Friday, February 27, 2009

Merindui abah.....

Dimana kan ku cari ganti...
Serupa denganmu...

Seluruh kehidupan rasanya tidak lengkap tanpa abah. Namun bagaimanalah hendak aku katakan pada diri bahawa abah telah pergi selamanya.

Sesungguhnya aku masih merasakan abah masih ada. Aku teringin benar nak bertemu dengan abah. Aku ingin benar mendengar suaranya. Aku ingin benar memeluknya. Aku ingin benar menghabiskan waktuku bersama abah. Malah aku ingin benar nak bercerita pada abah tentang kehidupanku waktu ini. Kehidupan yang nyata baik namun tidak lengkap.

Kini, pada bondalah tempatku berharap. Pada bondalah segalanya tempat mengadu. Pada bondalah aku ketemu abah. Namun aku sering kali merasakan abah masih ada. Duduknya dekat benar dengan bonda. Malah segala apa yang dilakukan bonda pasti ada sesuatu tentang abah.

Bagaimana nak kurawat hati yang rawan ini. Sesungguhnya, abah kekal dalam hatiku. Abah sentiasa dekat denganku. Malah abah tetap sumber inspirasiku selain bonda.

Moga bonda sentiasa dilindungi Kasih dan Sayang Allah dan baik kesihatannya dan moga roh abah sentiasa dicucuri rahmat dan tergolong dalam golongan orang beriman walau alam kita sudah berbeza...

kasih sayang abah ini akan tetap menjadi kekuatan aku....