Entry ni boring. Serius. Jangan teruskan kalau rasa bosan sekarang.
I tengah stress.
I tengah serabut.
I tengah rimas.
Tengah geram.
Tengah marah.
Tengah bosan.
I stress.
Malas nak cakap (tulis) panjang kat sini.
Bila stress, I mengidam handbag baru.
Warna merah.
Warna emerald green.
Please, tolong belikan! Sekian!
Sekejap, bila stress petala kelapan nie,
I mengidam sebijik
(diulangi sebijik)
kek keju perasa lemon!
I tengah serabot.
Pon malas nak cakap (tulis) panjang kat sini sebab apa.
Bila serabot begini, I need a vacation.
Tak payah jejauh. Bagi duit belanja pergi balik kampung kat Raub.
Oh ya, tempahkan chalet kat Sg Chemerkau tu. Cakap dengan owner dia:
"Aki, cucu sedare aok hok duduk Kuantan, hok rumoh di Jerantet teh, nok bilik spesyel mengadak air sungei. Hok yang bile bukak tingkap je, die boleh terjun ke sungei terus!"
Tak pon, bagi jelah, tiket kapal terbang pergi dan balik dari Kuantan - Langkawi. Yang transit kat KLIA okeh.
Kenapa?
Boleh beli perfume dan coklat banyak2.
Hadoi!!!
I tengah rimas.
Tengah geram.
Tengah marah.
Sebabnya pon malas I nak cakap atau tulis disini.
Bila begini, I rasa macam nak biarkan aja semua perkara.
Biar.
Lantak nak jadi apa.
Dan bila begini, I rasa I nak cuti panjang.
Pergi tempat yang orang tak kenal I.
Menjalani kehidupan kampung.
Tepi gunung.
Tepi lembah.
Kabus tebal.
Tepi sungai.
Sepi.
Sendiri.
(kalau taip lagi, leh jadi lirik lagu plak).
Despite of all mengidam2 diatas, I harap you all doakan I ye.
Doa agar I diberikan ketabahan.
Doa agar I diberikan jalan penyelesaian.
Doa agar I beroleh kekuatan.
Doa yang baik - baik sahaja akan hadir dalam hidup I.
May Allah ease everything. Thanks for reading, dear friends. Thanks for your doa.
Doakan yang terbaik untuk akak :D :D *senyum sambil angkat jari tanda aman*
ReplyDeleteMay Allah ease all of your business.Semoga Allah permudahkan urusan akak.Amin !
btw,bout the vacation,tengah tengah tahun yang stress mcam neyh i think everybody needs it !
Thanks Adik. Huhuhuhu..
ReplyDelete