Sunday, December 10, 2017

Resepi Sambal Tempe Jawa

Assalamualaikum

Apa khabar semua? Sihat ye? Okay, ni nak share resepi. Buat simpanan. Kot - kot nanti lupa, boleh tengok semula.

Resepi Sambal Tempe Jawa (Sambal Goreng Jawa). My style.





Bahan - bahan:

A. Bahan kisar

2 biji bawang besar (nak kick guna bawang merah kecil tu dlm 6 biji tapi di rumah Kuantan tiada stok)
1.5 inci halia, 1.5 inci lengkuas
1 batang serai
3 ulas bawang putih.
9 tangkai cili kering (yang ni rebus dulu, kemudian baru kisar sekali. Nak lagi pedas, tambahlah. Tapi sebab Housemate ku jenis tak makan pedas, jadi itulah sahaja. Minggu lepas buat guna 13 cili kering + 3 lada besar, dia kata pedas sangat.)

B. Bahan hiris dan goreng

6 ketul tahu putih (potong  9 atau 12. Nak besar potong 9. Nak kecik sikit potong 12)
2 paket sedang tempe. (Ni je stok yang ada kat TMG. Kalau beli yang lipat dalam daun pisang tu, guna dalam 4 ketul atau 5 ketul)
3 biji kentang (hiris nipis then gorengkan)
(Masukkan juga segenggam ikan bilis. Tapi semalam masak tak letak. Sejenis lupa)


C. Bahan - bahan lain
Fucuk potong 4 segi kecil - kecil lepas tu rendam
Su hoon amik sikit rendam dalam air
1 pek santan kotak saiz kecil
Asam jawa, garam, gula
Kicap pekat manis

Cara Masak:
1. Sediakan bahan - bahan. Yang mana perlu kisar, silalah kisar, Yang mana perlu goreng, silalah goreng dan toskan minyaknya. Yang mana perlu rendam, rendamkan lah.

2. Mula - mula tumis bahan kisar, tumis sampai betul - betul masak. masukkan asam jawa extra tu sesudu kecil. Garam, gula. Sebab stok gula kabung ada dirumah, ku masukkan juga dalamnya sedikit. masukkan kicap.

3. Dah puas hati sambal tadi, masukkan fucuk dan su hoon. Kemudian, bahan - bahan yang dah di goreng tadi. Kacau - kacau. Then masukkan santan. Jangan cuak sebab tengok ia kembali basah dan warna jadi pudar. Teruskan kacau sampai kering. Kalau nampak kurang menarik warnanya, masukkan kicap manis lagi sedikit. Kemudian perasakan. Kacau - kacau sampai kering, sampai puas hati.

4. Okay, dah kering tutup api. Angkat ke mangkuk/ besen dan boleh dimakan.

Dapat sebesen. Alhamdulillah



Memasaknya tak susah tapi renyah. Prosesnya banyak. I semalam buat ni dekat dua jam kat dapur. Mungkin jugak masa banyak digunakan masa hiris dan goreng bahan - bahan. Sejenis tak mahu guna minyak banyak masa menggoreng. Tu yang lambat.

Ni versi tak cukup bahan (xde lengkuas dan santan. Ni yang HM kata pedas sgt ari tu.


Jawa ke? Entah. Ada la kot sikit darah jawa. Arwah Atok I sebelah bonda, orang Segamat Johor. Menurut bonda, arwah Atok I tu Jawa. Nenek pula orang Juasseh, Negeri Sembilan. Selomak Minang. Suku Minang. Sebelah abah, setakat yang pernah diceritakan memang asal Melayu dari Raub, Pahang.

Tapi penegasan: I tak pandai pon cakap jawa. Tak pandai pon masak masakan jawa. Sebab bonda sendiri kurang pandai. Sebab sejak arwah atok dan nenek migrate ke Pahang, memang bonda sendiri pon dah campur dengan orang - orang Pahang. Tak banyak pon masakan jawa yang bonda tahu. Sebab I think dalam kes bonda, pengaruh Negeri Sembilan lebih banyak padanya. She can speak loghat nogori sebab nenek until now masih pekat bercakap nogori. Kemudian, lepas kahwin dengan arwah abah, percakapan dan masakan pahang seakan sebati dalam diri dia.

