Apa khabar semua? Sihat ye? Okay, ni nak share resepi. Buat simpanan. Kot - kot nanti lupa, boleh tengok semula.
Resepi Sambal Tempe Jawa (Sambal Goreng Jawa). My style.
Bahan - bahan:
A. Bahan kisar
2 biji bawang besar (nak kick guna bawang merah kecil tu dlm 6 biji tapi di rumah Kuantan tiada stok)
1.5 inci halia, 1.5 inci lengkuas
1 batang serai
3 ulas bawang putih.
9 tangkai cili kering (yang ni rebus dulu, kemudian baru kisar sekali. Nak lagi pedas, tambahlah. Tapi sebab Housemate ku jenis tak makan pedas, jadi itulah sahaja. Minggu lepas buat guna 13 cili kering + 3 lada besar, dia kata pedas sangat.)
B. Bahan hiris dan goreng
6 ketul tahu putih (potong 9 atau 12. Nak besar potong 9. Nak kecik sikit potong 12)
2 paket sedang tempe. (Ni je stok yang ada kat TMG. Kalau beli yang lipat dalam daun pisang tu, guna dalam 4 ketul atau 5 ketul)
3 biji kentang (hiris nipis then gorengkan)
(Masukkan juga segenggam ikan bilis. Tapi semalam masak tak letak. Sejenis lupa)
C. Bahan - bahan lain
Fucuk potong 4 segi kecil - kecil lepas tu rendam
Su hoon amik sikit rendam dalam air
1 pek santan kotak saiz kecil
Asam jawa, garam, gula
Kicap pekat manis
Cara Masak:
1. Sediakan bahan - bahan. Yang mana perlu kisar, silalah kisar, Yang mana perlu goreng, silalah goreng dan toskan minyaknya. Yang mana perlu rendam, rendamkan lah.
2. Mula - mula tumis bahan kisar, tumis sampai betul - betul masak. masukkan asam jawa extra tu sesudu kecil. Garam, gula. Sebab stok gula kabung ada dirumah, ku masukkan juga dalamnya sedikit. masukkan kicap.
3. Dah puas hati sambal tadi, masukkan fucuk dan su hoon. Kemudian, bahan - bahan yang dah di goreng tadi. Kacau - kacau. Then masukkan santan. Jangan cuak sebab tengok ia kembali basah dan warna jadi pudar. Teruskan kacau sampai kering. Kalau nampak kurang menarik warnanya, masukkan kicap manis lagi sedikit. Kemudian perasakan. Kacau - kacau sampai kering, sampai puas hati.
4. Okay, dah kering tutup api. Angkat ke mangkuk/ besen dan boleh dimakan.
Dapat sebesen. Alhamdulillah |
Memasaknya tak susah tapi renyah. Prosesnya banyak. I semalam buat ni dekat dua jam kat dapur. Mungkin jugak masa banyak digunakan masa hiris dan goreng bahan - bahan. Sejenis tak mahu guna minyak banyak masa menggoreng. Tu yang lambat.
Ni versi tak cukup bahan (xde lengkuas dan santan. Ni yang HM kata pedas sgt ari tu. |
Jawa ke? Entah. Ada la kot sikit darah jawa. Arwah Atok I sebelah bonda, orang Segamat Johor. Menurut bonda, arwah Atok I tu Jawa. Nenek pula orang Juasseh, Negeri Sembilan. Selomak Minang. Suku Minang. Sebelah abah, setakat yang pernah diceritakan memang asal Melayu dari Raub, Pahang.
Tapi penegasan: I tak pandai pon cakap jawa. Tak pandai pon masak masakan jawa. Sebab bonda sendiri kurang pandai. Sebab sejak arwah atok dan nenek migrate ke Pahang, memang bonda sendiri pon dah campur dengan orang - orang Pahang. Tak banyak pon masakan jawa yang bonda tahu. Sebab I think dalam kes bonda, pengaruh Negeri Sembilan lebih banyak padanya. She can speak loghat nogori sebab nenek until now masih pekat bercakap nogori. Kemudian, lepas kahwin dengan arwah abah, percakapan dan masakan pahang seakan sebati dalam diri dia.
Jadi dimana I belajar masak sambal tempe jawa ni? Internet. Kemudian cuba - cuba. tempe ni favorite semua. Jangan tak tahu, masak kuah lodeh adalah wajib di rumah kami setiap kali raya. Of course ini pengaruh jawa kan?
I baru sahaja pandai masak Sambal Tempe Jawa ni. Sebelum ni I masak sambal tempe biasa sahaja. Atau makan tempe dengan sambal kicap bawang putih.
Oh ya, masak kuah kacang yang sinonim dengan orang jawa, banjar pon kami baru sahaja sekarang ni tahu masak. Bonda sendiri kata dia tak berapa pandai masak kuah kacang.
Okaylah, jawa atau tidak, silalah cuba resepi ini. Sedap. Dan ia tahan untuk beberapa hari. Sebab ia kan sudah kering.
Jumpa lagi.
Al Fatihah untuk arwah atok dan arwah abah.
No comments:
Post a Comment