Monday, November 26, 2018

Explorace Kelab Pentologi 18191

Assalamualaikum.
Apa khabar semua? Alhamdulillah, I sihat. Alhamdulillah Audit selesai dengan jaya hari ini. We already did our best. In shaa Allah, kita tunggulah hasilnya bulan Januari nanti.

So untuk few weeks onward ni I free sikit.

Ni I nak share apa yang berlaku pada 8 November yang lalu. Kelab Pentologi ini adalah Kelab palajar Diploma Pengurusan Teknologi yang mana I adalah penasihat kelabnya. Biasalah setiap semester mesti ada aktiviti dengan semua ahli Kelab.

Asalnya kami plan nak buat Color Fun Run tetapi mengenang banyak prosedur dan mengenang cuaca yang agak lembab, jadi kami batalkan. Kami tukar kepada Explorace di dalam kawasan kampus sahaja.

Masa planning, banyak isu berlaku. Biasalah kan. Meeting penyelarasan sahaja almost 3 hours. Hadaplah kan? At least sudents ni dapat belajar. Ingat senang nak buat event. Ajk kali ini pula didominasi pelajar semester tiga dan satu. Jadi memang pendedahan yang sangat besar bagi mereka.

Alhamdulillah cuaca baik hari itu. Dimulakan dengan sesi zumba. Instructornya adalah dikalangan pelajar - pelajar dan pensyarah. Yang perempuan moving jugak, Yang lelaki junior sahaja yang agak excited. Yang seniors, kelaut semua dan banyak buat hal sendiri.

After zumba, we have our breakfast. Thanks to ajk makanan. Makan sampai awal dan teratur. Dengan budget RM 2 dapat jugalah roti, kuih karipap dua ketul dan air mineral.

And then berkumpul dahulu barulah mulakan axplorace.  Pembahagian kumpulan adalah mengikut mentor masing - masing. Setiap mentor kena hantar dua pasukan. Total pasukan bertanding = 12 pasukan. Ada 12 checkpoints mesti diselesaikan tugasnya. dan untuk mulakan kumpulan mana yang berlepas ke checkpoint 1, pensyarah sediakan 1 aktiviti. Simple sahaja. Mesti apungkan klip kertas dalam air. Kami sediakan 1 baldi air shj di checkpoint ini. Kami bekalkan 2 klip kertas setiap pasukan dan cawan plastik.

Hasilnya, susah juga. Kalau tak ditolong, tak kan berhasil. Korang pernah main game ni? Caranya mudah shj, air mesti penuh dalam cawan (tahap melimpah) masukkan klip dari tepi cawan. In shaa Allah terapunglah ia.

So layan jelah gambar ye.

Masa menunggu. Semester tiga dorang ni

time ni dah mula zumba. Cuaca sangat baik hari itu. Panas

Kami

Kasi besar. Kan ada I tu. Hahaha. Berbaju oren bertudung biru? Nanti I bagitahu sebabnya.

Campur sem ni. Ada sem 1, 2 dan 3. 

Student sem 1.
Masa ni sebenarnya I dan AJK dah tak senang duduk. Sebab cuaca panas sangat. Zumba belum mula. Bebudak dah mula bosan sebab lama tunggu. 

We all dah tempah, dah ingatkan tapi tetaplah person in charge utk Pa system ni lambat. Geram tau! Kita punyalah remind banyak kali. Siap telefon, pergi pejabatnya bagai. Tetaplah lambat. 


junior sem 1. Ada few kelas mengaji dgn I


ini sem 3. Tengok tu yang bergerak seorang yang depan tu je. Yang lain malu sangat.


Ni yang game apungkan klip kertas tu. Kami biarkan sahaja dahulu. Tapi tak juga berjaya. Sudahnya kasi tips lah. 


Disini kalau tak silap I. Ada tiga kotak misteri. Isi dalamnya macam - macam. Ada lipas, ada lumut, ada katak dan macam - macam lah. So tugasannya kena seluk dalam tu, keluarkan seberapa banyak duit syiling. Ujian keberanian katanya. 


Keretapi belon. Ada halangan kena lalui. Belon tak boleh terbang. So, disini kerjasana dan kepercayaan perlu.


Kasi besar. Sebab ni group pelajar dibawah seliaan I. Mentee - mentee I ni. Rasanya ini game pertama dorang lepas dah berjaya apungkan klip kertas tu. Game mudahnya. Nak bagi basah. So seorang akan tutup mata seorang lagi. Yang ditutup matanya kena curahkan air pada seorang lagi. Yang lain akan bagi isyarat ke kanan atau ke kiri. Yang menutup mata tu kena pretend bisu. Air yang berjaya masak cawan akan disukat. Game ni pakai masa. Not sure we win or not at this checkpoint.



Dekat sini rasanya setiap ahli pasukan kena berpusing beberapa pusingan dan kemudian kena masukkan benang dalam jarum. Gitulah.

geng baju merah


Kat sini, game musang berjanggut. Kena asingkan jintan manis, kekacang, beras, lada hitam, apa lagi eh, lupa dah. Bersungguh - sungguh dorang ni.


Ni kat tennis court. Kena masukkan bola dalam lubang dengan hanya pegang hujung canvas. Tapi tu bukanlah canvas tapi plastik sampah yang dipotong dan disambung. Susah juga game ni. Toleransi lah kan?


Kat sini I tak ingat game dia apa. Tapi ada denda kalau tak boleh siapkan tugasan kat sini. Dendanya, dorang kena minum kopi pahit. 