Jadi dimana I belajar masak sambal tempe jawa ni? Internet. Kemudian cuba - cuba. tempe ni favorite semua. Jangan tak tahu, masak kuah lodeh adalah wajib di rumah kami setiap kali raya. Of course ini pengaruh jawa kan?

I baru sahaja pandai masak Sambal Tempe Jawa ni. Sebelum ni I masak sambal tempe biasa sahaja. Atau makan tempe dengan sambal kicap bawang putih.

Oh ya, masak kuah kacang yang sinonim dengan orang jawa, banjar pon kami baru sahaja sekarang ni tahu masak. Bonda sendiri kata dia tak berapa pandai masak kuah kacang.


Okaylah, jawa atau tidak, silalah cuba resepi ini. Sedap. Dan ia tahan untuk beberapa hari. Sebab ia kan sudah kering.

Jumpa lagi.
Al Fatihah untuk arwah atok dan arwah abah.

Thursday, December 7, 2017

Little updates

Assalamualaikum

Apa khabar semua?

Me Alhamdulillah sihat.

Kesibukkan seperti biasa. Hehehe. Sibuk la sangat ye?

Updates? Okaylah ini I cerita sikit.

1. Semester baru bukak. Fuh, macam biasalah kelam kelibut. Semester ni 22 jam mengajar seminggu.  Ada dua kelas untuk subjek Essentials of Marketing untuk internal diploma program iaitu 8 jam seminggu. Ada 1 kelas untuk (4 jam) untuk subjek Principles of Marketing untuk UTM program. Actually syllabus Essentials of Marketing and Principles of Marketing ni sama sahaja. JAdi 12 jam seminggu akan bercakap perkara yang sama. Hehehe. Bolehlah. Tapi assessment tak sama pula. Tak mengapa, adjustla kan?

Kemudian semester ni juga ada mengajar subjek yang dah lama giler tak mengajar. Hehehe. Ada 1 kelas (4 jam) untuk subjek Marketing Management. Ini untuk internal program. Dan 1 lagi kelas (4 jam) untuk subjek Engineering Management UTM. Dua subjek ni lama sangat dah tak mengajar. Kena usaha berganda - ganda nak refresh.

Lagi 2 jam setiap minggu, ada kelas untuk Halaqah Al - Quran. Sama - samalah memperbaiki bacaan ye. Di sini kalau 22 hours a week tu kira normal.

Bila semester bukak I memang sibuk sedikit. Nak setelkan hal - hal pendaftaran subjek dan lain - lain.

2. Musim hujan.
Di Kuantan kebelakangan ini hujan turun juga. Tetapi tidaklah lebat. Suhu dah mula nyaman gitu. Tidaklah panas berdesing. Apa jua, syukur kan? Tapi I harap students I tak terbabaslah dengan keasyikkan tidur disebabkan hujan dan tidak masuk kelas pagi. Hehehe.


3. Baru - baru ni I attend wedding. Kawan sekelas zaman degree. Kawan sama - sama tingtong. Kawan sama - sama study. Ada satu kenangan antara I dan dia ni sebenarnya. Allah, tak tahu nak kata ia kelakar atau pun tak bermoral, I pon tak tahu. Nak tahu ke?

Okaylah cerita jelah ye.

It was in Semester 3. Actually baru semester 1 tapi sebab masuk degree dengan diploma dan dapat banyak credit exemption, tu yang terus lompat ke semester 3. Ada satu paper yang rasanya sedikit azab. Allah susahnya. Lepas tu masa exam, kitorang duk sebelah menyebelah. Tapi memang blur habis. Mulalah dia mintak jawapan dan I bagi jawapan. I mintak jawapan dia pulak bagi jawapan. Tapi I nak cakap. I tak pernah buat kerja macam ni tau sebelum ni. Perasaan tu macam nak pengsan. Takut punya pasal. Tapi satu je, I mengaku, I tak mudah percaya jawapan orang. Bila I dapat the points, I tengok dulu kesesuaian points tu dengan soalan. And I akan biasanya akan cari mula mengarang guna points yang I rasa bersesuaian dengan points yang diberi. Kengkonon just to get some ideas. Tapi yet it still ada cubaan meniru kan?

