Friday, December 30, 2022

My last 2022 Entry

 Assalamualaikum.

Saya mula menulis ini pada jam 11.19 malam, 30 Disember 2022. 

Mungkin ini entry terakhir saya disini untuk tahun 2022. Idea asal hanya untuk menulis sesuatu. Mahu recap pencapaian atau kejadian sepanjang 2022, rasanya tidak. Saya mahu menulis (menaip) malam ini.

Apa khabar teman - teman yang singgah? Moga dalam keadaan yang baik semuanya.

Malam ini saya di rumah bonda. Sampai tadi sekitar jam 3.30 petang. Di rumah bonda waktu ini sudah mula sunyi. Saya sendiri sudah mengurung diri dalam bilik. InsyaAllah menjelang subuh nanti, ia akan kembali meriah dengan suasana. Di rumah bonda sekarang, ada keluarga adik bonda datang melawat. Keluarga mokde.

Apa ya yang mahu saya tuliskan di sini? Mahu recap 2022? Recap sahajalah sedikit. 

Alhamdulillah, saya berjaya tempuh 2022. Wajar bersyukur dahulu. 

2022, Jerih.

Mulanya, saya rasakan baik. Namun jerih perih sekali. Kecewa. Ceritanya tidak indah. Mahukah kalian membacanya?

Perihal kerja? Jerih berganda - ganda. Berkali - kali saya mahu resign. Jujurnya setiap hari, saya paksa diri bangun dan pergi bekerja. Bila mana saya mahu bercuti, cuti saya ada sahaja halangan untuk disokong. Bukan sekali malah berkali - kali begitu. Jika sudah dapat, ia datang pula dengan pakej kata - kata yang tidak enak untuk didengar sedang yang lain, mudah sahaja mendapatnya.

Banyak yang buat saya kecewa dalam hal kerja ini. Burnt out, yes. Sampai satu masa sekarang, apa jua yang datang, whateverlah. 

Whateverlah.

Whateverlah. 

The only motivator to work now, is students. Dua ke tiga jam berada di kelas bersama students adalah momen - momen yang dinantikan. Biarlah perlu melayan kerenah students yang macam - macam halnya. Biarlah kena mencari students hingga ke parents, grandparents, jiran atau kawan gereja nya juga tak apa. 


Sudahlah. Cukuplah perihal kerja ini dibincangkan. Tak ada yang berubah pun. Whatever. 


Relationship? As usual. Tak berubah. Tiada positive sparks. Bolehlah dinoktahkan sahaja. Hambar. Bukan in a relationship pon. Hanya being attached. 


Rumah? Tak siap - siap. Asalnya boleh pindah early 2022. Now extend to middle 2023. Hmmm. 


Pertama kalinya, kereta kena langgar. Damn hard. Side mirror patah, pintu kemik, tambah calar panjang. Cermin pecah. Alhamdulillah pemandu dan penumpang waktu itu selamat. It just that, mata, telinga masuk kaca halus. Mujur tidak teruk. Dirempuh dari arah bertentangan, motor besar nak memotong kereta dihadapannya, jangkaannya tidak tepat lalu dituju kereta bertentangan. Pemandunya cedera parah juga. 


Apa jua, syukurlah masih direzekikan boleh menulis sekarang. Syukurlah masih direzekikan bernafas lagi. Syukurlah ada keluarga dan teman - teman yang memahami dan sering menghulur kasih sayang dan ambil berat. Syukurlah, walaupun jerih, Allah ada bersama. 


Jadi biarlah kisah kecewa 2022 itu kekal pada 2022. Doaku tahun 2023 nanti, apa jua yang mendatang, tetaplah bersyukur seadanya. 

Korang? 

Apa ceritanya? 






No comments:

Post a Comment