Monday, April 21, 2014

LAMAN BONDA SAYA 2

Assalamualaikum

Last weekend dapat balik kampung di Jerantut. Sampai - sampai sahaja, elok keluar dari kereta, terkejut tengok pokok jambu air tepi garaj kereta. Apakah? Daun tak banyak tapi putik buah kemain banyak. Tengok bawah:

Lebat kan?

Nampak tak orked bonda I pada batang pokok?

SubhanAllah. Alhamdulillah.

I pon pergi la ronda - ronda kawasan rumah. Boleh kata semua pokok - pokok yang bonda tanam dah membesar dengan jayanya dan dah berbuah.

ni gambar awal mac.

Ni gambar baru. Nampak tak sungguh cepat mereka membesar

Dan mengeluarkan hasil dah. Cepat kan? Daun - daun pon besar.

Ada satu lagi yang I tengok sungguh la membesar bagai juara

Ni pon gambar bulan Mac. Ini namanya Sawi Tembakau

kan dah membesar bagai juara ni!

Tinggi kan? Biasanya sawi tembakau ni kami tuai daunnya buat masak.
Nak tengok lagi?

Ni sayur baru. Bonda kata ini namanya sayur meranti. Pucuknya yang dibuat gulai.

Roselle. Pokoknya takde la besar. Sblh tu bendi. Dah selamat digulai.


Mulberi. Dicelah pegaga yang daunnya membesar bagai juara juga.

Kacang Panjang Merah.
Pokok kacang atas ni tumbuh sendiri tepi simen dekat pintu dapur. Bonda tak alihkan. Bonda sendiri tak tahu ia species apa hinggalah ia berbuah. Mulanya kami ingat ia anak kacang panjang renek (species kacang panjang yang tidak memanjat) tetapi bukan. Bonda sengaja tak tuai buahnya sebab nak buat benih.

Okaylah. Tu sahaja entry laman bonda I kali ini. Tunggu I balik cuti Hari Pekerja untuk update terkini laman bonda I lagi ye...

Okay,
Live well people.


Friday, April 18, 2014

Memory lanes part 1

Assalamualaikum...

Busy ke you all lately? I mmg agak busy la jugak. Tak terkejar. Banyak sangat ad hoc jobs to be settled.

Ada masa sedikit, I start la belek - belek gambar lama. Rindu pula jadinya. Rindu suasana tersebut dan rindu tempat - tempat tersebut. Mari I tunjuk gambar.


Lokasi wajib bergambar kalau pergi Fraser Hill

Waktu ni bujang - bujang belaka dan kurus - kurus belaka.

Rindu dengan suasana ini. Ni gambar lama. Seingat I tahun 2009 agaknya. Kami cuti - cuti Raub waktu ini. Seingat I, kitorang plan cuti ramai - ramai hari Jumaat. Waktu tu turnover sangat tinggi sampaikan the boss risau nak approve kan cuti kitorang. Almaklumlah, kami masih junior waktu ni.

Waktu ni, memang selalu buat aktiviti dgn geng2 bujang. Hinggakan seniors pon bengang je. 

Serupa potret keluarga kan? 
Ni kalau tak silap I kat Hotel Seri Malaysia. First Coppa Workshop. Sediakan document Coppa agak mencabar dan boleh memeningkan. Apatah lagi yang pertama kali dibuat. Tahun I tak ingat. Maybe 2010.

Geng opis. Baju tu entah mana dah. tahun 2009/ 2010. X ingat!
Ni kira Family Day yang pertama la bebudak buat. Baju tu pon dorang tolong pilihkan. Group masa ni pilih sendiri. Havoc. I mmg suka aktiviti mentor - mentee like this. 


Ni antara zaman kegemilangan BLC. Masa ni kurus. Ni kat PICC. Rindu kenangan masa nie.

Lepas seminar, kita jakun jap g bergambo kat tengah2 Putrajaya.
Projek pertama I dengan BLC was Young Retailer Program. Tahun 2007. Baru masuk kerja then terus involve dengan BLC. BLC more toward organize program to generate income for our company. BLC ajar banyak perkara. Especially event management. Kerja sampai pagi pon pernah tapi tak pernah merungut pon. Seronok. Tengok la senyuman kat gambar tu. Padahal baru lepas event.

Yang ni Program Wacana Pendidikan di PICC. I tak ingat ni event kali  keberapa dengan BLC sebab memang I terlibat boleh dikatakan almost all program around year 2007 - 2010.  

Ini I ingat. Tahun 2012.