Allah... terdesak sangat kot. Entah. Tapi lepas tu simpanlah segala cerita pasal ni sampailah nak grad. Sungguh tak tahu nak bereaksi. Kelakar la agaknya. Boleh terasa nak try2 meniru dalam exam. Lepas tu gabra entah apa - apa. Dan inilah satu - satunya subjek yang I pernah buat aktiviti begini. Selebihnya I tak buat dah. Serik dengan perasaan nak pengsan, tkut gabra semua tu. Menyesal gitu. Result kitorang masa tu? Just dapat B. Syukurlah. Sungguh - sungguh nak cuba, sekali tak dapat juga A. Subjek yang kita usaha sendiri, percaya pada kemampuan sendiri dapat A. Inilah berkat namanya kan?

Tapi, bila ingat balik, rupanya Best students like her, pon ada perasaan nak meniru. Hehehe. Memang terasa kelakar.

Dan dia kahwin baru - baru ni. Dia kerja dengan Khazanah sekarang. Rumah parents nya di Kuantan ini sahaja tetapi tetaplah payah sangat nak berjumpa. Tak sama nature of works.

Dear Suhailah, yang sama - sama berdebar dalam exam paper 'Tutttttt', congrats yang. I am truly happy for you. Congrats on your Wedding. May Allah bless you and Family always.


Lepas kenduri Suhailah, I ke KL. Ada Bengkel di UTM, KL. Tapi masuk ofis dulu. Tetiba my kakak tegur. Katanya apasal baju I lebih kurang sama dengan baju kakak seorang lagi. Lepas tu I pon jenguk my kakak yang seorang lagi tu dalam bilik dia. Sekali terus tergelak. Sama. Cuma bezanya baju I ada dua line merah. Hers only has one. Jadi my shirt lebih nampak warna merah. Baju dia lebih nampak warna biru gelap. Lepas tu kakak seorang lagi pon, nak cari baju yang lebih kurang sama. Hehehe. Yelah nak sama - sama. Sampai kat hotel di KL, kitorang pon bergambar kenangan. 


Ni pulak menu hari kelmarin. Balik kerja je terus berasa lapar yang amat sangat. Teruslah godek - godek cari bahan nak masak. Jumpa sardin, jumpa tomato, jumpa kentang, jumpa setengah batang carrot dan jumpa sepaket bendi. Okeh, mari memasak. 

I jenis yang akan sediakan bahan - bahan masak dulu. potong segala sayur siap - siap dan barulah mula masak. Kalau nak masak dua jenis masakan begini, I akan masak guna dua kuali terus. Masak pakai dua dapur. Serentak. Sekali gus. 

Tapi sesetengah orang, dia akan masak satu - satu masakan dulu kan? Macam my along. Dia jenis yang masak lambat sebab dia akan siapkan satu - satu menu dahulu, then baru siapkan bahan - bahan dan memasak menu seterusnya. Hehehe. Along kata dia tak pandai nak fokus masak dua benda serentak. Kalau I balik, I akan tolong along masak dengan sediakan menu seterusnya. Supanya dua - dua dapur tu boleh digunakan serentak dan masa memasak jadi cepat. 

Along I tu lain sikit. Dia jenis perfectionist. OCD. Masak mesti teliti. Kemas semua dulu baru masak. Pinggan mangkuk tepi - tepi singki kena basuh dulu. Dah bersih dapur, baru dia mula masak. Lepas tu dia mengemas lagi.  

Kalau I, masak semua dulu. Lepas tu in between nak tunggu gulai mereneh ke baru I basuh pinggan mangkuk. Multi tasking eh? ke pemalas? hahaha. Kalau kat rumah kampung along selalu bebel. Cakap kalau i masuk dapur, dapur macam tongkang pecah. Tapi I selalu back up, lepas masak, I kemaslah dapur. Tapi dia jenis tak boleh begitu. Sambil I masak, sambil tu dengar dia bebel dan dia mengemas. Hehehe. Lawakkan? 

Korang macam mana?


Sardin tumis dan goreng bendi. 

