Thursday, April 23, 2020

Salam Ramadhan 1441 H

Assalamualaikum.
Salam Ramadhan semua.

Seperti petikan kata - kata PM kita dalam Perutusan Khas sebentar tadi,

Ramadhan kali ini lebih istimewa...

Benar. Bagi saya sendiri, beberapa tahun Kebelakangan ini:

- Sering kali susah benar dapat pulang kampung berbuka dan bersahur sama keluarga. Kerana ada tugas dan kerja perlu selesaikan walaupun pada hujung minggu. Alhamdulillah sudah hampir 6 minggu bersama keluarga. Masa bersama keluarga lebih panjang. Bekerja juga tetapi hanya dari rumah. Tiada lagi urusan kerja di hari minggu. Syukurlah.

- Terawih buat bila mana teringat. Dan tidak letih. Biasanya sendirian sahaja di rumah. Tahun ini inshaAllah mahu consistent berjemaah bersama keluarga. Malam ini sudah bermula. Seluruh isi rumah berjemaah sekali, aduhai dalam hati, sebaknya berbuku - buku.

- Menu sahur dan berbuka amat mudah. Apa yang ada sahaja. Hanya minum nestum 3 in 1, overnight oats, Susu dan oats atau hanya segelas air masak di waktu sahur. Jika berbuka, biasanya hanya 1 jenis masakan sahaja. Saya nyata tidak memilih makan. Itu kisah dirumah sendiri. Tahun ini tentulah lebih teratur dan penuh zat menunya. Namun sebentar tadi, saya telah siapkan sebekas overnight oats. Bimbang di awal pagi perut tidak mahu makan nasi.

- Dirumah sendiri, ada masanya malas bangun sahur. Moga kali ini bila dirumah bonda, tiadalah sifat malas itu.

- Dirumah sendiri, biasanya masa banyak dihabis kerana urusan sendiri atau menonton movie. Dirumah bonda, banyak kerjaan perlu dibuat.

Benar, Ramadhan kali ini istimewa. Dan seperti kata seseorang yang saya panggil Dear, Ia akan jadi istimewa kerana kita sendiri. Tanggungjawab kita menjadikan Ramadhan ini istimewa. Jadi, marilah kita sama - sama memperbaiki diri. Sama - sama menjadikan Ramadhan ini sungguh istimewa.

Selamat berpuasa semuanya.
Moga Allah ampunkan segala dosa kita.
Moga Allah temukan kita dengan malam Lailatul Qadar.
Moga Allah angkat segala musibah kita.

May Allah bless.

Monday, March 9, 2020

Langkawi Trip Bahagian 3

Assalamualaikum all. I dalam conference. Mengantuk la hai. Hehe. So mari sambung kisah bercuti.

Kali ini I nak sambung kisah pada hari kedua I di Langkawi. Macam biasa kami breakfast berhampiran hotel. Tapi seriously, I takde selera. Jadinya I makan roti sahaja. Selepas makan, kami terus ke Langkawi Cabel Car. We all ambil pakej yang disediakan. Banyak sangat perubahan di sini kalau I bandingkan dengan keadaan kali terakhir I kesini pada tahun 2012 yang lalu.

Pakej yang kami ambil adalah SkyCab, SkyDome, Skyrex, dan 3D Museum. Ada juga pakej lain yang boleh di tambah tapi I stick dgn original package yang kami ambil. Lagipun, I rasa tak berbaloi. Harganya agak mahal. Hehe.

Okay, naik cabel car. Kali terakhir yang lalu, I takut sangat dan tak naik pon cabel car tu. I rasa I takut tinggi. Tapi this time around, I gagahkan diri. N alhamdulillah, I tidak berasa takut. I sangat relaks. Sungguh. Kuasa Allah. I tak berani nak berkata lebih. I syukur sangat Allah permudahkan.

Rasa tak puas.

Turun dari SkyCab, kami masuk Skyrex. Bolehlah. 3D. Kena kejar dengan dinosaurs semua. Kemudian masuk SkyDome. Yang ni I rasa bosan. Tak menarik pon. In fact, after the show, semua macam bebel, ni je? Haha.

Kemudian kami masuk 3D Museum. Banyaklah boleh tengok dan bergaya bergambar. Hehe.

Okay, layan gambarlah. Nanti I sambung lagi.


Gunung Mat Chinchang. Di kaki gunung inilah terletaknya starting point cabel car


Ini SkyDome. Dalam ni kita masuk macam panggung. Nanti akan ada sesi tayangan berkenaan planet dan demonstrasi roller coaster. Agak membosankan. Tapi bawa kanak - kanak dorang sukalah agaknya. 


Students berhampiran pintu masuk skycab




Among the views 


Yang ni masa dekat second stop. Kita boleh keluar. Naik tangga sikit. Boleh jumpa cafe. Then boleh naik tangga lagi dan naik ke menara tinjau. Kat sini ada pakej tambahan juga kalau nak iaitu Sky Bridge(jambatan je antar dua gunung),ada juga SkyGlide. Tapi menurut kata kawan yang ambil pakej tu, katanya tak berbaloi pon. 



