Sunday, October 7, 2018

updates Acik Laura

Assalamualaikum..
Sihat ke semuanya?

Acik Laura kebelakangan ni tak berapa nak sihat. Macam - macam yang berlaku. Dan stress sokmo. hehe.

Anyway, tiada cerita menarik pun. Acik Laura melalui kehidupan yang rutin sahaja. Yang membosankan.

Pasal Kerja
Kerja banyak. Pending bertimbun - timbun. Tak tahu dah nak buat macam mana. Sudahnya buat yang termampu aja. Hari - hari ada benda baru nak kena hadap. Penat. Kengkadang selalu dilema. Sebab aku bukanlah jenis nak biarkan kerja berlambak - lambak tapi betul - betul tak sempat. Sejak kembali memegang dua portfolio ini, terasa masa susah nak diuruskan. Conflict pun mulalah menjelma. Kengkadang marah dengan diri sendiri. Kenapa buat endah tak endah perkara yang datang? Kenapa macam sengaja abaikan kerja? Kenapa? Lepas tu terfikir macam ni pulak. Kenapa nak susahkan diri? Kenapa nak hadap semua ni? Semua ni tak pernah habis pon. Macam tulah conflict yang aku alami. Sebab nilah, jadi insomnia. Nak tidur pun fikir lagi kerja yang tak siap. Fikir lagi esok nak mengajar apa. Fikir lagi assignment students belum marking bertimbun - timbun. Fikir lagi bila nak reschedule class. Fikir lagi macam mana nak hadapi hari esok yang stress. Insomnia. Lepas tu, blood pressure going up. Lepas tu sakit. Lepas tu dapat cuti sakit. Lepas tu ulang balik soalan - soalan tadi. Bila nak siapkan kerja? Bila kerja - kerja nak habis? Bila nak reshedule class? Bila nak ....

Last few days, dysmenorrhea menyerang. Punyalah sakit. Gagah juga drive pergi kerja. Sambil tahan sakit, try juga siapkan beberapa perkara. Officemate tegur suruh pergi klinik tapi tak nak. Sebab tahu karang doktor mesti suruh rehat. Bila dah tengahari, gagahkan diri pergi campus lagi satu. Baru masuk kelas, rasa nak pitam. Baru tulis few words kat whiteboard, rasa gigil. Cramp semua dari pinggang ke bawah. Tapi cuba juga bertahan sekejap. Budak - budak muka dah cuak. Cuba lagi mengajar. Tapi cramp tu tak hilang - hilang. Siap bertambah - tambah lagi sakitnya. Sudahnya, abiskan kelas awal. Tak sampai 30 minit pon dalam kelas. Allah tak tahan sangat. Students ada yang offer nak drive balik tapi tetap nak bertahan sendiri. How can I? Dahlah sebenarnya rasa bersalah dengan students sebab tak boleh buat kelas as usual. Sudahnya, gagahkan juga drive perlahan - lahan balik ke office. Sampai separuh jalan, decided singgah klinik. Masuk klinik dengan pegang perut. Luckily memang masa tu tak patient lain. Dalam klinik dah rasa nak baring landing semua dah. I just nak ubat. Nak legakan cramp tu. And I sikit lagi nak menangis depan Doctor. When the Doctor tanya, nak MC tak? I said tak payah. I got many things to handle at the office after this. Lagipun that time pon dah almost 3.00 pm. But the Doctor tetap cakap even you masuk opis, just rest a bit.

Begitulah kisahnya beberapa minggu ni. Sebenarnya aku marah diri aku sendiri. Yang incapable. Yang malas. Yang tak endah sekeliling. Yang irresponsible.

Doa sama - sama ye. I admit that I'm wrong. Slowly I tengah arrange everything. Slowly tengah consult hati sendiri. Slow tengah cari balik motivation. I need times. And supports.


Pasal Family
Aku paling risaukan bonda. Sebab bonda jenis yang mudah lembut hati. Mudah mengalah. Mudah tersentuh. Kedang - kadang my uncles and aunties ambil kesempatan. Yang mengalah, bonda juga. Yang kena hadap maki hamun tidak puas hati, bonda juga. Tapi nak buat macam mana sebagai anak kita kena terima. Kena sabar juga. Kena tolerate juga. Tapi kadang - kadang diri sendiri tak mampu nak beri komitmen yang tinggi. Sering juga tinggalkan bonda hadapi sendiri.

Last few days, hati tak sedap. telefon bonda. Tapi bonda jawab telefon dalam keadaan menangis. Bila tanya, dia tak cerita banyak. Apa yang bonda cerita  nenda semakin uzur. Tapi sebagai anak, sebenarnya aku rasa, bukan kisah nenda yang semakin uzur sahaja penyebab bonda menangis begitu. It must be other things but she didn't want to bring it up. She just want to hold herself. Bonda kata its okay. No need to worry much. Things will be okay. Do not rush here....

Aktiviti students
Program internal dah nak exam. Program UTM masih berbaki 5 minggu. Program IUMW baru mula kelas. I mengajar tiga program semester ini. 23 jam seminggu tambah 2 jam halaqah. So total 25 jam.

So student internal I ada buat event last Friday. Hi tea. Pergilah I support. Seronok juga, Macam - macam hal. Students melaram bagai nak rak. Lecturer pulak casual amat. I pakai baju kerja je. Tak terasa nak melaram bagai. Meriah juga event dorang ni.

Student UTM pulak nak buat Fun Color Run. I okay aja. tengah plan. Hajatnya nak buat event ni hujung bulan ni. Okay sahaja I. Nanti I share.