Bila I selalu upload gambar masakan tak seberapa I kat insta, ada kawan I dm. Tanya kat mana beli mangkuk dan pinggan warna putih begini. Dia kata masakan tu nampak lebih menyelerakan sebab letak dalam mangkuk atau pinggan putih begini. Ye ke?

I beli pinggan dan mangkuk putih ni kat Langkawi. Tahun 2012. Masa pergi UUM untuk konvo master dulu. Tapi tulah menyesal jugak tak beli banyak. I beli 3 pinggan dan 3 mangkuk sahaja. Bukan beli set pon. Sekarang ni, entah bilalah boleh pergi Langkawi lagi kan? Hehehe. Tak pe, I believe kat Kedai dua ringgit pon ada tapi kualiti biasa - biasa jelah kan. Tak apa yang penting warnanya putih. Suci murni.  



FM ni hasil pau students. Hahaha. Sabo jelah kan dengan I. Student tu dapat pergi bercuti, parent company ayah dia bagi. Company ayah dia ni macam subsidiary kepada that parent company atau pun main subcontractor. Gitulah. Tak jelas pulak dia menerang kat I ari tu. 

I sesaja mintak FM bila dia buat story kat instagram pasal percutian ni. Hehehe. Akhirnya dapat.
Thank you tau. Miss suka sangat. Miss doakan result sem ni naik lagi. Usaha ye. 



Hah, itulah saja update dari Miss Laura. Nanti kalau ada masa dan cerita, In shaa Allah akan update lagi.


Jumpa lagi.
May Allah bless 



Tuesday, November 28, 2017

Kisah hujung tahun


Assalamualaikum...
Apa khabar semuanya?

Dah nak masuk bulan Disember kan? Musim banjir...
Cuaca di Kuantan seminggu ini bagai musim luruh. Sejuk. Hujan tetapi tidak lebat tapi tidak berhenti. Cuma hari ini sahaja nampak sedikit matahari tetapi kalau tengok awan, gelap sahaja. Ayuh doa kan.

Okaylah. Cerita Acik Laura bila penghujung tahun. Kerja? Agak sibuk. Kuliah baru mula untuk program internal. Kelam kabut segala lagi. Kuliah untuk program UTM akan mula minggu depan. Jadi sebagai ketua unit pendaftaran utk faculty ni, Acik kenalah siapkan macam - macam perkara. Hehe. Tak apalah. Rutin sahaja.

Dan setiap hujung tahun, tugas Acik Laura adalah kena pergi sekolah anak - anak. Sign buku rekod. Sang adik ari tu, hari kedua terakhir sekolah tu, dah telefon acik. Dia tengah berdebar - debar. Takut tak capai target maksunya ni. Katanya exam susah. Huhu.

Hari terakhir sekolah tu waktu acik sampai sekolahnya, dia makin berdebar. Risau sangat. Bila sampai our turn dan ustazah bagitahu resultnya, legalah jadinya. Dapat juga kekalkan nombor satu dalam kelas. Dalam tingkatan dapat nombor 4. Resultnya improve banyak juga kecuali dua subjek yang kena beri tumpuan. Iaitu Matematik dan Tafsir. Yang dua ni menurun banyak.

Sang kakak pula tahun ni SMA. Jadi baru sahaja selesai peperiksaan akhir. Belum dapat result lagi. Dan sebab si adik dapat nombor 1, moksu belanjalah. She request nak makan Pizza. Then, pergilah kami tapau pizza huts bawa balik makan di rumah. 




Si adik ni tahun depan naik kelas dan dapat jadi Pengawas sekolah. Kena beli bau sekolah baru warna biru pula.


Okay, ni I sesaja nak tempel gambar laman my bonda. 


Pokok rambutan dekat garaj berbuah agak lebat. Jenis gula batu. Pokok ini sahaja yang berbuah lebat. Selebihnya jarang - jarang sahaja. Apa pun I bersyukur sahaja.


Ni pula gambaran sebahagian laman depan rumah Bonda I. Yang selalu dirindu. 


Si adik dipaksa bergambar sebelum ke Raub. Suasana kampung kan? 



Percubaan mengambil gambar panorama. Hahaha. Tu bonda sedang tunjuk pada Along pokok - pokok yang dah ditempah orang.  


