Saturday, April 25, 2009

Saya & Buku

Saya baru sahaja selesai menghabiskan bacaan novel yang baru saja tidak sampai beberapa jam saya beli selepas kuliah tadi. Pantang saya mempunyai wang lebih, saya mesti mendapatkan sebuah buku untuk diri saya. Tabiat saya memang begini walaupun sudah penuh dua rak yang saya khaskan untuk menyusun novel-novel yang saya beli bagi mengisi minat dan gelisah di hati.

Demi sebuah buku, tidak kira berbentuk ilmiah atau novel, saya sanggup melakukan apa sahaja. Bagi saya buku teman yang paling baik. Teman berkongsi segala.

Namun ada juga yang dapat saya elakkan setiap kali saya selesai membaca novel-novel yang saya beli. Mungkin kerana saya begitu mendalaminya hingga mengharap sayalah watak dalam novel tersebut. Begitulah sekarang. Saya berasa sedih. Walaupun penamat cerita indah benar namun saya tetap sedih. Seya mengalirkan air mata saya kerana seakan saya benar-benar ditinggal suami. Saya seakan betul-betul berasa bersalah. Saya juga seakan sungguh-sungguh mengharap suami saya pulang dan menemani saya menjalani hidup. Bunyinya kelakar kan?

Bila begitu saya rasa sungguh sedih. Tiba-tiba saya kembali ke alam nyata. Novel itu hanya khayalan. Cerita semata-mata! Saya berasa sedih kerana saya tiada siapa untuk saya adukan gelisah jiwa sedang dalam novel penamatnya sungguh indah persis sang jejaka bertemu gadis pujaannya semula dan kisah suami isteri bertaut semula. Sedang saya masih sendiri...

Tak mengapalah. Mungkin inilah yang disebut kedewasaan. Harus tabah tak kira dimana. Harus terus berjuang walau sendiri. Harus berani tempuh segala.

Oh ya! Entri kali ini saya ingin sekali bercerita dari mana datangnya minat saya dengan buku. Minat menulis saya kira datangnya dari kakak. Apatah tidak, sedari umurnya 14 tahun, dia sudah mula menulis. Nak tahu novel pertamanya tentang apa? Kisah cinta anak remaja! Kakak banyak memberi saya pendedahan. akak sering minta saya memberi komen tentang fasa-fasa tulisannya. Malah kakak juga menyemai minat saya menghasilkan karya sendiri. Seingat saya karya pertama saya hanya muncul ketika saya berusia 14 tahun. Sama umur dengan kakak ketika dia mula menghasilkan karya. Kisah pertama itu saya berikan tajuk 'KEHIDUPAN'. Kisah seorang remaja yang berinjak dewasa namun meninggal dunia kerana mengidap leukimia. Bunyinya dewasa benar kan walaupun waktu itu saya masih lagi budak yang baru mengenal alam remaja. Itu kena tanya mentor saya. Dialah yang menjadikan saya dewasa. Namun kini, kakak sudah jarang menulis. katanya dia sibuk dengan tugas utamanya.

Terus-terang saya beruntung punya kakak. Kerananya saya punya hobi iaitu membaca. Saya gemar membaca novel mahupun buku-buku ilmiah. Bayangkan demi mengelak mengantuk saya boleh baca buku teks. Padahal bagi kebanyakan orang, bukak buku sahaja terus mengantuk. Apatah lagi buku teks seperti Principles of Marketing atau Marketing Management: An Asian Perspesctive. Sungguh tidak boleh dipercayai! Namun saya hanya menyatakan yang sebenarnya.

Dengan itu saya tidak kedekut duit apabila hendak membeli buku. Malah, jika saya rasa ianya berbaloi saya akan beli. Walaupun buku-buku tersebut telah saya baca. Apatah lagi bila anak-anak buah saya meminta, saya terus belikan. Bukan satu malah dua tiga. Saya cuma mahu hidup mereka dikelilingi buku. Begitulah saya. Di universiti dahulu, asal ada kawan mencadangkan buku rujukan terbaru, saya terus memesan dengannya. Tak mengapalah bagi saya menghabiskan wang pinjaman. Malah jangan tak percaya dirumah saya masih ada lagi buku-buku latihan ketika saya bersekolah dahulu.

Setiap bulan, saya akan memastikan saya membeli sebuah buku baru untuk diri sendiri. Malah, ketika hari ulangtahun kelahiran saya, saya pasti membeli buku. Itu, bagi saya adalah hadiah paling bermakna buat diri sendiri.

Kini bila bergelar seorang pensyarah, hidup saya pastinya sentiasa bergelumang dengan buku. Namun saya suka begitu. Saya suka nampak buku dimana-mana saya berada. Malah, saya suka bilik saya penuh dengan buku.

Sesungguhnya buku dan saya tak dapat dipisahkan. Jua, terima kasih buat kakak kerana memberi inspirasi buat saya.

Sekian. huhu


p/s: kakakku, jangan bangga sangat. Tak baik buat ibu mengandung! hehe

Tuesday, April 14, 2009

Merasa kehilangan....

Jiwa kacau! Mungkin itulah perkataan yang sesuai bagi mengambarkan diri saya hari ini. Sejak malam tadi, saya merasa tidak kena segala. Fikiran saya melayang entah kemana. Malah saya seakan terbawa-bawa dengan kemurungan. Tidak tahu kerana apa.

Namun bagi saya yang bernama Laura Azura, segalanya cuba saya selindungkan. Dihadapan teman-teman saya gambarkan diri saya gembira dan positif. Tetapi bila bersendiri menjalankan tugas, saya berasa ada sesuatu yang tidak selesai. Lama saya fikirkan apa sebenarnya yang menghantui rasa hati saya sekarang.

Saya seakan terganggu. Tapi tidak tahu mengapa. Saya seakan merindui seseorang tetapi tidak tahu siapa yang sebenarnya saya rindui. Malah, saya rasa saya sedang membawa diri entah kemana.

Mungkin saya marah. Tapi rasanya tiada apa yang membuatkan saya marah. Mungkin saya berasa tertekan. Kerja banyak, tugasan pula bertimbun. Tetapi, rasanya bukan kerana itu kerana saya amat bertoleransi dengan tekanan. Malah, saya yakin segalanya dapat saya selesaikan sebelum datelines.

Kali ini saya seakan merasa kehilangan. Namun tidak tahu apa yang saya kehilangan. Tak mengerti saya.

Adakah saya mengharapkan seseorang datang memujuk? Entahlah....