Ni tangga yang I maksud kan untuk ke menara tinjau. Okay, kena berhati - hati. Angin sangat kuat. Allahu. Tapi feel dia kat situ memang tak boleh lawan. Syukurlah dengan nikmat Allah. 


Dekat SkyDome dan Skyrex, I tak ambil gambar. So mari layan aksi I dalam 3D museum. 


Kau mampu? Pakai mask sambil menyelam? Hahaha. 








Okaylah. Sungguh banyak yang boleh explore. Lepas keluar 3D museum kitorang terus kelaparan. Makan lah churros dan pergi tealive. Hehe. Kemudian, barulah cari makan dan ke kedai Gamat. Yang ni I cerita lain kali. 

Thursday, February 27, 2020

Langkawi Trip Bahagian 2

Assalamualaikum all. Sihat - sihat hendakNya.

Ayuh sambung kisah melarikan diri dari office ke Langkawi baru - baru ini.

Okay I nak sambung sikit kisah bila dah jejak tanah Langkawi pada 7 Feb. Rupanya bila menaik I perkhidmatan Feri Auto /Ro Ro ni, jetinya tidak sama dengan Jeti feri biasa. Ianya terletak di Langkawi Port, Tanjung Lembung. Jauh juga dari Pekan Kuah.

Sesampai di bumi Langkawi, destinasi pertama kami ialah ke Kawasan Beras Terbakar. I tahu tempat ni. Dan sejujurnya I tak teruja pun. Sebab tahu yang beras - beras tu dah dimasukkan dalam pinggan dan diletakkan dalam kotak kaca di tepi halaman rumah dan kawasan dimana beras itu dibakar, dipagarkan. Tapi tak apalah. Jalan sahajalah. Dan nak sampai ke pintu depan kawasan beras terbakar tu, ada market. Hehe. Tempat jualan batik2 jawa. Shopping you all, sapa tak suka. I end up beli juga 4 helai kain batik. Bagi hadiah kepada kakak I untuk dijadikan baju kemeja untuk anaknya empat orang. Hehe.


Lepas pergi sini kami ke Kilim Geoforest Park. Yang ni best. Best sangat. Rasa nak repeat!

Hari dah lewat tengahari kami sampai. Seingat I naik bot tu around 3.30 petang dah. Okay, pakejnya mengambil masa 2 jam. Mula - mula takut naik bot. Tapi lama - lama seronok. Abang yang bawa bot tu pulak kemain merempit. Allahu. Bila dia buat lencongan, pergh best weh! Hilang semua ketakutan yang kononnya ada.

Kami singgah banyak perhentian juga. Tempat ternakan ikan. Siap ada fish show lah weh atas rumah rakit tu. Bagus untuk kanak - kanak. In fact, yang buat pertunjukan tu pun budak around 10 atau 11 tahun.

Lalu gua buaya juga. Rendah sangat guanya. Do not worry. Tak ada buayanya pon. Kata abang bot, dulu - dulu ada.

Kemudian abang bot bawa ke tempat beri makan kepada burung - burung helang. MasyaAllah, banyak sangat burungnya berterbangan di udara dan mencecah air. Sungguh! Tak tergambar perasaannya. I never have this experience before. Syukur.

Kami dibawa ke pinggir Laut Andaman. Sempadan Malaysia - Thailand. Bot dihentikan. Duduk lah di tengah laut. Anehnya, I sikit pon tak rasa takut. Padahal I kalau naik bot kat sungai ke, kolam ke, apatah lagi laut, memang penakut habis.

Akhir sekali, kami dibawa ke kawasan gua kelawar. Yang ni I surrender. Nak tahu kenapa. I takut masuk gua. Gelap. Dan kelawar, not my thing! Jadinya I duduk di Jeti sahaja. Tunggu kawan - kawan sambil layan mengedit gambar kami masuk IG. Hehe.

Okay, layan gambar ye.


Rumah kayu ini, maaf I tak baca sejarahnya. Tetapi disinilah tapak Beras Terbakar tu



Ni tinggalan berasnya. 





MasyaAllah. Begini keadaannya kawan - kawan. 


Beginilah bot yang kami naiki sepanjang menjelajah Kilim Geoforest Park






Ini tempat Fish Show dibuat. 





Melalui gua buaya


Sebahagian ahli rombongan





Berhampiran gua kelawar, jika tidak silap I. 

Last, semua orang dapat bergambar macam ni. Gambar di sini, I tak sempat edit. Lagipula, setting asal agak gelap. Tak apalah. Janji ada kenangan. 


Tuesday, February 18, 2020

Langkawi Trip 2020 Bahagian 1

Assalamualaikum semua. Apa khabar?
Okay sambil - sambil ni, I nak mengimbau sedikit tentang percutian (read lari dari Office) ke Langkawi baru - baru ni.

I ikut trip organized by our tourism management students. Ada few sits available and when the lecturer in charge called me, I straight away said yes. I will definitely support student activities like this.

I need break. That's all I think at the first place. Jadi, ikutlah I ke Langkawi.

