Monday, July 3, 2023

4 Julai

 Assalamualaikum. Sihat semuanya?

Hari ini dah 4 Julai. Cepat Sungguh masa berlalu. 

Setiap tahun, saya selalu menantikan bulan Julai. Julai, bulan kelahiran saya Dan juga bulan kelahiran ramai sahabat saya. Salah satunya pada 4 Julai. Iaitu hari ini.

Happy Birthday sahabat. Moga Allah senantiasa merahmatimu dan keluarga. Moga Allah kurniakan hidup dan rezeki yang berkah buatmu. Moga sihat berpanjangan juga.

Saya jarang hercerita tentang sahabat saya yang satu ini. Dia yang mula menegur semasa saya baru mendaftar di sekolah baru dahulu. Dia yang ramah segala. Dia yang mula ajak berkawan. Akhirnya kami jadi rapat terus.

Dia yang pernah berkata, jika pohon mawar di hadapan bilik guru itu berbunga, bunga itu untuk saya. Ya, dia pernah menjadi istimewa bagi saya.

Berapa gembiranya dia mengetahui bahawa bulan kelahiran kami sama. Dia pada 4 Julai Dan saya 20 hari kemudiannya. Saban tahun, kami selalu juga menanti - nanti bulan Julai ini.

Namun, habis sahaja sekolah, saya hilang jejak dirinya. Langsung hilang khabar berita. Tetapi setiap Kali 4 Julai hadir, iya saya ingat hari ini hari ulangtahun kelahirannya. Jadi saya tiba - tiba sahaja mahu menulis tentangnya.