kena menegur especially when dealing with net generation nowadays. Huhu. Nuratika nt jgn begitu ye? Hehehe

      Delete