Monday, May 21, 2018

Update Laman My Bonda

Assalamualaikum

I balik ke kampung halaman sempena hari mengundi baru - baru ni. I balik dari hari Ahad hingga Hari Khamis. Alhamdulillah dapat berlama - lama sedikit di kampung halaman.

Apa lagi, pagi - pagi dah melawat kawasan. Tengok apa yang baru di laman. Ada satu hari itu bonda mintak ambilkan gambar pokok - pokok puding dia dan beberapa jenis lagi. Katanya nanti boleh tengok - tengok semula bila dah habis musim. So layankanlah permintaan bonda ni.



Kita mulakan dengan gambar owner of #lamanmybonda. My bonda, 65 years old. 





Sebahagian Laman depan Laman My Bonda. Menghijau? Alhamdulillah..


Bunga ni I tak tahu namanya apa. Berwarna biru keungguan. Masya Allah. Indah.


Ini kami panggil Kemboja Thailand. Banyak species dirumah. Senang tumbuh pokok bunga ni. Kerat sahaja kemudian terus tanam. In shaa Allah tumbuh segar. Batangnya berduri dan bergetah banyak.




Daisy atau Gerbera. Tiga species dirumah. Rancak berbunga 





Bonda kata ini nama bunga ini Tapak Dara. Ada beberapa species. Warna ungu, warna merah pekat, Warna putih. Pokoknya tak besar mana. Species pokok renek



Limau Purut. Yang ini yang berbuah. Daunnya tidak sesuai dibuat gulai kata bonda. In fact pokok limau purut yang ini memang tidak banyak daun. Berbuah lebat. Setangkai boleh cecah berbelas - belas biji. Rezeki Allah.



Pegaga kerinting. Pegaga ni memang dari I kecil bonda suka tanam. Dulu kecil - kecil I dan adik beradik selalu dipaksa bonda untuk minum air pegaga. Kata bonda elok untuk menghafal dan kuatkan ingatan. Ini species kerinting. Jenis biasa tu pun banyak. Malah, di laluan ke laman belakang, ia ditanam seperti rumput sahaja. Melata begitu. Banyak polibeg bonda tanam pegaga kali ini. 





Janda Kaya. Ada dua jenis. Satu berbunga merah. Satu berbunga putih. 















Antara Puding dan species asam batu/keladi. Pokok puding my bonda ni, kecil - kecil lagi. Sebab ini semaian kedua. Yang besar - besar dulu dah banyak dikerat - kerat. Yang ini pon ada yang menempah tapi sebab pokoknya kecil dan belum berdahan banyak, kenalah tunggu. Minta maaf banyak - banyak ye. 

Ada seorang pembaca blog hendak menempah. Tapi bonda kata belum sesuai dikerat lagi.


Ini buah kedua. Pokoknya kurang berdaun. Berbunga banyak tapi tak lekat. Kadang - kadang I rasa pokoknya tidak sihat. Cuma I harap ia dapat bertahan. Sebab pokok ini I yang beli. Usianya menjangkau 4 tahun



Jambu air. Lebat berbuah tapi sayang buahnya buruk. 



Pokok Lemon. Pertama kali berbuah. Pokoknya besar. Mabuk daun. I balik baru ni, I intai sungguh - sungguh pokok lemon ni. Ada lima biji buahnya. Berbuah di hujung dahan. Allah, tak sabar nak tunggu ia membesar bagai juara.

Pokok Lemon di rumah bonda, ada empat pokok semuanya. Tapi hanya yang ini pembesarannya baik. Yang lagi tiga tu pokoknya segan - segan hendak meninggi. Benih yang ini, adalah kami beli dari Cameron Highland tahun 2016 hari tu. Ada dua pokok dari Cameron ni. Yang lagi dua pokok tu, bonda semai dari biji dari lemon yang dibeli di pasaraya. Mungkin ia dari biji, maka pembesarannya pon tak banyak. Pokok - pokoknya halus lagi.



Mulberry. Ini pokok induk di rumah. Banyak dahan - dahannya di cantas dan ditanam pula. Pokok yang ini semakin hari semakin meninggi. Kadang - kala susah nak ambil buahnya.