Okay now, nak tunjuk hasil pisang terbaru dari laman my bonda. Pisang raja udang. Alhamdulillah buahnya masak baru - baru ini. Buahnya boleh tahan besar. Ini bekalan bonda untuk I bawa balik Kuantan.





Ni gambar pokok dan buahnya yang masih muda. Ia berwarna merah keungguan. Lama betul nak tunggu pokoknya besar dan berbuah.

Sekarang juga musim orang berkhatan kan? Anak kakak pon ikut berkhatan dua orang sekali. Yang sulung dan yang nombor dua. 


Dapat gambar ni dari kakak, mengekek I ketawa. Hamboi dia nak juga feeling sama. Ini si bongsu. Umurnya pula belum sampai tiga tahun lagi. My sepet. 


Ni ha yang berkhatan dua orang. Abanglong Adib dan Abang Ngah Nan




Okaylah. Itu sahajalah updates untuk kali ini.

May Allah bless All.

Saturday, November 11, 2017

Jalan - Jalan Terengganu

Assalamualaikum...

Apa khabar semua.

Ni I nak share gambar yang sempat diambil semasa jalan - jalan ke Kuala Terengganu minggu lepas dengan my angah, my along, my bonda and my sister in law.

Angah I ambik stok kain batik di Kuala Terengganu jadi kita mencelah nak ikut. Sekali sekala. Bukan selalu angah I nak bawak. Itupun, dia cakap, lps ni dia tak mahu bawa dah. Huhuhu.

Okay, enjoy the pic okay.

 Lokasi 1: Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu

Ni nak cerita bila angah berhentikan kereta dengan pantai ni, bonda pon menanya. Yang tempat kuda tu kat mana? I masa tu tak fikir apa. Bagi I mungkin emak pernah sampai sini dan ada orang main kuda ke apa. Angah I pon tunjuklah kawasan kuda tu. Lepas tu elok bonda dengan along borak:

Along: Bonda, kat sinilah Intan dengan Hilman berlakon tu.
Bonda: Ahah, tu tempat yang Hilman bagi bunga tu.
Along: Ahah la bonda! (terus excited okay!) Bonda, bonda. Ingat tak yang Hilman jatuh yang Intan kejar tu. Kat situ!!! (excited lagi)

And I? What? Intan? Hilman? Oh my Allah. Bonda dengan along memang peminat drama 'Awak Suka Saya Tak' lakonan Emma Maembong dengan Alvin tu! I terkedu okay! hahaha.



Tunggu turn tau nak dapat naik buai ni. 



My Bonda. Cantikkan? hehehe






Ini kejadian semasa menunggu buaian kosong. 


My Along




Masa ni perbualan along dan bonda masih lagi berkisah tentang Intan dan Hilman. Hahaha



Formerly known as Masjid Terapung. Sepanjang perjalanan balik ni I lihat di Terengganu banyak masjid - masjid yang dibina dengan senibina yang cantik. Masjidnya cantik - cantik.



Lokasi 2: Area Rhu Rendang, Marang

Kami berhenti area sini sebab nak beli keropok keping. Mulanya kami ke kilangnya. Lepas tu, angah kata dia nak tengok keropok keping yang diusahakan oleh keluarga terdekat abang Yo. Abang Yo ni bff angah. Dorang satu sekolah dulu. Abang Yo tu dah macam anak angkat bonda dan arwah abah sebab zaman sekolah dulu sampailah dah kawen ni memang sokmo datang rumah keluarga I. Kebetulan arwah isteri abang Yo sekampung dengan kami. Tu yang setiap kali balik ke rumah arwah isterinya, abang Yo tetaplah datang ke rumah. Al - fatihah buat Arwah Kak Ina. 

So, I pertama kali dibawa ke rumah keluarga abang Yo ni. Ya Allah cantiknya pemandangan.


Pulau Kapas. Betul - betul dihadapan rumah keluarga abang Yo ni. SubhanAllah.


Bolehlah kan. I kan amatur sikit ambil gambar guna panorama effect kat my iphone. Baru je belajar ari tu masa hi - tea dengan my students.




