Assalamualaikum. Oh lama benar saya tak menulis disini. Sudah separuh tahun 2023 kita lalui.
Apa khabar semua? Baik - baik sahaja harapnya. Apa cerita?
Apa yang dah berlaku pada Acik Laura sepanjang separuh tahun pertama 2023 ini ye? Ayuhlah berkisah sedikit.
Alhamdulillah. Ya harus bersyukur dahulu. Alhamdulillah dikurniakan lagi usia. Alhamdulillah baik - baik sahaja saya.
Januari
Mulanya baik. Dengan kebun di rumah bonda meriah dengan hasil - hasil durian, rambutan, salak dan sayur - sayuran. Dengan ini dapatlah kami berkongsi dengan saudara mara dan teman - teman.
Penghujungnya pula, diuji dengan ujian. Kereta di bengkel tiga bulan lamanya. Alhamdulillah keluarga membantu meminjamkan saya kereta bermula February hingga May. Bersyukur juga ada kawan - kawan yang banyak membantu dalam hal ini.
Penghujung Januari juga saya mendapat panggilan telefon dari seorang kawan. Kawan masa degree bertanya kalau - kalau saya ingin membuat kerja part time. Dan dalam keadaan yang mungkin kosong dek memikir banyak perkara apatah lagi kereta di bengkel untuk satu masa lama, memikir bahawa ke depan ini perlu ada belanja besar perlu dibuat, Maka saya katakan pada sang kawan, saya akan mencuba memohonnya. Alhamdulillah, saya diterima untuk bekerja secara part time tersebut.
Februari
Mulanya memang kalut segala. Dengan ketiadaan kereta, saya merasa susah segala. Mujur ada kawan yang sudi mengambil dan menghantar kerja.
Pertengahannya, Alhamdulillah keluarga saya sudah mendapatkan saya kereta baru. Dan bermulalah saya bekerja sepenuh masa di institusi A dan bekerja separuh masa di institusi B. I would say, seronok. Bidang tugasnya masih sama cuma proses kerjanya yang sedikit berbeza.
Penghujung Februari saya mendapat tawaran kerja sepenuh masa di institusi B. Syukurlah.
Disclaimer: mulanya saya hanya mahu mohon kerja part time sahaja. Namun, ketika temuduga kerja part time itu, saya ditawarkan kerja sepenuh masa. Saya hanya tinggal memohon. Selepas berbincang dengan keluarga dan rakan - rakan terdekat, saya akhirnya membuat permohonan tersebut. Maka, bersyukurlah rezeki datang dengan tiba - tiba. Iya, Alhamdulillah.
Mac
1 Mac saya hantar surat tender. Mengarang surat ini, saya rasa berbelah bahagi. Sayang masih ada dan tetap ada. Saya menulisnya, kemudian memadamkannya. Lalu tulis semula. Saya jadi sedih. Never that I know, it was so hard to write the letter. 16 years, everybody. 16 tahun terindah.
Apabila saya bawa surat tersebut ke Dekan, beliau teragak - agak sekali mahu menerimanya. Ada juga saya dipujuk. Tetapi, saya juga sudah membulatkan keputusan.
Apabila saya memberitahu kepada pelajar saya, reaksi mereka tidak saya sangka - sangka. Saya sangka mereka bakal menerimanya dengan baik kerana mereka pelajar peringkat ijazah sarjana muda. Tetapi, riak mereka sebaliknya. Baik lelaki, baik perempuan. Malah, Gugur air mata mereka. Allahu... Perasaan saya, waktu itu walau masih beriak tenang, sudah goyah segala sebenarnya.
Bermula dengan satu kelas, datang pula pelajar - pelajar dari kelas berbeza. Ada yang datang sendirian, ada juga yang datang berkumpulan. Mereka bertanyakan akan berita yang mereka dengar. Bila saya mengiyakan, riak mereka sedih segala. Yang perempuan memeluk saya. Yang lelaki juga ada yang sugul segala. Mereka memujuk saya. Meminta saya pertimbangkan kembali keputusan saya. Idk kawan, saya berasa bersalah teramat. Namun, sedaya upaya saya pujuk mereka. I will always be there for you, students.
Berita saya yang sudah tender buat terkejut semua pihak. Apa pun, alhamdulillah mereka bergembira dengan berita ini.
April
April back to normal. Namun, my bff tiba - tiba juga menyatakan akan tender her resignation. Saya setuju kerana beliau perlu rehat dan perlu rawatan susulan. Beliau pilih bersara awal. Seronok saya mendengarnya. Jadi dalam masa terdekat fakulti saya akan kehilangan dua pensyarah dalam satu masa.
Mei
Bulan ini penuh cabaran bagi saya. I'm not ready say good bye to everybody. Sentimental sangat orangnya, saya ini. Mei bulan terakhir saya di institusi A. Bulan terakhir setelah 16 tahun. Saya Masih jalankan tugas seperti biasa namun biasalah, bila makin dekat dengan tarikh akhir tu, perasaan goyah segala kan. Apatah lagi bila rakan - rakan di fakulti anjurkan farewell. Dan pelajar - pelajar saya masih datang seorang - seorang, kadang kalau berdua, kadang kalanya berkumpulan. Mereka beri saya hadiah. Mereka mohon saya datang melawat mereka. Mereka mohon saya tidak lupakan mereka. Mereka mohon saya doakan mereka. Allahu....
Ya Allah, rahmatilah pelajar - pelajar saya. Permudahkanlah mereka menerima ilmuMu, Berilah kefahaman dan masukkanlah apa yang mereka pelajari dalam minda mereka. Jelmakanlah kefahaman pengetahuan bagi mereka Dan dapat mereka jadikan jawapan - jawapan yang bernas lagi baik dalam setiap penilaian yang perlu mereka lalui. Jadikanlah mereka insan - insan yang selalu bersyukur, yang baik budi pekerti dan menjadi manfaat bagi ibu bapa, keluarga dan orang - orang sekeliling mereka. Aamiin Ya Rabbal Alamin.
Jun:
Mula tugas di institusi baru. Walaupun baru beberapa hari, alhamdulillah diterima dengan baik. Doa saya moga ke depan ini, terus - teruskan ia semakin baik. InsyaAllah.
Alhamdulillah, saya baik - baik sahaja sekarang. Semangat!
Selain hal bertukar institusi ini, hidup saya baik - baik sahaja. Perihal kesihatan, juga semakin baik. Saya masih juga follow up secara berkala di klinik. Semakin berjarak juga tempoh follow up nya. Perihal hubungan yang saya katakan lebih kepada attachment itu, alhamdulillah saya baik - baik sahaja. Lebih tenang rasanya berbanding dulu.
Okaylah sahaja. Ada masa nanti saya update lagi. Saya dan keluarga ada bercuti di Terengganu awal Jun lalu. Nantilah saya masukkan disini buat kenang - kenangan.
May Allah bless.
No comments:
Post a Comment