Ni kem kepimpinan di Raub yang mana kami menawarkan kepakaran fasilitator. Seronok. Dealing with adolescents. I suka kerja dengan team ni.

Paid Vacation. Kerja di seberang laut. Ni baru landed kat Kuantan Airport.
Ni tahun 2012 juga. Rite lepas I menduduki peperiksaan terakhir MBA. Dapat kerja ke luar negeri. Dapat naik kapal terbang. Seyes, I tak pernah naik kapal terbang prior to this. Untuk paid vacation ni, 5 flights I onboard. 

Masa memula tu, Kuantan to KL. Serius berdebar. Dalam hati duk membaca doa - doa sekalian. Tapi bila yang kedua KL - Kuching, dah rasa okay. Cuma flight balik KK - KL tu mmg berdebar lain macam sebab cuaca tak elok. Puas pusing - pusing baru leh landing. But then, ayuh kita teruskan berdoa buat MH370.


Langkawi May 2012. Kali ni naik Airasia plak.

Ni 'kerja gila' gi bercuti 2 hari 1 malam. Dari/ke Kuantan - KL drive plak. Gilak. N keesokkan harinya masuk kerja. Gilak! Tapi SERONOK. Ni gi ngan geng - geng opis. Bila la boleh g jenjalan ginih lagi geng2 opis ku?

Rasa nak hangkut bawa balik pokok rose nih!

Ni tahun 2013. April if I am not mistaken. 

Housemates Trip. Merancang setahun, baru lepas. I rindu nak pergi CH ni lagi. Kalaulah CH tu dekatnya macam Pekan - Kuantan kan seronok. Tapi dari Kuantan, memanglah jauh sesangat. Tak mengapa. This year, we all merancang nak ke Cuti - cuti Melaka tetapi tengoklah maybe tahun depan baru boleh direalisasikan. Hadoi...

Tahun bila ni tak ingat. Maybe 2010.

Ni kira family vacation. Actually kitorang pergi kenduri di Melaka. Meraikan saudara sebelah emak. Masa tu bonda 'paksa' semua anak cucu pergi. Kehkehkeh. Tapi kesian, ada seorang tertinggal sebab weekend tu dia tak dibenarkan pulang dari asrama. Kesian dia. 
Lama tak pergi jenjalan begini. Yelah dulu anak - anak buah sekolah rendah lagi jadi senang nak 'pontengkan' dorang. Now, dah besar - besar. Siap ada exam besar lagi. This year ada yang akan sit utk SPM, PPMR, UPSR, dan UPPK (peperiksaan darjah 5, sekolah agama)

Okaylah, nanti I update lagi.


P/s: I menaip entry ni dua hari. Hari pertama sedang I menaip, bonda I telefon. Kami dapat berita yang amat memilukan. Abg sepupu I dikatakan pengsan tiba - tiba dan disahkan meninggal dunia tak lama selepas itu. I termanggu seharian. Jauh I mengenang bagaimanalah isteri dan anak - anaknya yang masih kecil itu menghadapi keadaan ini. Sedih. Memang I sedih. Jadi, mari sedekahkan Al - Fatihah buat arwah abang sepupu I, Abang Ami.  

Jumpa lagi.




Monday, April 14, 2014

Bunga Bungor Kesukaan

Assalamualaikum.

Musim bunga sekarang kan?

I paling suka pokok bungor yang mengekuarkan bunga warna ungu. Cantik sangat. Bunganya warna ungu tetapi lama kelamaan ia akan bertukar ke warna putih. dan kemudian barulah ia akan gugur.

Di depan pejabat, kemain tengah rancak pokok - pokok ini berbunga. Begitulah juga kemain berbunganya hati saya.

Memang Cantik.


Gigih zoom dr kereta

Gigih capture sambil driving. Hehehehe

Mak kata pokok ini namanya Pokok Bungor. Dan di Paya Bungor, Pahang, memang banyak pokok ini. Kudupnya akan membesar berbulan - bulan hinggalah ia kembang. 

Indahkan ciptaan Allah.

#sayasukamusimbungabilaadabungabungor\

Enjoy life people!

Thursday, April 10, 2014

Reunion Ex-Smpgasian Batch 1996 - 2000

Assalamualaikum.

Reunion Babeh! Sebelum tengok gambar, I nak share beberapa perkara. More towards my personal opinion. Mana tahu nanti kita boleh perbaiki kelemahan yang ada.

