Tuesday, May 10, 2022

Raya Aidilfitri 1443 H

 Assalamualaikum...

Allahu, lama betul tak menulis di sini. 

Sebelum tu, Taqaballahuminkum. Minal 'Aaidin Wal Faizin. 'Idukum Mubarak. Selamat Hari Raya Aidilfitri semua. Maaf Zahir Batin.

Raya was blast. Walaupun dalam keadaan terkejut. Huru - hara ya? Haha. Terkejut, yes! Tapi nak kata huru - hara I rasa tidaklah. Alhamdulillah, semuanya under control. Nak dengar kisahnya? Baca di bawah:


Sabtu, 28 Ramadhan 1443 H.

I gerak dari rumah Kuantan menuju ke kampung halaman, sekitar jam 6.40 pagi. I memang berhasrat nak gerak seawal yang mungkin. Sebenarnya I plan nak gerak selewat - lewatnya 6.30 pagi tetapi tak berhasil. I siap masuk barang - barang malam tu lagi tau! Jadi, memulakan perjalanan ke rumah seawal pagi, nyata aliran trafik lengang sahaja. Lebih kurang tiga jam perjalanan, I dah sampai rumah keluarga I di Jerantut. 

Hari Sabtu ni, I boleh kata, tiadalah apa sangat yang berlaku di rumah. Hanya kemas - kemas rumah serba sedikit sahaja. Yelah rumah bonda I  tu, hari - hari dikemas maka, tiadalah banyak kerjaan hal nak mengemas ni pun. 


Ahad, 29 Ramadhan 1443 H

Okay, kisah huru - hara bakal bermula. Haha. Seawal pagi, sesudah subuh, I dan along mula buat kuih raya. I sendiri nak buat dua jenis kuih raya hari itu. Dan kononnya, esoknya mahu tambah lagi dua jenis lagi. Along I pula, buat satu jenis pagi itu. Dua oven naik serentak. I guna electric oven. Along I guna oven Butterfly legend bakar atas dapur gas itu. Mulanya I mengadun dan membakar Chocolate Chip Cookies. Buat satu adunan sahaja. Kemudiannya mengadun dan membakar German Cookies. Juga buat satu adunan sahaja. Jadilah. Chocolate Chip Cookies elok kejadiannya. Mungkin juga selalu dibuat walaupun bukan pada musim raya tetapi German Cookies kali ini tidak berapa menjadi. Adunannya lembik. Entahlah. Memang sudah lama tidak membuat German Cookies. Mungkin terlebih butter. Entah! Along pula pagi itu, mengadun nak membakar Biskut kacang mazola. Seluruh dapur pagi tu, berbau harum. Bau kuih! hehe.

Petang itu pula, ada orang menghantar pesanan daging lembu. Memang abang I pesan dengan kawannya setiap tahun kerana kawannya ada stock lembu untuk disembellih dan dijual. Dan dalam group Whatsapp adik beradik telah abang katakan raya kali ini abang I order empat kilo daging sahaja. Biasanya ini nanti akan di masak daging dendeng. apa cerita daging ini? Ha, kelakar juga.

Orang yang menghantar daging (bukan kawan abang), minta bayaran daging on the spot. Terkejutlah kami. Sebab biasanya ianya sudah dibayar awal oleh abang. Mintanya pula sehingga RM 330. I sempat terkejut. I cakap dengan along.

I: Mahalnya long harga daging tahun ni? Angah order 4 kilo sahaja, harganya RM330. Hampir RM 100 untuk satu kilo daging.

Along: Itulah. Mengapa cekgu Nuar jual mahal pula? (Cekgu Nuar = kawan abang I, kawan Angah)

I: Telefon Angah long. 

Along: Tulah, tak dapat - dapat ni. 

Dan, yang hantar daging tetap tak mahu balik, selagi belum dapat duitnya. Lalu, bonda bayar sahaja. Dan bawa masuk dagingnya. 

I: Eh, betul ke empat kilo ni bonda?

Bonda: Bukan empat kilo tapi sepuluh kilo!

Apalagi, terkejut lah kami. Rasanya Abang Ngah I tu ordernya empat kilo sahaja. Siapa nak makan banyak - banyak ni? Tapi kami dah cuba menelefon abang ngah I dan Cekgu Nuar banyak kali tetapi dua - duanya tidak dapat dihubungi. Dan Bonda, redha sahaja. Bayar dan mula proses daging. 

