Sunday, September 26, 2010

Dan peperiksaan pun bermula....


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia buat semua

Alhamdulillah, saya masih lagi mampu menulis. Menulis untuk berkongsi rasa tentang kehidupan saya yang ingin dewasa ini..huhuhuhu...

Yeah It's Exam! Sound really scary, didn't you? Huh.. For me, it's really scary... Hmm..Sungguhlah kan.

Semalam, dh selesai menjawab 1 kertas. Dua lagi akan menyusul. Semalam was the first setelah 4 tahun (tolak semua exams for employment) x menjawab soklan sebegitu. Dan sudah lama x practice menulis panjang2 dlm masa lebey kurang 3 jam. Aduhai... Dulu time degree, sekejap jer boleh tulis panjang2. Pandai je allocate masa for each question. NOw dah x brapa pandai... Mujurlah skill 'menggoreng' tu masih ada.

Semalam exam utk subject Leadership in organization.. Tough and the luas skopnye... Dr, give me an A ye..

This coming weekend akan sit for ME plak. Hopefully, boleh melakukan yang terbaik sekali lagi. Next week pulak, will sit for Project Management.

Doa sama2 ye...

Good luck Dear Laura! You can do it! (huhu. Takotnyer..)

p/s: Boleh ke dpt cgpa: 4.00 tu? hmm...

Sunday, September 19, 2010

Kisah Raya 2010

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia kepada semua.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Selamat Bergembira Semua.

Ini kisah hari raya saya dan keluarga. Ianya bukanlah menarik sangat tetapi sekadar berkongsi cerita. Ini kisah hari raya yang biasa sahaja.

Dari Kuantan, saya mengambil masa tiga jam untuk sampai di rumah pagi Rabu 29 Ramadhan. Alhamdulillah lancar sahaja perjalanan saya. Sampai sahaja dirumah, emak mengajak keluar ke bandar, mencari sedikit keperluan. Di bandar, keadaannya sudah saya jangka. Jammed! Mujurlah tiada apa yang berlaku.

30 Ramadhan, seperti selalunya hari melemang di kampung saya. Emak ada juga membuat sedikit lemang dan ketupat. Along dan Kak Ngah, ambil kontrak masak rendang. Saya pula curi sedikit masa buat kueh white chocolate chips. Menjelang ke petang, semuanya sudah kepenatan. Dan malamnya, di kampung saya bagaikan sedang berperang. Sana sini lawan bunyi mercun segala bagai. Berbalas-balas. Jatuh kesian saya pada si kecil Muhammad Afnan Muaz. Namun, rupanya apa yang saya dengar itu pada malam raya tidaklah sedasyat malam2 sebelumnya. Kata emak, kakak mengamuk pada jiran yang main mercun yg bunyinya ala meriam. Hingga menyebabkan si kecil terkejut besar. Aduh, inilah masalahnya bila jiran tak faham situasi jiran. Apa juga, itulah keadaannya.

1 Syawal, biasalah sibuk melayan tetamu dan membasuh pinggan mangkuk. Itu kerja normal bila berhari raya. Tak sempat langsung nak keluar mengunjungi rumah kawan-kawan. Mujurlah bff saya, ada datang ke rumah bersama keluarganya. Dapatlah berjumpa Abid Zafran yang berusia setahun itu. Tak sangka sudah besar Abid sekarang.

2 syawal seperti yang dirancang, kami sekeluarga ke rumah Mak De di Palong Negeri Sembilan. Perjalanan yang menguji kesabaran. Saya tak pernah memandu jauh sebegitu. Malah pertama kali memandu ke negeri sembilan. Jalan usah dikata. Jammed! 5 jam lebih baru kami tiba di rumah Mak De. Aduhai. Apapun, saya gembira dan bersyukur perjalanan kami selamat.

Di rumah Mak De, saya bertemu nenek (yg kami gelar wan). Wan, ibu emak saya sudah 84 tahun usianya. Secara fizikalnya, masih sehat. Mampu mengurus dirinya sendiri tetapi sudah lupa akan orang. Entahlah. Saya berasa sebak bila dia asyik bertanya siapa kami. Pada emak pun begitu. Tak sampai beberapa minit, dia akan bertanya dengan loghat negeri sembilannya yang pekat. Siapo ni? Ekau ni anak sapo? Agak ekau ni sapo? Saya berasa amat sebak. Wan memang tak pernah rapat dengan cucunya. Wan memang pilih kasih sejak kecil lagi. Apa jua, bagi kebanyakan cucu wan, kami bagaikan tiada wan dari kecil lagi. Itu kisah kami dari dulu. Walau berasa marah, sakit hati dengan sikap pilih kasih wan tetapi bila menyedari wan dah semakin tua, sedikit sebanyak perasaan itu hilang dari diri. Tetapi bila keadaan wan yang begini, saya sendiri menginsafi diri. Mungkin waktu wan bersama kami sudah tidak panjang. Jadi, wahai sepupu-sepupu, makcik2 dan pakcik2 saya, andai masih ada rasa marah dan sakit hati itu, cukup2lah. Wan sudah tua. Kalaulah masih nak mengungkit, berhentilah. Wan dah lupa tentang kita, pastilah wan lupa tentang apa yang pernah wan lakukan. Cukuplah. Marilah memberi kasih sayang sementara wan masih ada. Kalaupun sudah lupa, kita masih ada untuk mengingatkannya walaupun penah mulut sekalipun memperkenalkan diri. Andai sudah lama hati kita diselaputi rasa tidak enak itu, bersihkanlah. Iya, saya sebak benar.

