Wednesday, February 24, 2016

Throwback: My MBA Journey

Assalamualaikum.

Hari ni kita mengimbau kejap ye. Ni gara - gara notification kat FB tentang Memories tulah. Hampir 4 tahun dah grad MBA. Hehehe. 

At first, I nak buat MSc sebenarnya. Dengan UPM. Tapi mengenang kuliahnya on weekdays and scheme untuk buat full time tu dihentikan seketika jadi akhirnya I enrolled MBA. Di Kuantan sahaja. Dengan UUM.

Ia nyata pengalaman yang tak akan I lupa sampai bila - bila. Seronok yang tak tergambar. Bila teringat boleh senyum sorang - sorang jadinya.

Pada mulanya ada kerisauan dalam hati I. Yang pertama adalah I risaukan I tak boleh bahagikan masa dengan baik. Maklumlah, Isnin hingga Jumaat, jadual I penuh dengan kelas mengajar dan urusan di pejabat manakala Sabtu dan Ahad pula urusan kuliah. I tak dapat pelepasan dari pihak pengurusan pula jadinya, teaching hours I tetap 20 - 24 jam seminggu. Dan I masih lagi terlibat dengan pelbagai aktiviti atau projek yang dikendalikan organisasi I.

Selain tu, yang I risaukan adalah nak maintain pointer. Family pun dah letak high expectation due to my degree performance. I bimbang sebab MBA is very general. Belajar semua perkara. Degree tu I dah buat majoring. Tu yang I risaukan.

Alhamdulillah setelah hampir dua tahun atau lebih tepatnya 5 semester pengajian, I berjaya juga habiskan pengajian MBA I. Alhamdulillah, target family tu I dapat capai juga.


Kenapa I kata My MBA Journey ni antara kenangan terindah I?

1. Dekat. No need to travel. Organisasi I adalah pusat pengajiannya. Jadi I ada akses to Library atau any meeting rooms kalau I nak guna untuk discussion ke apa.

2.  Classmates awesome semuanya. Combination of Gen X dan Y. Gen X semua otai - otai. Banyak pengalaman. Kalau bincang satu - satu isu, tak berjam tak sah. Gen Y, kuat main - main. Santai. Dalam kelas layan FB. Tapi kalau sesekali beri pendapat, Gen X pon boleh terdiam. Hahaha. Lagi best sebab Gen X otai - otai dan kalau set up meeting untuk discussion siap belanja makan - makan dulu. Lepas tu tak lokek ilmu. Kami memang rapat habis antara satu sama lain. Semua sangat membantu antara satu sama lain.

Kalau satu group dah siap assignments, mesti email pada key person group lain. Buat perbandingan dan suggest improvements. Disinilah pengalaman otai - otai selalu membantu. Kami jenis support each other.

Kemudian, kalau dapat tugasan, ada kumpulan yang akan cari jawapan via internet. Kemudian, ada kumpulan akan kaji jawapan tu. Then approvekan boleh atau tidak. Hailah, jalan mudah betulkan? 


3. Ada geng rompak. Eh jangan salah anggap. Nama geng rompak ni kira nama geng I lah. Nama geng rompak tu hasil dari comment seorang geng I dalam kelas Entrepreneurship. Ada yang suggest rompak kedai mamak to gain capital for our business. Lepas tu lekat terus nama tu untuk geng - geng kami, Dan FB session antara geng rompak paling awesome. Betullah kan Gen Y, memang kuat main. Dalam kuliah pun, main FB. Belum lagi kisahnya dgn YM. Meriah you, Hahaha.

Kalau rasa boring dalam kelas, Up status. Kemudian tag ramai - ramai. Lepas tu macam - macam topik la keluar. Discussion kat Fb lagi meriah dari discussion di kelas. Tak cukup dengan tu, siap pulak sambil - sambil tu guna messenger borak personal. Huhuhu. Kemudian, ada pulak stalker. Macam - macam. 2 jam kadang - kadang, boleh dapat beratus comments. Lepas tu siap buat status dgn KPI. Contohnya, mesti cukup 100 comments. Memang senaman jarilah.


4. Bila buat MBA ni part time, ramai dapat kenalan. Alhamdulillah sampai sekarang hubungan kami masih rapat. Kenalan yang datang dari pelbagai bidang dan pekerjaan. Seingat I, ada dikalangan kami adalah jurutera, ada juga pegawai polis, pengetua sekolah swasta, pegawai kerajaan, businessmen/women, lecturers. Alhamdulillah semua tak lokek beri bantuan. 


5. Our lecturers pon awesome. Until now, masih keep in touch via FB and emails. 




Ni antara yang datang konvokesyen di UUM, Sintok.

Actually ramai lagi. Tapi mereka tak datang konvo dan ada juga beberapa yang berkonvokesyen pada tahun berikutnya. 


Kenangan mengusik jiwa. 
Teringat.
Buat diri tabah.

May Allah bless you all, friends and lecturers.