Setelah hampir dua jam, Abang I dapat hubungi. Kami beritahu kes daging tadi. Rupa - rupanya daging yang kami pesan, memang betul empat kilo sahaja dan Cekgu Nuar akan buat hantaran sebentar lagi. Ah, sudah! Tapi akhirnya, masalah diselesaikan juga dengan Cekgu Nuar kata, esok dia akan sembelih lagi lembu kerana ada permintaan lagi. Esokkan ada sehari lagi puasa (Ha, yelah. hehe)

Petang itu juga keluarga abang sampai dahulu. Sekitar jam lima. I pesan dengan abang I pagi itu, belikan daun palas kerana abang pagi itu pergi berniaga dahulu di Pasar Pagi Bandar Jerantut. Ini kerana daun palas yang dipesan, tidak elok dan hanya sedikit. Kononnya nak buat ketupat palas tiga kilo esoknya (hari Isnin aka hari melemang). Tapi sedang kami membakar kuih raya, ada orang menghantar daun palas 'secekak' dan bila abang I sampai, dia bawa pula lagi 'secekak' yang saiznya hampir dua kali ganda dari 'secekak' yang diberi kawan along tadi. Hahaha. Dah jadi berlebih - lebih pula. Angah I sebenarnya tak percaya I nak buat ketupat daun palas ni. Ini bukan menu yang selalu ada di rumah I setiap kali raya. Cuma raya Aidiladha tahun lepas, I mencuba. Jadi raya kali ini, I nak lah buat lagi. I rasa I dah expert gulung ketupat tu. Haha.

Bila keluarga Abang Ngah i dah sampai, kami mula masak menu berbuka. Masak gulai patin, masak ayam masak merah, masak sambal kantan kering, masak gulai kari daging. Ha, banyakkan? Begitulah bonda. Kami, ikutkan sahaja apa menunya. 

Keluarga Kakak I pula sampai beberapa minit selepas masuk waktu berbuka. Cukup sudah adik beradik di rumah bonda. Hanya anak along yang sulung sahaja tiada. Kena bekerja di hari raya. I lihat, bonda seakan sedih sahaja. Yelah, tentu dia mahu semua ada di hari raya kan? Berkali - kali I dengar bonda bertanya along akan cucu sulungnya itu hari itu. 

Ha, dah sedia nak dengar kisah huru - hara tak?

Seperti biasa, selepas berbuka, kami pun solat maghrib dan mengaji Quran sedikit sesambil menunggu waktu solat Isyak. Tetapi usai solat maghrib, anak - anak saudara dah mula kecoh. Kata mereka dalam social media dah kata esok raya! Panik weh tetiba! Dan mereka dan dapat banyak mesej ucapan Selamat Hari Raya melalui kawan - kawan masing - masing. We all cuba cool kan diri masing - masing. Bukak tv, belum ada pengumuman. Pengumuman yang pukul 9 nanti. Tapi rumah dah gamat, bila whatsapp masing - masing sibuk berbunyi. I bukak telefon, kat group whatsapp office juga dah mula kecoh. Siap ada yang attach video pengumuman lagi. I kerling Bonda, bonda pun dah nampak cuak. Tak lama lepas tu, teringat nak buka channel Astro Awani. Then Gosh! Kat Awani dah tayang takbir raya!

Bonda kata, alahai dah habis Ramadhan tahun ini... 

Sungguh la...

I kata dengan ahli rumah, ayuh solat Isyak dulu. Lepas ni kita bincang. Maka, usai solat dengan Bonda ada, kami buat keputusan yang malam ini masak rendang ayam, kuah lodeh dan merebus ketupat segera sahaja. Menu lain, kita buat next time. Nak mendendeng, daging belum direbus. Prosesnya renyah. Takkan tak tidur malam ni. Melemang, tak jadi. Nanti esok, masak pulut tanak saja. Pulut tanak tu nanti diguna juga nak buat ketupat daun palas. Ini kerana beras pulut belum direndam. Tak ready untuk melemang atau nak buat ketupat malam ini juga. Maka, seisi rumah dibahagi kepada dua bahagian. Satu untuk masak rendang ayam dan merebus ketupat segera. Satu lagi untuk masak kuah lodeh. Masak rendang ayam dalam rumah dan masak kuah lodeh kita buka dapur di luar rumah. I dan along kisahkan merendang. Senang meh! Hahaha. By 12 am, alhamdulillah siap semuanya. 

