Assalamualaikum...
Apa khabar semuanya...
Salam Malaysia Baru. Hehehe.
Maaf lama tidak memblog. Macam biasalah kesibukan. Dan tak terasa nak menulis. Blog ni dah jarang - jarang I buka. Kalau hendak tahu perkembangan terbaru, buka Instagram ye.
Okaylah. Marilah I kongsi tentang Majlis Konvokesyen kolej I yang berlangsung semalam. Sekadar nak simpan sini.
Well setiap tahun bila ada Majlis Konvokesyen, bolehlah I katakan, suasananya meriah. Tak kira graduan ataupun pensyarah mesti rasa excited. Walaupun terpaksa tunggu lama, kami tak kisah pun. Masa menunggu kita isi dengan mengambil gambar. Hoyeh!!!
Untuk sesi konvokesyen kali ini seramai 300 graduan dirai. Dan kami pensyarah pon ada perarakan akademik. Jadi seperti graduan, kami juga perlu mengenakan convocation robe. Jadi apa lagi, terasa bagai konvokesyen sendiri pula. Hahha. Walaupun setiap tahun pakai robe tapi tetap excited juga.
Well hari konvokesyen kan, siapa yang tidak gembira?
Warna hood membezakan fakulti. Kami berhood biru adalah pensyarah Fakulti Pengurusan Perniagaan (FPP/FBM). FPP juga dikenali sebagai Fakulti Perempuan - Perempuan. Hahaha. Fakulti terbesar dengan jumlah pelajar dan pensyarah teramai. Tapi dalam ramai - ramai pensyarah tu, ada dua orang je pensyarah lelaki.
I suka gambar ni. Semua on point. Tudung terletak elok. Tak kelepet. Hood pon okay. Hehehe. Siapa lagi nak puji diri sendiri kan? Lagi satu I suka sebab nampak kurus. Hahaha. Perah santan betul.
Hood merah = Fakulti Kejuruteraan
Hood kuning = Fakulti Pengurusan Industri dan Teknologi
Paling kiri Kak Ita, pensyarah ekonomi. Very senior. Di tengah pula kak Tini, pensyarah perakaunan.
Wefie adalah wajib bagi mengisi kebosanan. I bersama - sama kawan - kawan yang mengajar Sains Komputer
With our Dean, Mr Nazlan |
With Chena. Pengurus Bahagian Tajaan. Chena ni dulu pensyarah juga sebab tu rapat |
Kak Putri. Senior lecturer ni. |
Our boss. Memang sempoi. Suka bergambar. Suka juga 'bahan' orang. hehe |
Now nampak hood warna purple kan? Dorang ni dari Center of General Studies. Kak Ana tiga dari kanan mengajar kursus - kursus umum seperti Bahasa Kebangsaan, Science and Technology dll. Kak Adelina, dua dari kanan mengajar kursus Matematik
Now ada nampak hood kelabu kan? Mereka ni dari Akademi Pengajian Islam dan Bahasa Arab.
Sebahagian warga FBM. Masa ni dah masuk barisan. Kejap lagi akan masuk dewan
Ini my student. Amrin namanya. Dorang tengah cuti sekarang. Tapi Amrin ni salah seorang ahli Koir kolej. Jadi dia ada persembahan waktu konvo semalam. Memang rapat dengan I. Dia duk mesej - mesej nak bergambar so I pon tunaikanlah. Macam - macam aksi. Layankan ajelah. Dia ajak buat love sign ala korea yang tangan kita naikkan ke atas tu, I dah tergelak bagai. Sekali I dengar satu suara tergelak kat tepi kitorang. Allah, malu sekejap sebab yang ketawa tu adalah HR manager. Rupanya dia pon duk ralit perhatikan kitorang. Aduhai...
Tapi okay je. Layan kan student sekali sekala. Lagipun student ni memang baik. Rajin menolong. Rajin study. Memang rapat. Semester depan dia dah final semester. Lepas tu praktikal. I rasa mesti I rindu batch dia ni. Alahai, sekejap je dah nak masuk final semester. Ingat lagi masa dorang sem 1 dulu.
Hehehe.
Tak mengapalah. inilah sahaja update kali ini.
Jumpa lagi.
Semoga Allah rahmati kita semua.
No comments:
Post a Comment