Bunga raya species miniature. Memang bunganya kecil sangat. 



Limau kasturi. Pokok induk juga ni. Berbuah lebat. Pokoknya tinggi. Nak ambil buah kena pakai galah yang disambung dengan gunting rambuatan. Buahnya banyak. Bonda suruh bawa balik ke Kuantan. Katanya kalau tidak mungkin terbiar sahaja. 

Sekarang musim citrus di kawasan rumah bonda. Pokok - pokok limau berbuah banyak. Di rumah jiran pokok limau nipis dan limau madu berbuah lebat. Bonda kadang - kadang swap dengan jiran - jiran. Tapi duduk dikampung, kawasan luas, setiap rumah ada pokok limau juga. Tu yang sebabnya balik mengundi baru ni bonda kata pergilah ambil buah limau ni. Nak swap dengan jiran pon, dorang pon ada pokok limau masing - masing yang berbuah lebat. 

Rezeki kan? Syukur pada Allah.

Sunday, May 13, 2018

Kenduri Kahwin Geng Opis

Assalamualaikum.

Entry tertangguh...

Sabtu 5 Mei, I pergi meraikan kenduri sambut menantu geng opis. Zafuan akhirnya bertemu jodoh dengan teman sekuliahnya dahulu.

Majlis dibuat di sebuah villa. Majlis nya bermula pukul 3 petang sehingga 6 petang. Villa ni lawa sangat Dengan pemandangan private beachnya. Allah. Kalau Zafuan tak pilih venue ni, kami pun tak tahu tentang tempat ni. Padahal tidaklah jauh mana dari Kuantan.



Permandangan lagoon. Allah lawanya. Korang boleh google Villa Kuchinta kat IG. Villa ni terletak di Kampung Cherok Paloh, berhampiran Ubai, Pekan. Ada pool juga. Kebanyakannya d sewa untuk family day dan majlis kenduri begini.


As usual kami yang suka bergambar ni mesti wefie dulu. Nad si cantik bertudung biru ni dah lama jadi full time housewife. Dahulunya dia pensyarah juga. Sama bidangnya dengan I. Lama giler tak jumpa. 





Dah kenyang makan, kita pon apa lagi sakan bergambar. Tu kami dengan lil Aaira. Anak bob. Bob ni kembar Zafuan. Dorang dua - dua ni pensyarah Bahasa Inggeris. Walaupun begitu, dua - dua jenis masuk air. Kalau dapat 'membahan' orang, tahu sahajalah. Tak tertahan. 

Tapi Aaira ni jenis tak nak orang. Masa mula - mula bob kenalkan kat kami dulu, kemain susah nak mesra. Actually masa kenduri ni pon sama. Tapi we all cuba jugak. Shes cute. Geram rasa. Hahaha.


Tu aboh si Aaira berbaju peach. Sekarang ni makin membesar. Hahaha.


Kami lagi. Hehehe.



Yeay, Aaira dengan I. Banyak gambar dengan Aaira ni sebenarnya. Ni trick aboh dia ajar. 

"Siapa nama Aaira, angkat tangan"

Automatik, Aaira angkat tangan. hehehe. comel. 




Okay. Ni baru gambar dengan pengantin. Lawa wife Zafuan ni. Tahniah Wan. Moga berbahagia hingga ke Jannah.

Thanks Wan, Bob and family. Venue lawa. Makanan sedap. Pilihan air dia banyak. Air balang macam kat pasar malam. Tapi I tak minum pun sebab manis. Ramai suka. Air macam - macam warna ada. Lepas tu ada kiosk kuih bakar dan akok. Allahu sedapnya. Makan panas - panas. Sebab ianya dibakar di situ. Mak Zafuan pula siap suruh kitorang tapau. Dan paling budak - budak suka adalah kiosk ice cream. Sedap katanya. Anak my friend tu siap ambil ada kot 10 kali. hehehe.

Thanks weh. Happy sokmo ye!!!





Convocation 2018

Assalamualaikum...
Apa khabar semuanya...
Salam Malaysia Baru. Hehehe.