Yang pertama: Kehadiran
Huhu. Susah sangat nak mengumpulkan maklumat tentang rakan - rakan ni sebenarnya. Even dari bulan Januari kita dah war - warkan pasal reunion tetapi sampai masa susahnya nak dapat kerjasama. Ramai yang bagi alasan macam ni:

- Jauh sangat
- Sibuk tahap gaban
- Ada hal lain.

Bagi I jauh dekat itu bukan masalah. Jawatankuasa pilih tempat paling ideal. Kampung halaman korang kot. Kemudian yang kata sibuk tahap gaban, apalah salahnya rearrange sikit masa. Kosongkan jadual minggu tersebut. Sebab dah beritahu awal since last four months kot. I did that too. I awal - awal lagi seboleh mungkin kosongkan jadual untuk weekend tersebut. Padahal sebenarnya since early Mac till end of April, I kena kerja all days without weekend. But I try arrange, cari pengganti dan masalah I selesai. Memang dari bulan Januari I dah try block kan semua meeting atau kerja2 pada tarikh reunion supaya I boleh balik dan bersama - sama memeriahkan suasana. I tulis sini sebab I tahu nak rancang untuk sebuah reunion bukan mudah. So, kalau kita tak de masa, bayangkan mcm mana the committees arrange masa dorang. Kan?

Yang kedua: Tempat
Next time, kita kena cari space yang lebih besar dan lebih selesa utk kanak - kanak jika kehadiran bekas pelajar adalah ramai.

Yang lelain, I puas hati je.

Mari tengok gambar:

Our Ayahanda aka Cekgu Sejarah, Cekgu Ekonomi. Cekgu memang sporting habis.

Dari kiri: Rose, Nora (Tuan Puanya Kedai), Nita, Ilah. Both boys are Nita's

Rose n Achu. 

Ilah and I

Antara yang hadir

Geng lelaki.  Dr kiri: Anas (Baju kuning), Khairul aka Allan, Afif, Syed Afzan aka Ellay, dan Saha. And little Abdullah Solleh, Saha's eldest son.

Nita. Dari JB sanggup je datang..hehehe

Liza dan Rosmawati. 

Contengan Kenangan

Anis. Ketua Jawatankuasa


That little girl is Aleesya, Afif's daughter. 


Till we meet again.
It was a blast.
Hope our friendship will last forever

You rock, people!


Monday, April 7, 2014

Escape ke kampung

Assalamualaikum.

Apa khabar kawan - kawan?

Baru - baru ini I ambil cuti petang Jumaat dan Isnin untuk melengkapkan cuti keseluruhan adalah 3 hari setengah. Dah lama tak ambil cuti panjang. Sengaja. Memang I ada program hari Ahad tu cuma sengaja nak escape lama sedikit.

I've been very busy lately. 3 weeks of working without weekends. And only this previous weekend yang I tak kena kerja on Saturday or Sunday. This weekend, dah menunggu kerja samalah dengan next weekend. So kurasa bila ada peluang begini, mari kita escape kan diri di kampung.

I tak balik Kampung di Jerantut tapi I balik kampung di Benta, Kuala Lipis. Memang tak ada perancangan rapi pon. Just go there. Bila dah sampai Bentong baru I called my mak angkat. Dia memang terkejut abisan lah.

Long driving. Almost 5 hours from Kuantan. Tapi lama tu sebab banyak berhenti juga sepanjang perjalanan. Pukul 8.30 baru sampai kampung. Unfortunately, I the only one yang balik ke sini sbb adik beradik lain dah balik minggu lepas. Never mind, leh la I bermanja lebih sikit dengan mak angkat kan.

Pagi Sabtu, bangun je, mak I dah siap memasak. Sabarjelah kan dengan anak dara sorang ni. Mak masak pulut tanak. Makan dengan sambal tempoyak ikan bilis dan sambal sardin pedas. Memang best. I yang selalunya menolak nak makan pulut pon boleh bertambah - tambah. Nak tengok rupanya?

Pulut tanak yg asalnya nak buat lemang, makan dgn sambal pedas. Di kenakan pula dengan air kopi. Pergh terangkat wa cakap sama lu...

Zoom gambar sambal bilis masak tempoyak

Zoom pula gambar sambal sardin pedas. I suka tengok pinggan mangkuk rumah mak I ni. Ia mengimbau kenangan pada pinggan mangkuk di kampung lama I.