U all nak tahu, Jiran I melemang, siap pukul 5 pagi. Dan menurut abang I sekitar jam 3 pagi, dalam Whatsapp group niaga kampung I, ada orang tanya siapa ada jual butang baju melayu! Aduhai, huru - hara ye? Dan perang mercun, memang hingga ke pagi tak berhenti - henti. Seluruh kampung memang tak tidur agaknya malam tu. 


Isnin, 1 Syawal 1443 H

Pagi - pagi kami dah bangun. Solat subuh dan terus ke dapur. Along I pagi - pagi dah mula menanak pulut. I sediakan barang - barang nak 'berbuka' ni kejap lagi. Mujur anak saudara dah besar - besar. Alhamdullillah nak mintak tolong cepat sahaja. Dua tiga orang, tolong di dapur, dua tiga orang lagi kesahkan bekas - bekas kuih raya. Yang selebihnya jadi tukang angkat makanan. Sekitar jam 7 pagi, semua dah duduk untuk 'berbuka' bersama. 'Berbuka' didahului dengan doa selamat kemudiannya makan pagi bersama. Usai semua itu, sesi bermaaf - maafan dan yang lelaki ke masjid. 

Bila sudah selesai, barulah I kesahkan pulut tanak tadi. Nak dijadikan ketupat palas, Ada kakak ipar nak belajar sama menggulungnya. Kami buat ikut style Terengganu ya, bukan style utara. Dapat setalam, I berhenti dan kukuskannya. Kemudian, mula siapkan diri, pakai baju raya. Mula melawa. Hahaha. Bila dah melawa ni, I tak nak dah masuk dapur. Boleh begitu? Boleh....

Usai bergambar raya, kami ziarah jiran - jiran. Empat rumah hingga tengahari. Petang itu, memasak lagi. Kali ini menggulai gulai tempoyak ikan patin sebelanga. Juga memasak sambal hitam Pahang sekuali. Dan I kembali mengketupat. Habiskan semuanya pulut tanak yang tersisa. Masak banyak lagi kerana keluarga emak saudara akan datang ke rumah dari Negeri Sembilan malam nanti. Petang tu juga sekitar jam enam. usai memasak semua I lari ke rumah BFF I kejap. Pergi beraya. Bawalah few anak buah sekali. 

Malamnya, keluarga emak saudara sampai, rumah meriah sekali. Tidur pun lewat. Sekitar satu pagi. Ha, begitulah. Meriah you. Ikutkan tahun ini, setelah tertangguh dua tahun adalah turn keluarga I pulang berhari raya di Negeri Sembilan. Tetapi kerana bonda tidak berapa sihat, maka tidaklah membuat keputusan mahu ke mana - mana. 


Selasa, 2 Syawal 1443 H

Bangun seawal pagi, sebelum subuh lalu memasak. Kemudiannya bersiap - siap. Pagi ini akan ke kampung arwah abah di Raub bersama - sama keluarga mak saudara. Bergeromolan lima kereta. Tetapi kereta keluarga kakak tidak ikut sehingga ke kampung di Raub kerana turn mengunjungi saudara sebelah abang ipar. 

Kami sampai di kampung arwah abah kira - kira sepuluh minit sebelum solat zuhur. Our check point pun memang di perkarangan Masjid. Ini kerana kereta dipandu abang I sedikit ketebelakang kerana singgah membeli murtabak di pertengahan jalan. Belinya di kilangnya. Orang Jerantut mesti tahu dengan Murtabak Saufi kan? Jadi abang singgah beli murtabak di kilangnya di Batu Balai dalam 20 keping buat bekalan keluarga nanti. Tak lama lepas kereta dipandu abang Ngah I sampai, azan zuhur pun berkumandang. Kami langsung ikut jadi jemaah. Dan, berita kepulangan kami pun tersebarlah kepada saudara - mara di kampung. 

Emak saudara I mengajak ke kampung arwah abah I ni kerana mahu berjumpa kawan sekolahnya. Dahulu keluarga bonda I pernah tinggal di kampung arwah abah ni. Maka, bonda dan emak saudara serta adik - adiknya pernah bersekolah di kampung ini. Dan kerana inilah arwah abah bertemu bonda, jatuh cinta lalu berkahwin. Tetapi keluarga bonda I ni akhirnya pindah dari kampung arwah abah ke kampung lain selepas itu. 