Maaf lama tidak memblog. Macam biasalah kesibukan. Dan tak terasa nak menulis. Blog ni dah jarang - jarang I buka. Kalau hendak tahu perkembangan terbaru, buka Instagram ye.

Okaylah. Marilah I kongsi tentang Majlis Konvokesyen kolej I yang berlangsung semalam. Sekadar nak simpan sini.

Well setiap tahun bila ada Majlis Konvokesyen, bolehlah I katakan, suasananya meriah. Tak kira graduan ataupun pensyarah mesti rasa excited. Walaupun terpaksa tunggu lama, kami tak kisah pun. Masa menunggu kita isi dengan mengambil gambar. Hoyeh!!!

Untuk sesi konvokesyen kali ini seramai 300 graduan dirai. Dan kami pensyarah pon ada perarakan akademik. Jadi seperti graduan, kami juga perlu mengenakan convocation robe. Jadi apa lagi, terasa bagai konvokesyen sendiri pula. Hahha. Walaupun setiap tahun pakai robe tapi tetap excited juga. 

Well hari konvokesyen kan, siapa yang tidak gembira?



Warna hood membezakan fakulti. Kami berhood biru adalah pensyarah Fakulti Pengurusan Perniagaan (FPP/FBM). FPP juga dikenali sebagai Fakulti Perempuan - Perempuan. Hahaha. Fakulti terbesar dengan jumlah pelajar dan pensyarah teramai. Tapi dalam ramai - ramai pensyarah tu, ada dua orang je pensyarah lelaki.


I suka gambar ni. Semua on point. Tudung terletak elok. Tak kelepet. Hood pon okay. Hehehe. Siapa lagi nak puji diri sendiri kan? Lagi satu I suka sebab nampak kurus. Hahaha. Perah santan betul.


Hood merah = Fakulti Kejuruteraan
Hood kuning = Fakulti Pengurusan Industri dan Teknologi



Paling kiri Kak Ita, pensyarah ekonomi. Very senior. Di tengah pula kak Tini, pensyarah perakaunan. 



Wefie adalah wajib bagi mengisi kebosanan. I bersama - sama kawan - kawan yang mengajar Sains Komputer

With our Dean, Mr Nazlan

With Chena. Pengurus Bahagian Tajaan. Chena ni dulu pensyarah juga sebab tu rapat

Kak Putri. Senior lecturer ni.

Our boss. Memang sempoi. Suka bergambar. Suka juga 'bahan' orang. hehe


Now nampak hood warna purple kan? Dorang ni dari Center of General Studies. Kak Ana tiga dari kanan mengajar kursus - kursus umum seperti Bahasa Kebangsaan, Science and Technology dll. Kak Adelina, dua dari kanan mengajar kursus Matematik



Now ada nampak hood kelabu kan? Mereka ni dari Akademi Pengajian Islam dan Bahasa Arab. 


Sebahagian warga FBM. Masa ni dah masuk barisan. Kejap lagi akan masuk dewan

                    

                     

Ini my student. Amrin namanya. Dorang tengah cuti sekarang. Tapi Amrin ni salah seorang ahli Koir kolej. Jadi dia ada persembahan waktu konvo semalam. Memang rapat dengan I. Dia duk mesej - mesej nak bergambar so I pon tunaikanlah. Macam - macam aksi. Layankan ajelah. Dia ajak buat love sign ala korea yang tangan kita naikkan ke atas tu, I dah tergelak bagai. Sekali I dengar satu suara tergelak kat tepi kitorang. Allah, malu sekejap sebab yang ketawa tu adalah HR manager. Rupanya dia pon duk ralit perhatikan kitorang. Aduhai...

Tapi  okay je. Layan kan student sekali sekala. Lagipun student ni memang baik. Rajin menolong. Rajin study. Memang rapat. Semester depan dia dah final semester. Lepas tu praktikal. I rasa mesti I rindu batch dia ni. Alahai, sekejap je dah nak masuk final semester. Ingat lagi masa dorang sem 1 dulu. 

Hehehe.

Tak mengapalah. inilah sahaja update kali ini. 

Jumpa lagi. 
Semoga Allah rahmati kita semua.