Monday, June 17, 2013

Cameron Highlands 2, Part 4 a.k.a Ending

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

I kena habiskan juga entry CH 2 ni kan sebab ada perkara lain yang I nak masukkan dalam blog. N my housemates pun ada tanya dah pasal ni. Lagipun macam tak complete pula kan kalau orang nak jadikan entry2 CH 2 I ni sebagai rujukan.

Okay I mula dengan ceritera hari ketiga kami di bumi CH iaitu pada hari Ahad 28 April 2013

7.00 am : Breakfast @ hotel. I amik nasi lemak aja ngan air kosong.
7.45 am: mula ke Kea Farm

A. Kea Farm

We all decide pergi Kea Farm last day so that senang kalau nak beli sayur jadi tak lebam sangat. I end up beli strawberry sepaket yang besar (harga murah dalam RM 13 aje n buah besar dan banyak). Yang ni kena masuk ke dalam sikit. Sampai junction tiga. Kalau ke kiri ke Rose Centre tapi yang ni kita ke kanan. Gerainya hujung2 jalan sikit.

I beli jagung juga RM 10 ringgit. Yang ni I beli untuk beri sikit kepada kawan I yang tak jadi ikut our gang ke CH. Dia actually pesan 2 batang je tapi I beri separuh dari hasil RM 10 jagung yang dibeli. We all dapat 13 tongkol ye.

Lepas tu round di bahagian ke atas (barisan kedai atas sikit pada Kea Hotel and Apartment). Kawan2 I beli teh2 dan I beli serbuk koko berperisa strawberry. Boleh la. Tapi until now tak terbuat lagi air coklatnyer.


Mother I cakap: Hamboi pagi2 ceria aje wajahnye. Hehehe..


We all parking kat bawah sikit. Biar mendaki asal nanti dengan barang yang banyak tak penat lagi nak mendaki kan? Memang waktu we all sampai, parking sini kosong sekosongnya. Kedai2 pun banyak yang belum buka.



Pilih jangan tak pilih, hohoi!


Mak budak mencari hadiah untuk si anak. Ye kawan I ni dah ada anak. 


B. S Corner

My friend ada suggest to try the Muallaf Cafe kat S-Corner. So we went there tapi tak buka lagi. Ingat nak masuk strawberry farm pun berkunci lagi. So we all jalan - jalan dan ambil gambar ajalah. Tapi I nak advise kalau tak biasa drive menurun bukit yang memang curam ala2 menegak, x soh la parking kat atas. Memang ngeri tau!


Muka2 yang masih ceria tapi upset sikit sebab takde orang layan.



S-Corner ni kedai sebenarnya. Macam2 barang boleh beli. I beli baju sehelai tapi sebab tertinggal kat kampung, terus jadi milik anak buah I. 



Ni antara attraction yang ada. Boleh beli ye mushroom dengan pot2 dia sekali tu. Macam2 jenis, macam2 warna okay!


Gigih I letak gear 2 dan tekan brek you'all. Memang curam sangat. Lebih curam dari di Big Red Strawberry Farm tu. Berdesit jugaklah.

C: Fragrance Farm

Masa ni masih awal. So we all decide, mana2 tempat yang dah buka kita singgah to kill some times dalam perjalanan menurun tu. So kitorang singgah la fragrance farm ni yang dari depan jalan nampak seperti nursery kecil2an jual bunga. Sekali dah masuk, humang ai memang besar giler nursery dia . Kitorang pun mendaki la bagai...



I pernah tengok yang orang kata buah cinta. Tapi yang ni color nya purple. Buah cinta yang I pernah tengok tu warna kekuningan. Pelik kan? Banyak sangat pokok ni kat nursery ni tau. We all memang excited la jadinya.



Ke depan sikit memasuki kawasan nursey, we all jumpa pokok anggur dalam pasu. Sekali nampak buahnya. Apa lagi ambil gambar la. Nak beli dengan pasu tu tak mampu n tentulah tak muat masuk my lauras.





Pasley you'all.





Anggur lagi. I memula nak beli sepokok. Sebab batangnya besar2. I pernah baca kalau nak beli pokok anggur, pilih yang batangnya besar. Tapi tak jadi.


Orkid geng. Macam2 species rare yang I tak pernah jumpa lagi


amazing kan?


Bunga gantung..