Bulan September tahun lalu, kami pulang kampung atas jemputan saudara terdekat untuk ambil buah - buahan, menemukan kami dengan kawan sekolah emak saudara I ni. Rumahnya betul - betul bersebelahan dengan rumah sepupu kami di kampung. Kakak I yang perkenalkan dengan jiran sepupu I ni sebab kerjanya selalu berurusan dengan suami jiran sepupu ini. Bila bonda ada, berbual - bual, dah ketahuan rupanya isterinya adalah kawan sekolah dan satu kelas lagi dengan emak saudara I. Kami terus buat video call dan jejak kasih lah kedua - duanya. Inilah sebab utama emak saudara mengajak pulang ke kampung arwah abah ini untuk bertemu dengan kawan sekelasnya dahulu. 

Namun, bukan kawan sekelas ini sahaja yang ditemui. Selepas solat Zuhur, masih dalam perkarangan masjid, emak saudara ditegur jemaah - jemaah yang lain yang seakan kenal akannya. Apatah lagi ada bonda bersama maka tekaan mereka dirasakan tepat. Dan disitu jugalah, reunion berlaku. Dari berbual di perkarangan masjid, hingga ke kereta kami, macam - macam kisah keluar. Allahu... Terkasima kita dibuatnya. 

Kali terakhir berjumpa adalah pada tahun 1967. Sekarang sudah tahun 2022. Berapa tahun U all? 55 years! Masing - masing masih ingat kelakuan zaman sekolah. Masih kuat ingatan masing - masing. Bonda I sudah 69 tahun umurnya manakala emak saudara sudah 67 tahun umurnya. Allahu...

Speechless! Indeed...

Kemudiannya kami ke sungai. Mandi seketika. Kasi peluang cucu - cucu mak saudara berendam di sungai. Yelah, pulang kampung, kalau tak ke sungai kan satu kerugian. Dan... ada yang datang mencari kami di sungai. Kawan sekolah emak saudara yang lain pula. Mencari hingga ke sungai. Jejak kasih sungguh. 

Selepas selesai berendam, kami beraya di rumah BFF arwah abah. Anggap seperti saudara sudah. Rumah ini wajib singgah setiap kali balik kampung. Dijamu pula dengan nasi hujan panas. Kita yang baru naik dari berendam, tentulah kami makan dengan bersungguh. 

Seterusnya ke rumah saudara terdekat sebelah bonda. Arwah datuk sebelah bonda asalnya dari Segamat. Diajak berhijrah ke Pahang oleh anak saudaranya (dua pupu bonda). Lalu menetap di kampung arwah abah ini. Jadi kami ke rumahnya yang sekarang di huni oleh anaknya. Jika kalian ada mengenali seniman Roslan Madun yang selalu mendendangkan lagu - lagu tradisional Negeri Pahang, ini adalah rumah keluarganya. Kami memang bersaudara dari arwah datuk sebelah bonda I. 

Rumah ketiga, barulah sampai tujuan asal. Ke rumah rakan sekelas emak saudara yang bersebelahan dengan rumah sepupu I itu. Ketika kami sampai, kami sempat solat maghrib dahulu di surau berhadapan rumah sepupu I. Sembahyang di surau kampung sekali lagi berjumpa orang kampung. Jejak kasih juga di sini. Gembira lihat bonda dan emak saudara jumpa kawan - kawan sekolah mereka dahulu. Begitu aturan Allah. Berpisah 55 tahun lamanya, Alhamdulilah direzekikan oleh Allah berjumpa lagi. Syukur pada Allah kan?

Jalan - jalan raya ke kampung arwah abah kita tamatkan dengan beraya di rumah sepupu I itu. Itupun dalam berkira - kira nak balik, ada sepupu lain pula datang. Mengajak ke rumah juga. Tetapi hari sudah lewat. Sudah hampir pukul sepuluh malam. Kami tolak dengan baik. 

Sampai pula ke rumah bonda I, jam dua pagi. Kau mampu beraya sehingga jam dua pagi? Hehehe. 


Rabu, 3 Syawal 2022

Dalam emak saudara bersiap - siap hendak balik ke Negeri Sembilan, adiknya sampai satu kereta. Emak saudara yang lain pula sampai. Rumah kembali meriah. Dan kembali meriah memasak. I masak gulai asam pedas ayam dan sambal kantan pula tengahari itu. Petang itu, keluarga abang juga pulang ke rumah mereka kerana anaknya akan kembali bekerja keesokan harinya.


Khamis, 4 Syawal 2022.

Ini seharian sahaja tiada agenda. Tiada juga yang datang ke rumah. Hari berehat.