Lepas dah makan ni, borak - borak. Updating each others. Kemudian, abah I tiba - tiba berkata:

Abah: Nanti makan tengahari kita masak ikan semilang.
Mak: Boleh juga.
Abah: Pergi memancing korang berdua.
I: Mancing? Wah seronoknya...
Abah: hehehe (ketawa) Tapi reti ke memancing?
I: Reti kot. (pastu gelak)
Mak: Jap nak kutip kekatu kat depan. Malam tadi banyak.
I: Nak buat apa Mak? (nampak x kebandarannya? Aceh?)
Abah: Buat umpan kail.
I: Ohhhhhh.

Pergilah I ke bawah bukit. Mengail di tepi kolam. Tapi bukan mengail dalam kolam tersebut. kat tepi kolam ada parit semula jadi yang mana air dari parit itu yang masuk ke kolam.

We all dapat dua ekor ikan sahaja. Tetapi bukan ikan semilang yang dihajati tetapi ikan puyu dan ikan tak tahu nama. Nampak macam semilang tapi bukan. Begitulah. Akhirnya, ikan dalam kolam juga ditangkap dek abah I.

Tengahari itu, kami masak ikan patin masak tempoyak, sambal belimbing dan sayur campur. Tak ada gambar ye. Lupa!

Keesokkan harinya, as usual, I bangun je mak dah siap memasak. Walaupun awal I bangun. Mak masak nasi goreng. Bertambah - tambah I makan. Kemudian I pergi program I kat pekan Benta. Nanti I update pasal program tersebut.

Balik - balik dr program, mak I dah menunggu dengan air kopi + keropok goreng. Makan lagi I. Keropok keping goreng tu, celup dalam air kopi memang sedap. Tak percaya sila buat okeh!

Kekonon tak mahu makan dah, sekali bukak tudung saji, nampak sambal belimbing dan ulam serai kayu (padahal bukan). Mak I kata pergi ambil nasi. Makan.


Nak tahu menu I kali ni. Refer bawah:


Memang menu kampung kan? Ulam tu bukan ulam serai kayu tetapi ulam pucuk grahal. Yang mana mak petik aja tepi pagar rumah. Ulam ni memang sedap. Susah nak jumpa.

Kulat? Ye Kulat. Kulat Tahun. Goreng Pedas. Ye. Tak tahu rupanya? Tgk bawah:

Credit to hasrulhassan.com

Hehehe. Sungguh. Mak I masak Kulat Goreng. Sekali dengan pucuk paku masak lemak yang mak kutip kat tepi parit. Sambal belimbing tu, mak buat mentah. Kalau sambal hitam Pahang, ia adalah sambal belimbing versi goreng. 


Hari ketiga iaitu hari Isnin. Awal pagi kami breakfast dengan cekodok bilis, keropok goreng dan air kopi marvelous. Kemudian, tak lama lepas tu, I masuk rumah kemas barang. Bila I keluar je, I tengok mak dah ambil parang.

I: Mak nak g mana?
Mak: Nak ambil ubi kayu. Boleh buat gulai.

I apatah lagi, cecepat la ikut. Sekali rupanya dah siap mak I mencabot pokok ubi kayu itu. 

Besar kan ubinya. Mak siap tapau kan I bahagian yang besar tu,. Katanya nanti boleh rebus. makan dengan kelapa parut. Tak pon leh parut dan buat kuih. 

Pucuk Grahal dibuat ulam, Pucuk paku lebihan yang dikutip semalam dibuat goreng berkicap dan masak tempoyak ubi kayu dan ikan toman hasil pancingan abah I. Memang lazat.


Escape tiga hari setengah ini memang I seronok. Cuma kalau ada adik - beradik yang lain, tentu double happinesss. Nway, tiga hari setengah itu tidak puas sebenarnya. Tak mengapalah, nanti I try adjust jadual dan escape lagi.

Berada di sini, terkenang I pada suasana kampung lama mak I. Kampung yang sunyi. Kampung yang aman damai dan menjalani kehidupan dengan apa yang ada sahaja. Begitulah, nak makan, memancing, atau kutip sahaja sayuran yang tumbuh segar dan dijadikan makanan lazat. Seronok!

Apa jua, hari ini masuk pejabat, I terasa hatiku tertinggal di kampung. Hehehehe. Semua buat tak kena. Mungkin bila bangun pagi, tidak lagi kedengaran suara kokokan ayam. Dan juga sudah tiada masakan mak. Air di bilik air tidak sesejuk air dari bukit yang abah buat salur masuk ke dalam bilik air. Juga, suasana riuh bandar tidak seperti suasana sunyinya kampung. Dan, sudah hilang bau manis bunga durian yang gugur ke tanah.

Kembali ke kehidupan normal. Ada masa jom, kengkawan kita escape ke kampung!