Cerita - cerita lain.
I mula diet balik. Harapnya consistent lah. I dah mula slowly tak makan gula. I dah slowly minum air banyak - banyak. Doakan I ye.

Masalah hati dan perasaan? Malas nak layan sangat. I nak move on. Doakan I baik - baik ye. Hahaha.

Update lamanmybonda?
Tak ada update sangat. I dah lama tak balik. Tapi I rasa laman my bonda tu macam biasa lah meriah. I called my bonda semalam, bonda kata dia nak tebang dua pokok pisang sebab buahnya masak dah. Rambutan kuning yang masak baru - baru ini bonda kata dah habis dah buahnya. Ada sepokok dua lagi rambutan yang baru nak masak. Tapi tak banyak lah. Sebab pokok ni berbuah dua kali. Bulan 7 hari tu dah masak separuh tetapi dahan - dahan yang  lain keluarkan bunga pulak. So bulan tujuh hari tu ada sesetengah dahan buahnya tengah masak tapi sesetengah dahan yang lain baru keluar bunga. Jadi yang keluar bunga hari tulah yang sedang nak masak sekarang. Tapi tak sebanyak yang dulu lah. Apapun rezeki.


Membaca?
Allah sangat kurang. Malah tak ada masa sangat. Buku - buku yang I beli sempena PBAKL bulan 4 hari tu pun, baru satu dua yang dapat dikhatamkan. Apa nak jadi ni Acik Laura oi!

Doakan I ye.

Ni nak share sikit gambar.


This is my grandmother. Ikut Ic 92 years old. Real age 100 years old. Masa ni nampak sihat lagi. Now uzur sangat. Gambar ni diambil dua bulan sudah. I call he Wan. Uwan. Orang Noghori. Juasseh kampungnya. Solomak Minang.


Kejadian kena bekerja di malam hari. Round asrama. 


Kenal tak buah ni. Baru - baru ni ada orang offer masuk kebun dan petik sendiri. Allah...
This is my childhood favorite fruit. Mencupu. Pokoknya ala - ala manggis. Buah bergetah banyak. Masam. Tapi sedapppppppp


Kejadian ni baru lagi. Kena bekerja lagi di malam hari ketika cuti panjang sempena Cuti Hari Malaysia. Kan hari tu kita cuti awal Muharram 4 hari. Lepas tu rabu n khamis tu I outstation ke Lipis, Raub dan Temerloh melawat students. Jumaat masuk kerja sebab ada registration budak - budak BBA n MBA. Lepas tu ingat nak sambung cuti tapi kena kerja. Ta[i seronok aja. Sambil - sambil positif kan diri. Ni my mentor. Prof ni ajar I masa diploma. Now he serve UNITEN. Masa I baru abis master dulu, mentor sorang lagi lamar I buat PhD dan Prof ni offer untuk jadi co-sv I. Tapi I yang tak jadi buat sebab tak sedia. Tak sampai seru. Entahlah. Tapi both mentors memang baik. Selalu contact. Selalu bagi semangat walaupun dah serve different institution.

Ye, I sangat kembang. Lepas puasa hari tu makan apa sahaja. Tak insaf - insaf. Now baru perlahan - lahan cari diet tu. Doakan I.


Perumahan baru depan rumah I. Lawa kawasan tu. I pernah masuk. Paling I suka padang dia besar. Siap ada court tenis bagai. Hehe. Petang tu balik kerja terasa nak ambil gambar sebab nampak rembang merah kat langit lawa. 


Ni pun agak baru. Ada 4 orang lecturers dalam gambar ni. Sila teka.


Hari tu hujung bulan 9 kena outstation ke KL. Sebab tak pegang stereng, dapatlah membaca sikit sepanjang perjalanan. Lepas tu bila dah balik, tak bukak dah. I belum khatam kisah ini. 


Geng grab di Kuala Lumpur. Lupakan kerja sebentar dan jalan - jalan sebentar sebelum workshop.


Teringin sangat nak makan kuih beras ni. Dalam cerita korea kemain tengok dorang makan ni pedas - pedas panas - panas. Sekali bila rasa, idoklah pedas mana. Idoklah sedap mana. Hahaha. Ingatkan pedas sungguh. Hei, I berdarah minang tau. Kot kot la tercabar. Sekali tak pedas mana pon. Kuah tu banyak bawang putih dan rasa macam kuah masak merah yang belum masak. Rasa tomato dan bawang putih kuat sangat. 


Mencuba kuih keria gula melaka yang disebut - sebut orang. Pon biasa - biasa sahaja. 


Keadaan my grandmother lately. Ini gambar minggu lepas. Uzur sangat dah.


Ni masa event last Friday. Temanya black n gold. Mula - mula I dah lambat pagi tu. Nampak tudung merah delima tu dah gosok, pakai terus. Kengkonon tengahari jap lagi nak balik rumah nak pakai tudung warna mustard gold. Tapi sibuklah siapkan carrymark. Sudahnya pergi event dengan tudung merah delima ini sahaja. Lain pada yang lain jugak. Masing - masing simple sahaja. Kalau tengok students, kemain melaram. Tema glam la katakan. Pensyarah korang, pakai apa yang ada sahaja. 


Kan I ada tulis yang I mula nak men'diet'kan diri semula. So, ni I try masak egg muffin. Bolehlah layan rasanya. Pergi supermarket nak cari muffin tray tak jumpa. Beli lah cake tray saiz cute ni. Kecik je saiznya ni. Bolehlah. Oven tak ada, kita guna pemanggang ajaib. Bolehlah... Doakan I consistent ye.





Sorrylah entry ini beremosi bagai. Tak ceria seperti selalu. Doakan I ye...
Jumpa lagi.

Enjoy life, people.

No comments:

Post a Comment