Lokasi ke 3: Pantai Kuala Abang, Rantau Abang, Terengganu

Tiba - tiba angah berhenti kat sini. I rasa dia mengantuk. Jadi nak rehat.
Tapi kitorang (isi kereta) bila nampak je pantai, kemain menjerit bagai. Lawanya..........


Bonda. Sanggup je jadi model. Hehehe



tengok batu dibelakang my along ni. SubhanAllah lawa. Warnanya cantik sangat.



Tengah panas lit lit, kami bergambar. I rasa along dan bonda mesti jadi tanned balik ni. I sendiri pon, kulit burned. Lepas tu naik jerawat bagai. Kulit I sensitif. Panas sikit, mula naik ruam dan jerawat. Tapi bukan selalu kan dapat peluang begini?




My bonda. This year, 64 years old. Muda lagi kan?




Lokasi ke 4: Pantai Kemasik, Kemaman

I thought Angah tak mahu berhenti sini. Sebab kemain laju je dia drive. Tup - tup dia berhenti jugak. I rasa angah mengantuk lagi. 


Buai lagi. Kali ni Bonda tak ikut ke pantai. Bonda dah penat. 




Angah I. The one and only brother that I have. Muka tu kemain berkerut. I paksa bergambar. Buat kenangan kan? Thanks angah sebab melayan I yang sokmo nak mengikut. Thanks sebab sokmo belanja I. Thanks sebab sokmo bersabar dengan I. Thanks sebab sokmo 'sekolahkan' I. hehehe.




Okaylah. Jumpa lagi.
Happy always, friends.
Man Jadda Wa Jada
Credo Ergo Possum
Illa liqa'

Friday, November 3, 2017

Entry Macam - Macam


Assalamualaikum. Sihat tak semuanya? Me? Alhamdulillah sihat sahaja. Bagaimana cuaca di kawasan anda sekarang? Di Kuantan, dah mula musim hujan. Mendung segala. Hujan tiap - tiap hari sekarang. Tak kira masa. Kadang - kadang pagi agak cerah kemudian cuaca berubah dan hujan. Tiap - tiap petang atau malam mesti hujan sekarang. Sejukkkk.

Hehehe. Sorry sebab tidak memblog secara serius sekarang. Ketiadaan bahan. Entry kali ini I cuba mengarang dengan bahan - bahan yang ada. I mean gambarlah.

Okay mari mulakan dengan bahan bacaan wishlist. I memang sangat suka membaca. I membaca dimana - mana. Hehehe. Okaylah ni empat buah buku yang I nak sangat beli. Tapi kalau boleh I nak beli direct dari Indonesia sebab harganya lebih murah kan? Ada sapa - sapa boleh cadangkan kenalan di Indonesia untuk I dapatkan buku - buku ni? hehehe.

Tere Liye. Sejak terbeli buku yang tajuknya Rindu, I jadi gemar pula dengan tulisannya. Kemudian I dapatkan buku Tentang Kamu. Oh, menarik benar. Kemudian I follow fan pagenya di Instagram. Kemudian ada 1 status katanya buku - bukunya tidak akan diulang cetak lagi sebab protes atas tax keatas penulis yang dikenakan pihak kerajaan. lepas tu I pon macam susah hati. Hehhe. So I godek segala comments kat goodreads, dan juga Ig atau blog yang buat review, jadi I simpulkan, 4 naskah ini mesti I dapatkan segera. Hehehe.









Okay, update laman my bonda? I balik bercuti selama seminggu minggu lepas. Laman my bonda meriah benar. Macam selalu. 

Pisang - laman my bonda depan belakang kiri kanan atau senang ceritanya seluruh kawasan rumah, bonda tanam pelbagai jenis pokok pisang.  Sepanjang 1 balik seminggu tu, tiga tandan pisang masak. Pisang kapas, Pisang sematu, Pisang emas. Pisang - pisang ni ada yang diagih pada jiran - jiran dan pada kaum keluarga. Selebihnya dibuat goreng pisang waktu breakfast dan petang, dibuat bubur, direbus makan dengan kelapa parut, dibuat pengat dll. Dan sebenarnya ada sepokok lagi pisang yang sudah masak belum ditebang bonda. Pisang raja udang. Pisang berwarna unggu ketika masih muda dan bertukar kepada warna merah tua keorenan bila masak. Korang pernah tengok?