D: Mardi

Lepas pergi Fragrance Farm, kitorang decide balik hotel dan check out. Dan disebabkan semalamnya tak puas sebab dah keletihan, kami round lagi sekali Mardi. Tapi sesampai je ramai bebenor umatnya manusia dalam Mardi. Parking space pun tak available sampai boleh park ke dalam. I dapat parking betul2 depan bangunan pejabat Stesen Mardi. Bolehlah.


Cantik kan? Bunga roses tu yang buat I nak menyandar di situ


Dah penat jalan - jalan we all singgah makan brunch. Lodeh wa cakap sama lu dear. Sambal dia Ya Allah, pedasnya...



Ahli Rombongan





Kawan I tu kemain bergayut kan?


Them again. 


Gladiodi, gitukah namanya? Hahaha, I lupa.



Tiga penjuru housemates. Kelakar kan?


Okay lepas pergi Mardi, kami memulakan perjalanan turun. We all sempat juga singgah another nursery di bawah Bharat tea tanah rata. Dan kami beli pokok lada. Dan hayatnya hanya bertahan tiga minggu sahaja. Alahai...



Boleh check entry sebelum2 ni ye utk d jadikan sedikit kalau2 tuan/puan nak ke CH

Part 1
Part 2
Part 3

Wednesday, June 5, 2013

Cameron Highlands 2, Part 3

Assalamulaikum. Mari menyambung cerita.

D: Cactus Valley

After enjoying the Lavender Garden, we proceed our journey to Cactus Valley, just few km below Kea Farm.

Here, bukan sekadar beli kaktus tapi beli benih sayur juga. And I terpikir juga nak beli few pots for our cucuk tanam project.


Selain kaktus ada juga dorang jual pokok lain, Geram juga tgk pokok bunga raya ni.. kecik2 dah berbunga bagai..


Alovera + Cactus = Aloecactus



Nampal tak housemate saya?


Sila cari housemate saya dalam gambar ni.


Love-shape cactus


X yah cari ye housemate saya. mmg dah ada kan? hehehe.


Geram. Macam gula2. Gula2 katanye, Cik Laura ye?


E. Time Tunnel

Menurun lagi perjalanan kami. Sampai sini. Dorang enjoy, saya rasa boring. Tapi tempat ni best sebenarnya. Banyak artifak gituh...









F. Big Red Strawberry Farm

Humang ai, gigih ku menekan gear and brek nak sampai sini. Punyalah atas gunung tempatnya. Aduhai... Gigih jugalah ye. Mendaki okey lagi part menurun tu rasa cuak giler kot. Memang seram dan curam mcm inelastic demand curve gitu. Hutan kot kan? But then happy juga. We had our lunch here.



Waktu ni tgh pikir, nak turun utk ambik gambar kt batas salad lah..


Hasrat tercapai.



Aksi paparazi kak Za. 




Sedap tu. Our lunches. We had waffle set and Akmar makan chips aje. Kenyang dah. Muka happy dapat makanan. Dan kepenatan sebenarnya.
Yelah, non stop dari pagi kan?


G. Taman Sedia.

Okay pergi sini sebab nak beli lagi jem dan toppings yang dipesan dek kawan - kawan. So kalau semalam pergi factorynya, hari ni kami pergi farmnya.

We enjoyed having strawberry ice cream here. 


Ice cream yang sedap. Murah pulak tu. Tgk kawan I tu?


Muka dah penat. Layankan aje.





Dah sudah makan, terus pergi beli jem yang dipesan. Memag waktu ni penat sangat dah walhal belum pukul 2 petang lagi. 


H. The Olde Smokehouse.

I bawa ke sini sebab dorang ada tanya mana amik gambar dgn rumah yang very the english style tu? I jd photographer aje sbb i dah ada bergambar di sini. Check entre2 terdahulu ye.








Pondok telefon tu sgt legend kan?


Lepas ni kami pergi Mardi. Cerita Mardi ni nanti I tulis dalam Part 4. Dan keesokkan harinya sebelum balik pun kami pergi Mardi lagi. 

To conclude, sesi berjalan hari kedua kami tamatkan sebelum jam tiga petang. Mampu tak korang pergi 8 tempat tapi before 3 pm dah balik hotel. Kepenatan habis. Tapi seronok. Dan Alhamdulillah, sampai hotel je hujan pula. Yang penting we all happy sangat.

Nantikan, part ke 4. Pergi Mardi dan cerita hari ketiga kami...

Boleh check sini ye: