I kena habiskan juga entry CH 2 ni kan sebab ada perkara lain yang I nak masukkan dalam blog. N my housemates pun ada tanya dah pasal ni. Lagipun macam tak complete pula kan kalau orang nak jadikan entry2 CH 2 I ni sebagai rujukan.
Okay I mula dengan ceritera hari ketiga kami di bumi CH iaitu pada hari Ahad 28 April 2013
7.00 am : Breakfast @ hotel. I amik nasi lemak aja ngan air kosong.
7.45 am: mula ke Kea Farm
A. Kea Farm
We all decide pergi Kea Farm last day so that senang kalau nak beli sayur jadi tak lebam sangat. I end up beli strawberry sepaket yang besar (harga murah dalam RM 13 aje n buah besar dan banyak). Yang ni kena masuk ke dalam sikit. Sampai junction tiga. Kalau ke kiri ke Rose Centre tapi yang ni kita ke kanan. Gerainya hujung2 jalan sikit.
I beli jagung juga RM 10 ringgit. Yang ni I beli untuk beri sikit kepada kawan I yang tak jadi ikut our gang ke CH. Dia actually pesan 2 batang je tapi I beri separuh dari hasil RM 10 jagung yang dibeli. We all dapat 13 tongkol ye.
Lepas tu round di bahagian ke atas (barisan kedai atas sikit pada Kea Hotel and Apartment). Kawan2 I beli teh2 dan I beli serbuk koko berperisa strawberry. Boleh la. Tapi until now tak terbuat lagi air coklatnyer.
Mother I cakap: Hamboi pagi2 ceria aje wajahnye. Hehehe..
We all parking kat bawah sikit. Biar mendaki asal nanti dengan barang yang banyak tak penat lagi nak mendaki kan? Memang waktu we all sampai, parking sini kosong sekosongnya. Kedai2 pun banyak yang belum buka.
Pilih jangan tak pilih, hohoi!
Mak budak mencari hadiah untuk si anak. Ye kawan I ni dah ada anak.
B. S Corner
My friend ada suggest to try the Muallaf Cafe kat S-Corner. So we went there tapi tak buka lagi. Ingat nak masuk strawberry farm pun berkunci lagi. So we all jalan - jalan dan ambil gambar ajalah. Tapi I nak advise kalau tak biasa drive menurun bukit yang memang curam ala2 menegak, x soh la parking kat atas. Memang ngeri tau!
Muka2 yang masih ceria tapi upset sikit sebab takde orang layan.
S-Corner ni kedai sebenarnya. Macam2 barang boleh beli. I beli baju sehelai tapi sebab tertinggal kat kampung, terus jadi milik anak buah I.
Ni antara attraction yang ada. Boleh beli ye mushroom dengan pot2 dia sekali tu. Macam2 jenis, macam2 warna okay!
Gigih I letak gear 2 dan tekan brek you'all. Memang curam sangat. Lebih curam dari di Big Red Strawberry Farm tu. Berdesit jugaklah.
C: Fragrance Farm
Masa ni masih awal. So we all decide, mana2 tempat yang dah buka kita singgah to kill some times dalam perjalanan menurun tu. So kitorang singgah la fragrance farm ni yang dari depan jalan nampak seperti nursery kecil2an jual bunga. Sekali dah masuk, humang ai memang besar giler nursery dia . Kitorang pun mendaki la bagai...
I pernah tengok yang orang kata buah cinta. Tapi yang ni color nya purple. Buah cinta yang I pernah tengok tu warna kekuningan. Pelik kan? Banyak sangat pokok ni kat nursery ni tau. We all memang excited la jadinya.
Ke depan sikit memasuki kawasan nursey, we all jumpa pokok anggur dalam pasu. Sekali nampak buahnya. Apa lagi ambil gambar la. Nak beli dengan pasu tu tak mampu n tentulah tak muat masuk my lauras.
Pasley you'all.
Anggur lagi. I memula nak beli sepokok. Sebab batangnya besar2. I pernah baca kalau nak beli pokok anggur, pilih yang batangnya besar. Tapi tak jadi.
Orkid geng. Macam2 species rare yang I tak pernah jumpa lagi
amazing kan?
Bunga gantung..
D: Mardi
Lepas pergi Fragrance Farm, kitorang decide balik hotel dan check out. Dan disebabkan semalamnya tak puas sebab dah keletihan, kami round lagi sekali Mardi. Tapi sesampai je ramai bebenor umatnya manusia dalam Mardi. Parking space pun tak available sampai boleh park ke dalam. I dapat parking betul2 depan bangunan pejabat Stesen Mardi. Bolehlah.
Cantik kan? Bunga roses tu yang buat I nak menyandar di situ
Dah penat jalan - jalan we all singgah makan brunch. Lodeh wa cakap sama lu dear. Sambal dia Ya Allah, pedasnya...
Ahli Rombongan
Kawan I tu kemain bergayut kan?
Them again.
Gladiodi, gitukah namanya? Hahaha, I lupa.
Tiga penjuru housemates. Kelakar kan?
Okay lepas pergi Mardi, kami memulakan perjalanan turun. We all sempat juga singgah another nursery di bawah Bharat tea tanah rata. Dan kami beli pokok lada. Dan hayatnya hanya bertahan tiga minggu sahaja. Alahai...
Part 1
Part 2
Part 3
No comments:
Post a Comment