Ni I attach gambar hasil kutipan hari apa tah ari tu. Nak buat masak.


Ini semua orang tahu kacang botor kan. Ada dua versi dirumah bonda. Satu versi panjang - panjang. Tengok tu panjang dari bekas telur. Satu lagi jenis biasa. Selamat jadi ulam.


Limau kasturi buahnya meriah betul. Kadang - kadang masak dipokok dan gugur ke tanah sahaja. Buahnya agak besar. Ini sengaja diambil untuk buat basuh - basuh ikan dan selebihnya buat air.

Limau purut pula tidaklah lebat. Pokoknya pun tidak banyak dahan. Tetapi buahnya ada. Tak pernah putus. Ini kita buat 'langai kepala'. Segar.



Terung bulat warna putih ini species baru dirumah. Selamat ku assam pedaskan dah. Rasanya sama sahaja dengan terung bulat warna unggu.


Satu hari bonda ajak berjalan ke rumah Mak Ngah Noor. Arwah suami Mak Ngah Noor ni sepupu arwah abah I. Rumahnya pon dekat sahaja dengan rumah bonda. Dalam kawasan perumahan yang sama. Jadi, setiba di laman rumah Mak Ngah I dah tertarik dengan bunga oren yang meriah ini. Terus ambil gambar. Dan Mak Ngah terus bagi benih. Allah. Hehehe. Pokoknya menyerupai pokok ulam raja. Sangat lawa. SubhanAllah.


Ini pula pokok bunga dirumah jiran. Satu petang I berjalan ke rumah jiran selang dua buah dari rumah bonda. Biasanya ikut short cut je melalui pintu pagar dibahagian kiri rumah bonda. Tapi petang tu, I ikut depan. Ikut jalan raya. Tiba - tiba terperasan pokok bunga ni di depan rumah jiran. Lawanya. Kudup besar - besar. Tapi daunnya berbulu. Bonda kata, boleh gatal kalau terkena. Gigih I ambil gambar. Memang lawa weh. Dan bunga ni magic. Nak tahu apa? Fasa awal, bunganya warna putih. Kemudian bila sudah lama kembang ia akan berubah warna ke warna pink begini. 


Okay ni nak share jugak hahaha gambar memasak. I upload kat IG, ada kawan mintak resepi. Bukan seorang tapi dua orang hehehe. Aduhai... Kejadiannya dalam fridge ada daging lembu dah siap rebus. Bonda kata, dia tak mahu masak gulai. Jadi nak tumis - tumis je. So, kami pon menumis lah. Tumis bawang, tumis halia, masukkan serai. Dah mesra, masukkan serbuk lada. bubuh air. Kasi mereneh. Kemudian, letak serbuk kunyit. Letak tomato. Tapi I kan kreatif. Nampak atas para ada rosemary dan basil leave, kasi masuk sekali lah. Perasakan. Siap. Lepas tu upload kat blog: My daging masak tumis dengan rosemary dan basil leave. Lepas tu ada orang mintak resepi weh? Hehehe. Bila masuk opis hari Isnin lalu, kawan opis mintak resepi jugak sebab gambar nak sedap. Hehehe. 



Gambar bawah ni kejadiaannya hari Sabtu. Nak pergi tengok kereta I sebenarnya. Lepas tu jadilah Family Outing pulak. Ada along, angah, kak ngah, bonda dan terselit seorang anak along. Katanya jatuh. Kaki bengkak. Jadi angah I ambil kat asrama dia. Dapatlah dalam dia terenjut - enjut tu berjalan sama.  Ni kami lunch kat Temerloh. Kedai ni serve Gulai Tempoyak Ikan Patin. Memang terkenal. Kedai Pak Usop. Tapi... bersedialah bayar makanan ye. hahaha. Nasib angah belanja.


Ini sahaja nak selit gambar my best buddies. Gambar ni lama dah. Seingat I sebelum puasa kot. Tu mak buyong pon dah sarat benar sekarang. 

Okaylah.
Stay strong ye semua. Hujung tahun mesti banyak kerja nak pulun kan? Hehehe.

Jumpa lagi...
Take care semua.

May Allah bless.

May Allah eases everything for us.