Kami memulakan perjalanan sekitar jam 8.00 malam, 6 Februari yang lalu. Singgah solat, makan di RNR Temerloh. Kemudian singgah lagi di RNR Sg Perak. Dan akhirnya berhenti subuh di kawasan Air Hitam. Kami tiba di Jeti Kuala Perlis sekitar 7.30 minit pagi, 7 Februari.

Kebetulan my BFF yang ikut trip sekali ada Ibu saudara yang menetap di Kuala Perlis. Jadi kami ke rumahnya untuk mandi dan bersarapan. Kami dijadualkan menaiki feri ke Langkawi sekitar jam 10 pagi.

Pertama kali menaiki perkhidmatan Feri Ro Ro atau Langkawi Auto sungguh menarik. Perasaan tu berbeza. Perjalanan dari Jeti Kuala Perlis ke Jeti Langkawi Port memakan masa 2 jam perjalanan. Perkhidmatan Feri ini membenarkan kenderaan dibawa sama. Kenderaan di tingkat bawah Feri, manakala dek penumpang di Tingkat dua dan tiga. Jika Feri penumpang, ia hanya mengambil masa 45 minit perjalanan dan sitting arrangement telah ditetapkan, tetapi bagi Feri Ro Ro ini, ianya adalah free sitting.

I sempat duduk di luar dek penumpang. Duduk mengadap Laut. Berasa syukur. Berasa sungguh indah ciptaan Allah. Alhamdulillah, I tidak berasa gerun. I selalu rasa I mudah mabuk laut. Tetapi alhamdulillah, kali ini I tidak berasa takut.

My BFF and I. Masa ni baru sampai Kuala Perlis. Tengah tunggu mak saudara BFF I ni. Muka penat sangat. I sepanjang malam dalam bas tak boleh tidur. I rasa I hanya betul - betul lelap hanya sekitar 1-2 jam sahaja. Idk people, I sangat susah tidur dalam kenderaan. Susah sangat. Tak tahulah ni satu kelebihan atau penyakit. 

Dalam feri. Ada kiosk dalam tu. Boleh beli makanan. Ada meja juga. Oh memang kami semua pakai face mask. 

Susunan kenderaan di lantai bawah Feri. Bas berbumbung pink itu, adalah bas yang membawa kami. 


Cuaca sangat baik sepanjang berada di Langkawi. Laut sungguh biru. Indah sungguh. 


Laut.. 
Indah sungguh. 
Segala Puji Hanya Bagi Allah. 

I stop dulu. Nanti I sambung ye. 

Sunday, February 9, 2020

Langkawi Trip

Assalamualaikum. I was on my way to Kuantan from an urgent task in KL when a colleague asked me to join her trip. It was in December 2019 and without thinking much, I said yes. I will definitely support the trip!

Masa tu I fikir, I need break. Kalau nak tunggu tak busy, entah bila I boleh pergi bercuti. Kalau pun tunggu duit banyak, pon tak tahu lah bila I boleh keluar bercuti. Walaupun masa tu dan Sekarang ni punyalah I banyak kerja, I decide, pergi je. Lari kejap dari segala kesibukan dan bergembira dan berjimba! Hoyeh!

I taip entry ni dalam bas. Dalam perjalanan balik dari Langkawi. Masih jauh nak ke Kuantan. FYI, dalam bas ni dah 9 jam. Tambah lagi dalam feri tadi 2 jam. Dah 11 jam perjalanan. I think berbaki around 3 hours lagi baru sampai Kuantan. Ni baru masuk LATAR.

I is happy! Hahaha. Indeed I'm happy. I tak fikir byk. I nak beli coklat ke, beli pinggan mangkuk ke, I tak fikir banyak. Nak, terus masuk trolley dan terus swap card. I rasa I dah lama tak rasa excitement bila berbelanja. So I reward myself je. Tapi idoklah sampai beribu cuma agak banyak juga.

Even I rasa takut nak naik cabel car, kali ni I keraskan hati. I cakap dgn diri I, set minda I yang nothing will happen. The view is magnificent. Enjoy! N I did it. Alhamdulillah I tak cuak langsung. I relaks shj. Kawan I dua orang sampai menangis dan pejam mata sepanjang dlm cable car. I solute dorang. Sebab I tahu the feeling. I naik menara taming sari pon ketar - ketar pegang orang sebelah. Haha.

I really enjoyed ferry ride. Walaupun lama, 2 jam tapi I seronok. I siap keluar dari dek penumpang. Duduk kat luar mengadap laut. SubhanAllah. MasyaAllah, indah sungguh ciptaan Allah. Mendamaikan hati.

One more, we all ambil pakej Kilim Geoforest juga. Mula - mula takut. Yelah bot kecil je. Apatah lagi tukang bawa tu kemain drift. Tapi lama - lama I rasa okay. Alhamdulilah. I tak sangka I jadi kuat semangat macam tu. I dapat feel bahawa akan selamat. Best woi bila bot tengah laju, dia buat lencongan. It was fun. I puas hati sangat.

Syukur Alhamdulillah.

Ni I letak few pictures dulu. Nanti I buat entry berfasa - fasa ye.