Selamat berpuasa kawan - kawan.
Puasa bagi saya walaupun penuh cabaran tetapi semangat saya tetap kuat dan saya berdoa agar kekuatan ini berpanjangan.
Lama tak mengupdate. Benar - benar kesibukkan. Bila pelajar dah mula kuliah, unit dibawah seliaan saya memang sibuk. Saya diberi amanah mengurus unit pendaftaran bagi fakulti saya. Dan dalam fakulti saya terdapat tiga program besar dengan keseluruhan 9 bidang pengajian peringkat diploma dan ijazah sarjana muda. Tiga program besar bermaksud tiga jenis sistem dan prosedur pendaftaran perlu saya ketahui dan kesilapan boleh menyebabkan fakulti didenda. 7 bidang pengajian diploma sudah mendaftar samada pelajar baru mahupun pelajar menyambung (pelajar lama). Memang tak terkejar juga sebenarnya kerana fakuti kami adalah fakulti terbesar di kolej ini. Bagi pendaftaran pelajar menyambung, tidaklah saya gusar sangat kerana sebahagian besar proses pendaftarannya dilakukan oleh pelajar sendiri tetapi paling saya gusarkan adalah pendaftaran pelajar baru kerana perlu berurusan dengan pelbagai sistem dan karenah pusat kerjasama.
Apa jua, terima kasih rakan - rakan yang membantu. Walaupun rasa tidak cukup masa mengejar datelines, tetapi In shaa Allah saya dan rakan - rakan telah melakukan yang terbaik.
Okay, saya terkenang rumah di kampung sebenarnya. Jadi mari lihat laman bonda saya yang sempat saya capture beberapa minggu lalu.
Terung macam - macam jenis. Terung pendek warna ungu, terung pendek warna hijau, terung bulat ungu, terung telunjuk, terung telunjuk madu. Kira memang menjadilah bonda menanam terung. Dan anak - anak memang suka kalau balik boleh menuai tanaman emak. Saya tuai bawa balik kuantan ari tu, berbelas - belas biji. Dah la jadi sayur berbuka untuk beberapa hari.
Anak pokok mahkota dewa. Sila perhati betul2 dalam gambar kiri. Boleh nampak pokok ubi kayu, pucuk asin - asin, kunyit, terung dan juga pegaga yang menjadi seperti rumput disitu. Gambar kiri pula, sawi tembakau dua pokok kemain meriah daunnya. Hijau dan segar.
Gambar kiri: Tomato ceri jenis strawberry (Kata my bonda).
Gambar kanan: Tomato ceri jenis buah buat kecil. Selamat ku tuai sudah.
Projek baru emak. Anak terung dan anak tomato.
Ini bunga baru. Lupa nak tanya namanya.
Gambar kiri: Kemboja. Dalam pasu yang sama, tak sure anak pokok apa. Dalam gambar juga, ada sepokok kailan.
Gambar kanan: orang kampung kemain sukakan pasu besar ni. Emak terpengaruh juga. Sepasu itu harganya RM 70. Mak beli dua. Katanya nak letak di tepi pagar utama rumah.
Lagi pokok tomato. Kalau pernah tengok pokok jambu air yang lebat berbuah dlm entry sebelum ini, kawasan dalam gambar diatas adalah berdekatan dengannya. Boleh nampak pokok roselle, cekur, dan anak - anak terung dalam polibag.
Pon species baru di rumah. Siap dua versi lagi.
Buah - buahan yang hampir masak selain pokok rambutan yang berbuah lebat. Kiri: buah mahkota dewa. Bila warnanya bertukar merah, boleh dipetik, dibelah2 dan dikeringkan. Dah kering di rebus buat minum. Ubat segala penyakit.
Gambar kanan: buah jambu 'keling'. Tak sampai 10 biji buahnya.
Orked berbunga cantik.
Gambar kiri: dari dulu tak nama bunga yang warna ungu tu. Species ati - ati agaknya. Ditanam sebaris dengan pokok kunyit dan puding. Gambar kanan; pokok gantung kesayangan my bonda.
Cili benih pasaraya. Kisahnya saya beli cili. Tapi kering dalam peti ais. Bila bonda datang melawat, saya kirimkan benih. Disemai bonda, akhirnya berbuah lebat.
Saya suka lihat pokok disebelah kiri. Unik.
Musim panas ni, ati - ati ada yang segar bugar seperti gambar kanan. Ada juga yang kering kepanasan.
Lawakan bunga kuning itu? SubhanAllah. Begitu juga dengan keembong. Berlapis - lapis bunganya.
Pokok berduit aka janda kaya.
Rambutan gading sedang berbuah lebat. tetapi masih kecil. Jemput datang rumah bonda saya ye nanti bila buah rambutan masak kerana hampir 10 pokok berbuah lebat. Gambar kanan; nak capture gambar terung bulat, malas keluar pagar untuk shot lebih jelas. Akhirnya gigih ku capture disebalik dahan puding.
All new. Lawa dan unik.
Kacang panjang tumbuh sendiri. Bonda harapkan kacang panjang renek, rupanya memanjat dan berbuah merah. Ini pokok kedua sudah selepas pokok pertama yang seakan misteri tumbuh di depan pintu dapur. Buah kacangnya agak pahit dan mudah keras. Tidak seperti kacang panjang biasa. Ada tak sesiapa boleh cadangkan bagaimana nak consume kacang panjang ini?
Last but not least, ini biskut sempena puasa namanya. Alkisah saya join group Resepi Ringkas di FB. Kemain la orang mencuba resepi samperit susu yang hanya menggunakan 3 bahan sahaja. Hari - hari ada sahaja yang upload gambar hasl cubaan mereka. Jadi, disebabkan umah kuantan tak de oven, balik weekend sempena puasa tu saya gigih buat. Ya, lepas bonda terawih. Masak 1 tray, berebut la merasa. Betul ke rangup diluar, cair dimulut? Betul tuan puan. Saya combine warna original dengan warna hijau tetapi tidaklah mahu sekreatif otai2 di group RR. Sudahnya, 1 tray lagi keluar dr oven, 1 tray cookies jugak habis dek kami anak beranak. My anak sedaras pon kemain la suka. Kakak I plak rajin amik sedikit adunan, buat bentuk ala - ala tart tak bergulung. Siap promote ke anak - anak ciliknya dgn bagitahu ni biskut rel keretapi. Lagilah, anak - anak yang kecil berebut2.
Begitulah sahaja kisah kali ini. Ada masa saya update lagi ye. Rindu nak blogwalking. Apa jua, mari menghidupkan ramadhan dengan amal ibadat.
Ameen.
Wahh cntiknya orked!
ReplyDeleteTomato cery tu mmg sedap... Aisyah kalau makan tomato tu sekali hadap jer habis satu bungkus... Gaya makan tomato mcm makan buah cery... Cuma tomato xde biji, lg la ralit dia mengunyah...
ReplyDeleteTak aci dah buat biskut semperit susu tu... Sy dah lama berangan nak buat, sampai ke hari ni tak terbuat
Memang budak2 suka. Anak - anak saudara saya pun suka makan tomato. hehehe. biskut tu memang cair di mulut. Tapi sebab tak de acuan samperit, buat guna sawa je lah. hehehe..
DeleteSeronoknya laman bonda Laura, bermanmanfaatnya masuk round laman ni, keluar penuh tangankan, syukur,
ReplyDeleteAlhamdulillah... jemput la datang dan meround laman. hehehe
Delete