Selepas beraya di rumah Mak de, kami berkunjung ke rumah Pak Lang saya. Seronok juga. Dan malam itu, pakcik yang bongsu (kami panggil busu) ajak ke Bandar Melaka sementelahan tidak jauh dari rumah pak lang saya. Namun, perjalanan yang dikatakan tidak jauh itu rupanya mencecah dua jam disebabkan jalan yang sesak walaupun sudah malam. Aduhai. Sekali lagi saya cuba menggagah diri. Dan akhhirnya menjelang tengah malam kami sampai di Bandar Melaka. Sempat juga naik beca keliling Bandar Melaka. Sempat jugak ciluk buah melaka bawak balik ke Pahang. Dari Bandar Melaka (lebey kurang pukul 1.30 pagi) kami memulakan perjalanan pulang ke Pahang melalui jalan lama hingga ke senawang. Sempat melalui Pedas dan Rembau. Itu yang saya ingat. Dan sekitar 2.30 pagi kami berehat sebentar di Stesen Petronas Rembau barang sejam. Sebenarnya, saya langsung tak dapat nak memejam mata. Sebabnya belum terasa mengantuk. Namun kesian juga dengan Busu yang kelihatan sudah tidak berdaya. Sejam kemudian, kami meneruskan perjalanan dan memasuki PLUS Highway melalui Senawang. Dan sejam kemudian, sekitar jam 4.30 pagi kami berhenti di Hentian Serdang. Disinilah kami berpisah dengan Busu sekeluarga. Kami akan meneruskan perjalanan ke Pahang melalui Lebuhraya Karak dan Busu akan meneruskan perjalanan ke Kedah. Angah ajak meneruskan perjalanan. Dan kira-kira jam 5.45 pagi, kami berhenti rehat dan solat subuh di Hentian Petronas Bentong. Disinilah baru saya dapat melelapkan mata barang sejam. Tepat jam tujuh pagi, kami meneruskan kembali perjalanan ke rumah. Dan lebih kurang pukul 9.30 pagi, kami tiba dengan selamat di hadapan rumah. Alhamdulillah. Hanya itu yang mampu saya katakan. Sungguh. Saya tak pernah memandu lama sebegini. Meredah malam hari pula. Sungguh, saya bersyukur yang tak terkira. Namun, selepas itu bungkang semua kami kepenatan. Saya ingat, saya hanya mampu bangun bila sudah tengahari. Itupun kembali menyambung tidur selepas zohor. Sungguh, tak berdaya!

Inilah kisah biasa saya di Aidilfitri. Kami sempat juga ke kampong lama emak dan mengunjungi pusara arwah datok. Sempat juga bertemu Wan We (yang kami anggap bagai nenek sendiri kerana Wan sendiri sering tidak mengaku cucu). Kalau nak dibandingkan Wan saya dengan Wan We, Wan We kelihatan lebih uzur. Namun, Wan We masih ingat akan kami. Sungguh, sekali lagi saya berasa sebak. Kasih yang diberi Wan We, walaupun tak banyak, tetap terkesan dihati. Emak hampir menangis mengenang Wan We yang minta kami datang lagi. Datang la. Banyak yang hendak diberi dan dikongsi bersama. Saya berasa sebak kerana mengenangkan bagaimana kasih sayang orang asing boleh mengatasi kasih sayang keluarga sendiri. Bagaimana yang asing itu kita boleh anggap keluarga dan bagaimana keluarga itu boleh buat kita asing. Sungguh, bila mengenang perihal ini, hampir menitis air mata saya tetapi saya harus kuat. Emak saya itu lagilah tak tertahan rasa yang ditanggung. Iya, moga kami terus bertabah. Terima kasih Wan We kerana membenarkan kami menumpang kasih. Terima kasih kerana anggap kami keluarga.

Disebabkan kuih raya hampir habis, saya sempat buat kueh raya lagi sebelum balik ke kuantan hari khamis lepas. Kalau sebelum raya saya buat kuih white chocolate chips, kali ini pula buat dark chocolate chips pula. Kata my nephew and niece, sedap sangat. Entahlah. Oh ye, sempat juga baked birthday cake for my nephew (Angah's son), Aiman Hafiz. Birthdaynya jatuh pada hari raya pertama tetapi hari raya kelima baru sempat nak buat kek. Tak mengapalah. Janji sempat celebrate.

Apa jua, semalam dan hari ini saya sudah ada kelas master. Mujurlah presentation tadi berjalan lancar. Next weekend dah start Final Exam...huhuhu.. takotnyer...Lama dah tak jawab exam nih.. Doa-doakan ye... Saya akan berusaha untuk capai target 4.00 tu.

Jadi, saya kira, better stop now. Sebabnya mata sudah mengantuk. Esok sudah mula bekerja. Tak tahulah, pukul berapa enjin nak panas. Mood raya masih tak habis lagi ni. Aduhai....


Laura Azura Zainal...

Sunday, September 5, 2010

My BFF birthday

Assalamualaikum..

Today (6 of September) is his birthday! Happy birthday fren...

Dear you, my bff,

Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan my bff eypun
Allah selamatkan kamu...

Moga yang baik2 sahaja akan hadir dalam hidup ko. Moga sentiasa happy. Moga ko sentiasa diberi kesihatan yang terbaik. Moga kau sentiasa beroleh ketenangan dan moga ko sentiasa dalam lindungan kasih sayang Yang Maha Esa.

Thanks for being my bff since schooling times. Thanks for being there when I need comfort and support. Thanks for being so nice to me. Thanks for growing (wlpn membsr dgn nakal) with me. Thanks for everything. U are my truly bff.

I have little virtual birthday present cum birthday cake. Consume it after iftar ye...



Me,
Laura Azura Zainal a.k.a Zack