Game kat sini pulak, kena tutup semua lubang pada batang paip tu. Kemudiannya, nanti AJK akan curahkan air hujan. Kalau tak tutup dengan baik, memang mandi air hujanlah. Game ni diasinglan lelaki dan perempuan kecuali group tu tak balance.


group kuning

yang baju oren tu sem 3. yang baju biru sem 1.


Ni berhampiran bus cafe. Cabarannya adalah kena lemparkan belon berisi air tu ke orang belakang. Belon tu pulak sebenarnya kalau terlepas, memang pecah. Mandilah korang lagi. AJK kata dia ada letak tepung dalam belon tu. So bila pecah, mandi air tepung dibuatnya. Jadi cekodok masing - masing. I diberitahu, game ni mentee - mentee I selamat dari jadi sekodok. Bravo!




Masa ni dah selesai semua 12 Checkpoints. Sementara tunggu kumpulan - kumpulan lain selesaikan tugasan, masing - masing melepak dalam hall. 

Perasan tak mentee - mentee I punya warna tema biru? Itulah sebab I bertudung biru. Ini yang ikut Explorace. Dorang ni dipecahkan kepada dua kumpulan. 

Satu yang I perasan. I thought lepas habis game je, dorang tak lepak dalam team. Mesti punya cari geng masing - masing. Tapi I tengok my mentees tak begitu. Maintain dua - dua pasukan. Lepak sama - sama. Borak sama - sama. Selfie sama - sama. 

Alhamdulillah Explorace kali ni berjaya rapatkan jurang senior dan junior. Ini objektif asal kami sebagai pengajur. Mereka berkenalan, berbincang dan boleh rupanya bergelak tawa sama. Alhamdulillah. 

Sebelum ni, kalau nak kumpulkan mereka, kami akan cari wakil kelas di setiap sem. Kadang - kadang walaupun dalam semester yang sama mereka tidak bergaul. Contohnya section 1 tak bergaul dengan section 2. Mungkin sebab subjek yang diambil tidak serupa. Kalaupun pun sama, berlainan jadual. Jadi sekarang, isu tak kenal antara sama lain tu dah berkurangan

Semester 1

Semester 5. Dorang ni kumpulan kuning rasanya



Semester 5


Sem 3

Sem 3

Ada sem 1, 2 dan 3

Sem 1

Sem 1

Sem 1


Yang paling kanan tu semester 3. Masa I ambil gambar mereka ni, dia cakap, 1st time jumpa adik - adik junior sem 1 ni. Tak sangka rupanya sama group mentor. Dan rupanya boleh masuk dengan dorang. 

Tulah, kan I dah kata, aktiviti begini penting.



Barisan AJK. Tema kami warna oren. Itulah sebabnya I berbaju oren. Dua - dua sides kena jaga. Mentee I temanya biru, jadi bertudung birulah I dan berseluar biru. AJK pulak temanya oren. So berbaju orenlah I. Tapi ada juga few AJKs yang pakai warna selain oren. Kenapa oren? Sebab senang cari kerana tema baju sukan TOF sem lepas oren. Semua pelajar ada baju oren fakulti dan jika mereka adalah atlet fakulti, mereka akan ada baju atlet warna oren juga. AJK sem 1, pakat pinjam la. Tapi kalau tak de, pakai jelah baju apa yang ada.




Kumpulan merah. Ini mentee Puan Farah. Kak Ngah kawasan I. Dorang ni ramai seniors. Bagus group ni. Dapat tempat 1st dan last.


Ini group kuning. Group Mentor Puan Pamela. Kak long kawasan I. 



Ni group biru. Group I. Rasanya dapat nombor 7 dan 5 ke atau 8 dan 6. Gitulah. Yang pakai oren tu AJK/


Ini group AJK. Ada lagi sebenarnya. Mesti dah kelaparan tu. Terus berlari ke arah makanan. 




Ini group senior. Semester 5 dah ni. Akan menjalani latihan industri bulan Januari nanti. Bakalan di rindu. 

Bakalan dirindu... 



Dua gambar last ni, lepas aktiviti mengemas. Bergabung senior semester 3 dan junior semester 1


Overall, I puas hati. Semua perkara atur sendiri. Hamper pun buat sendiri. Jumlah pelajar yang hadir mencapai target 150 orang daripada hampir 200 keseluruhan. Dengan bayar RM 15 kita dapat beli barang dan beli hadiah. Dan dapat juga naikkan tabung kelab. 

Seniors pon happy. I observed IG dorang, masing - masing happy dengan aktiviti begini. Oh ya, ada yang request lagi semester depan. In shaa Allah kita cuba arrange lagi. Sebenarnya dah ada 1 program yang difikirkan. In shaa Allah akan ada dapat sponsor untuk ini. Aktivitinya rahsialah dulu. But I believe semua orang akan belajar banyak perkara dengan aktiviti tu nanti. Kita tak pernah buat aktiviti begitu. So lets try next semester.

Okaylah, inilah sahaja cerita kali ini. Oh ya, nanti kan update laman my bonda ye dalam entri selepas ini sebab I dah apply cuti seminggu bermula esok ni... Hoyeh!!!!

Jumpa lagi. 

Sebelum tu, I nak share one from few pictures yang I dapat dari orang jauh nun di Scotland. 

Loch Lomond, the biggest lake in UK. Kalau nak ke UK next year, bagitahu I ye. Boleh ambil servis my friend ni.