Saturday, September 15, 2018

Trip Mandi Manda di Sungai Bangan, Dungun, Terengganu

Assalamualaikum semua.
Lama benar tidak update blog ini.

Sungguh daku kesibukan.

Sudah dua minggu kami ke Sungai Bangan ini. I ke sini atas jemputan Miss Housemate kerana pejabatnya ada merancang trip seperti family day ini.

Jauh juga hendak ke Dungun ini. Almost 3 hours from Kuantan. Tetapi apabila sampai dan berendam di dalam sungai, semua keletihan itu seakan hilang. Apa juga, kami seronok betul.

Trip ini melibatkan lebih 30 orang. Berkonvoi kami 8 buah kereta kesemuanya.

Jernih airnya... Nampak pasir didasar sungai. Airnya, Allah sejuknya...


Dari Kuantan, seawal jam 6.40 pagi, kami memulakan perjalanan. Transit sebentar dirumah kawan dan kami teruskan pemanduan. Setelah sejam, kami sampai di check point pertama iaitu Kampung Pasir Raja, Chukai, Terengganu. Di sini kami tunggu sahabat - sahabat yang lain. Juga berjumpa sahabat yang akan lead the way ke kawasan perkelahan nanti. Disebabkan kami sampai lebih awal, kami sempat sarapan di Kampung Pasir Raja.

6.40 pagi, ketika kami keluar rumah pagi itu...

somewhere along LPT 2 Highway


Ini ketika baru sampai. Kena menyeberang sungai. Gigih bawa makanan semua. Yelah nak berkelahlah katakan. Mula - mula tu asyik nak terjatuh sahaja. Ini kerana di dasar sungai banyak batu - batu tetapi batu - batunya berlumut banyak. Jadi bila terpijak, berasa licin dan terus nak terjatuh. Namun, kemudian, kami dah tahu caranya. Disebabkan air sungai jernih sangat, pijak pasirnya, barulah lebih mudah menyeberang sungai. 


Side sebelah sini kami conquer habis. Yelah ramai kan? Sebaik sampai sarapan. Macam - macam makanan ada. I dan Miss Housemate bawa sandwich telur. Ada juga yang bawa meehoon goreng. Sesampai juga, geng - geng yang lelaki terus hidupkan api dan bakar daging kambing, ayam, sosej dan macam - macam lagi... ada juga geng yang bawa nasi, bawa gulai ikan singgang, tomyam, sambal tempoyak, budu, petai dan macam - macam lah. Banyak sangat nak recall. Jadi kerjanya adalah makan, mandi, makan, mandi, makan, mandi.. Hahaha. Macam tulah. Sebelum balik, kami masak maggi pulak. 








Sungai Bangan ini adalah kawasan kebun di Kampung Shukor. Jauh juga ke dalam. Jika pernah sampai ke Air Terjun Chemerong, Dungun, jalan ke Sungai Bangan lebih kurang sama sahaja. Nanti kena beware dengan simpanngnya sahaja. 

Boleh sewa pelampung dan tilam angin dengan harga RM 10 setiap satu. Kemudian bersuka rialah. 

Tetapi kawasan ini seakan kawasan baru diteroka. Belum ada fasiliti lengkap. Tandas juga tiada. Bilik persalinan ada cuma di salut dengan kain kanvas sahaja. Jadi tidak berapa sesuai. Syukurlah masjid Kampung Shukor agak berdekatan. Jadi dapatlah menggunakan fasiliti yang ada. 

Pergi seawal pagi, kami sampai semula ke rumah lewat malam. Sungguh satu pengalaman yang menyeronokkan...

Jumpa lagi kawan - kawan...

No comments:

Post a Comment