Wednesday, September 28, 2011

Ke Nogori Sombilan

Assalamualaikum.
Moga - moga kita semua beroleh kebahagian dan kesihatan dan dalam lindungan kasih sayang Allah semuanya.

Cuti baru - baru ini saya ke Negeri Sembilan. Ke rumah emak saudara untuk majlis khatam Al - Quran empat cucunya. Di situ saya dipertemukan dengan nenek saudara yang kami panggil Wan Ngah Somah. Wan Ngah Somah adik nenek yang saya panggil Wan. Sebenarnya saya sudah beberapa kali bertemu dengan Wan Ngah Somah. Mendengar cerita tentangnya juga sudah acap kali sejak kecil. Namun hendak bermesra, itu tidak selalu. Di situ juga saya dipertemukan buat pertama kalinya dengan anak Wan Ngah Somah, Pak Ngah Umar dan isterinya yang cantik dan sangat peramah. Walaupun kali pertama bertemu namun, kami mesra benar. Keesokkan harinya kami menghadiri kenduri kahwin saudara terdekat kami di bumi Melaka. Di situ saya diperkenalkan lagi dengan saudara mara sebelah nenek. Barulah saya sedar, rupanya kami masih punya saudara mara yang ramai di Negeri kelahiran nenek, Nogori Sombilan.

Saya jumpa sepupu - sepupu emak. Dan terasa sudah lama kami berjumpa dan bergaul mesra. Iya, bagai keluarga. Gembira benar saya.

Itulah, selalunya kami pulang ke Negeri Sembilan hanya untuk melawat makcik saya (mak uda dan keluarganya). Ke kampung asal Wan, memang tak pernah sekali saya jejak seumur hidup. Yang saya tahu, kampung asal Wan di Kampung Terusan, Juaseh. rumahnya katanya berdekatan dengan surau. Entah masih ada surau itu pun saya tidak ketahui.

Moga - moga kasih sayang dalam keluarga kita berpanjangan......


Oh ya,

Tuesday, September 20, 2011

Menjaga air muka

Assalamualaikum..

Dari pagi saya ingin menulis.

Jagalah adab dan Jaga air muka sesiapa sahaja. Kalau marah, bincanglah elok - elok. Jangan dibuat marah - marah di tepi jalan. Jangan marah tanpa usul periksa. Marahlah dengan tenang. Marahlah seadanya dengan bijak. Tak keruan hati yang sedang dimarahi, begitulah juga tak keruan hati saya bila menyaksikan perkara itu. Aduhai, kita sudah dewasa, mengapa berkelakuan seperti budak - budak?

Kalau mahu marah, pilihlah tempat yang sesuai. Kalau marah, fikirkan kita sedang dimarahi bukan memarahi.

Jujurnya, jagalah tingkahlaku kalian. Jangan sampai menjatuhkan air muka orang lain. Berbincang itu saya fikir lebih afdal dari melempiaskan rasa marah yang tak menentu.

Moga - moga kita beroleh kejayaan dunia dan akhirat.

Saturday, September 17, 2011

Entry kosong

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. May only the precious will be ours. Moga yang baik - baik sahaja akan hadir dalam hidup kita semua.

Persoalannya:
Kalau sudah ditetapkan dalam hati hubungan itu putus tak bersambung, mengapa mesti ada cemburu yang hadir? Aduhai...

Haiya Cik Laura, sudah - sudahlah tu...

Okay,
Pray for me ye kengkawan.

Wednesday, September 7, 2011

Little Updates 2

Assalamualaikum.

May Allah bless you always.

Lama dah tak update blog. Seriously I am busy with many things. Tak terkejar. Later will talk about my Hari Raya Celebration. Sekarang mari bercerita tentang weekend yang baru berlalu. Minggu ni saya pulun rehat habis - habisan. Next week my new semester will commence. So, bersenang -senang lah kan. Starting from malam Jumaat, dah tidur lambat. Menengok dua movie yang diinstall dek anak buah dalam my laptop. Bolehla. Sabtu aktiviti membasuhku bermula. Tapi di Kuantan asyik hujan. Until now, tak kering - kering lagi. Lepas tu pergi Open house... Time pergi terserempak students, so I follow je dorang tapi time balik sesat barat dalam Taman PSJ yang besar gabak tuh. Aduyai.

Malam, ulang baca Tunas by Hlovate. Gelak je manjang. Rendu abisan aku dengan my geng buat kacau a.k.a Kappla. Abis baca Tunas, sambung pulak dengan aA + bB juga by Hlovate. Aduyai, really fall in love with the characters.

Ahad, kemas rumah serba sedikit. Lepas tu pergi dua open house. Kenyang sih. Malam baru buat notes untuk kelas pagi ni. Itupun lepas menengok cite Cave of the Golden Roses. Oh Tarabas! Jadi untuk menangangi mengantok, gi la bancuh air nescafe sekali amik kau tak boleh tido.

Jadi, waktu tak boleh tidur tulah idea menulis datang bertimpa - timpa. Tapi saya simpan je dalam hati. Sebab, kalau bukak laptop dan mula menulis, agaknya sampai ke pagilah tak tido. Entah pukul berapa saya dapat tidur saya pun tak tahu. Tetapi saya sedar pukul 5.30 pagi.

Waktu bangun pagi tadi, kepala memang terasa berat. Longlai je langkah. Hmm, saya kemas barang untuk bawa ke KL petang ini. Esok saya akan berbengkel di UTM, Jalan Semarak.

Masuk opis yang lengang, lagilah mood tak best. Tetapi saya akan lunaskan tanggungjawab saya seadanya. So sekejap lagi saya ada kelas.

Apapun, saya masih lagi merasakan weekeend baru2 ni antara yang best. Sebab saya tahu, nanti sudah sukar untuk saya menikmati weekend apabila kuliah master telah bermula. HUHUHUHUHUHUU