Friday, July 21, 2017

Sambutan Hari Raya di Ofis Part 1

Assalamualaikum

Ni saya masukkan gambar berhari raya di pejabat. Ada dua Part. Part 1 ni sempena majlis hari raya besar - besaran anjuran kolej.

Kejadiannya pada Hari Rabu, 19 Julai yang lalu. Bertempat di River Garden behind my office. Jamuan raya anjuran kolej memang dinanti - nantikan oleh pelajar dan juga pensyarah. Jamuan raya kolej biasanya melibatkan semua pihak untuk menjayakannya. Pensyarah yang tak de kelas dikerah juga merewang like kupas bawang, kunyit semua lah. Melemang bagai, merendang bagai. 3 ekor lembu you, tu belum lagi mengukus ketupat dll. Memang heaven dengan food.

But this year, ramai sangat orang. Fuh, beratur panjang dekat satu - satu section. Hehehe. tak pelah acik laura happy aje.

So seperti biasa, geng - geng opis pon melaram lah belaka dengan baju raya masing - masing dan berphotoshoot la kami.

sila enjoy ye:

marilah dimulai dgn port wajib setiap tahun. depan pintu office. 


bila student jd photographer. hehehe

belah kanan tu my office.

acah - acah

Masih lagi depan office. Pokok pon boleh

ni je sekumpulan students sempat join sesi photography

songket rule this year. Hahaha


Nampak gayanya tiap - tiap tahun ambil gambar celah tiang ni. hahaha

us, trying to look cute


Budak baik ni. Nampak kita tegur mamanya, dia bangun dan ambilkan kerusi untuk kita. Lepas tu, suka bergambar. Hehehe.

Dengan students lagi. Yang ini semester 3


Okaylah. Itu sahaja gambar yang nak share. Jangan lupa check entry berikutnya. More pictures to share.


No comments:

Post a Comment