Jumaat, 5 Syawal 2022

Paginya bawa ke tengahari kami ke bandar. Bonda mahu ke bank. Along mahu ambil barang. Sebelah petangnya I pergi beraya ke rumah BFF yang seorang lagi. BFF I ni, raya kali ini turn rumah mertua dahulu. Yang ini susah juga nak jumpa. Hanya menunggu cuti seperti raya begini sahaja dapat berjumpa. Borak - borak dari lepas asar hingga maghrib hari baru balik. 


Sabtu, 6 Syawal 2022

Pagi itu, I mengadun dan membakar kek gula hangus. Ini juga menu yang sepatutnya dimasak di malam raya. Tetapi dah raya terkejut kan, makanya, 6 Syawal baru dibuat. Ini menu kesukaan bonda. Jadi, I buatkanlah. Sejak beberapa tahun ini, bonda dah percaya I untuk buat kek ini. I buat dua adunan. Guna 9 biji telur. Alhamdulillah menjadi. 


Ahad, 7 Syawal 2022.

I sedikit tidak sihat. Sakit perempuan. Pagi itu, along dan anak saudara merendang dan membuat kuah kacang. Untuk di bawa pulang ke bandaraya nanti dan juga untuk anak along yang sulung yang tidak dapat balik beraya itu. Nanti di kirimkan pada kawannya. 

Mulanya I terasa tidak mahu balik ke Bandaraya petang itu. Yelah, I merasa tidak sihat. Dan kerana masih lagi dibenarkan berkerja dari rumah.  Tetapi, I gerak juga petang itu. Ditemani seorang anak saudara. Jalan tidaklah terlalu sesak. Hampir empat jam perjalanan (biasanya kurang tiga jam sahaja) kami selamat tiba di rumah di Kuantan. 


Begitulah kisah raya. Korang baca ke panjang - panjang ni? Ni I attach few pictures.


Kita dahulukan gambar bersama bonda


Anak - anak perempuan Along. Kasihan abang sulungnya perlu bekerja di hari raya pula.


Ini outfit raya pertama. Ini baju raya tahun lepas yang belum sempat dipakai. Nasib muat lagi. Material songket memang kesukaan I. Untuk raya tahun ini, I sebenarnya dah beli kain songket lagi. Warna hijau pucuk pisang. Tetapi belum sempat dijahit. InsyaAllah kita siapkan untuk Raya Aidiladha nanti hendaknya. 


Sepupu dan anak - anaknya di malam raya pertama di pondok. 


Kakak ipar I. 


My kakak


Selfie dengan keluarga emak saudara. My sepet clan. Geng bila senyum, mata hilang. I pernah cerita kan di blog I tentang gen mata sepet keluarga I ni kan? Sudah lima generasi yang I jumpa, semuanya sepet. Keluarga sebelah bonda I dari sebelah ayahnya. I pernah jumpa sepupu - sepupu bonda, anak - anak mereka, malah cucu - cucu dan cicit - cicit mereka sama sahaja seperti kami. Sepet.


Since abang long tak balik beraya, abang yang ni dikerumunlah dek adik - adik sepupunya. Kemain pakai spek mata masing - masing. Ni anak abang dan anak - anak kakak I.



Inilah rakan - rakan sekolah bonda dan emak saudara yang jumpa di masjid. 
Masa ni masih lagi recall kawan - kawan sekelas yang lain. 


Ini outfit raya kedua. Repeat baju raya tahun 2020 yang hanya sekali sempat dipakai. Kain batik premium beli dua helai di NourArfa Batik tahun 2019 tu. Yang ini seluruh keluarga ada. Cuma berlainan warna sahaja. 


Rumah BFF arwah abah


Anak abang bersama BFF arwah abah. 


Dirumah saudara bonda. 


Ayuh bergambar sementara bonda dan yang lain - lain bersembang.


Tiba - tiba keluar gambar makanan! Hahaha. Sambal Bunga Kantan kering, yang I masak pada Hari Raya Ketiga.


My BFF kat kampung. Sejak darjah satu.



Emak sedanng deal projek juta - juta.


Kami berempat beradik dengan Bonda. Kemain eh yang berdiri kat belakang tu ye. Macam - macam aksi lagi sebenarnya tapi I pilih yang ni je masukkan kat sini. Along I yang paling kechik. I yang bongsu, paling besar. Kahkahkah


Sebelum gerak ke Raub.


Depan masjid. Kita biarkan bonda dan emak saudara jumpa classmates. Kita, ayuh bergambar!


Okay, dah lah. Nanti kalau I rajin I sambung tulis blog lagi ye.

Korang punya cerita, bagaimana pula?


    

No comments:

Post a Comment