Saturday, November 3, 2018

LI Presentation 18191

Assalamualaikum.

Apa khabar semua? Harap sihat - sihat sahaja. I alhamdulillah sihat. Cumanya, kesibukan sangat lately. Ni pun memblog sambil - sambil key in marks dalam sistem. Sekarang dah hampir pukul 2 pagi. Masih mengadap kerja. Tak mengapalah. Bila begini baru thrill kan? Hehehe.

Okay ni I nak share few pictures masa perbentangan latihan industri pelajar I. Actually kan, ada rasa bercampur - campur dalam hati. Of course I rasa bangga dengan pencapaian pelajar - pelajar ni. Tetapi ada juga rasa sedih. Sebab I agak rapat dengan batch ni kot. Entahlah. Hehe.

Untuk semester ini, I dilantik jadi SV untuk 3 orang pelajar. Alhamdulillah, mereka menunjukkan prestasi yang sangat baik. Biasalah kalau sesekali I marahkan dorang kan? Tapi bila dah banyak kali tegur, mereka dah okay.

So layan gambarlah ye.


Ni tiga orang yang I supervise semester ini. Kesian dorang ni. I punya expectation tu kemain tinggi. Berkali - kali dorang kena edit report masing - masing. Tu belum lagi tang slides. Mula - mula yang I tengok format dulu. Alignment bagai. Tak kena pada pandangan mata I, I reject. Belum baca lagi content tu. Tapi okaylah.

Yang perempuan tu memang rapat dengan I. Dia mentee I pun. Dari semester 1 I dah jaga dia. Shes okay. Cuma tulah formatting banyak kena adjust.

Yang lelaki berbaju biru. Ni pun mentee I. Tapi I dapat dia dalam few semester ago je. Dia di bawah pensyarah lain sebenarnya tetapi bila ada perubahan few semesters lalu jadi dia diletakkan bawah jagaan I. Dia ni sebenarnya dah semester 11. Yes. Super senior. Masa I dapat dia dulu, I cuma harap dia bertahan. Result dia kejap okay, kejap tak okay. Fuh berdebar. Alhamdulillah, berjaya juga ke latihan industri. Dan Alhamdulillah, prestasi dia di organisasi sangat baik. Paling I banggakan. Yelah, kalau dah sampai banyak semester tu, kita pun boleh agak kan bagaimana perangainya. But, I sentiasa yakin dengan dia. Selalu I pesan, hidup kena ada perubahan. Bukan untuk orang lain tapi untuk diri sendiri.

Yang seorang lagi ni pula antara student yang rapat sangat dengan I. Lepas tu jenis yang sangat baik. Tak de masalah pun sepanjang belajar. And now, sedang praktikal pun, sangat baik prestasinya. His immediate supervisor berhenti kerja, dan even sedang praktikal tetapi dia dah memangku jawatan supervisornya itu. So proud of you dear. 




Sebahagian mereka bersama some of the lecturers.


Yang lelaki kat belakang tu memang macam tu. Suka sangat mengacau dan nak masuk frame. Hehe




Yang berbaju putih nilah my supplier dari Cameron Highland. Familynya ada mengusahakan homestay di Taman Sedia. I selalu pesan barang - barang dari Cameron melalui dia. Lepas ni, I memang kena cari supplier barulah. Yang berbaju hitam disebelahnya tu, my crush. Hahaha. No. Main - main aje. I suka mengacau budak - budak ni jugak. 


Dorang ni bff


Bakalan dirindu semua ni. Dorang ni senang sangat menghulur bantuan. Lepas tu sangat behave dalam kelas. Adalah seorang dua yang perangainya macam... 
Tapi look at them now. Semua dah lain. Matured. 

Batch junior dorang ni, dah tak berapa supportive kalau buat events. Semua kena paksa baru jadi. Tak macam dorang ni. Kalau buat events, tak payah supervise sangat. Dorang sangat respect lecturers. Nampak kita bawak barang banyak, dorang akan cepat - cepat tolong. Lepas tu, kalau nak mintak suruh pergi mana - mana, cepat je. Alhamdulillah. 

Miss doakan, semuanya baik - baik untuk korang semua. Miss doakan Allah permudahkan kejayaan korang dunia akhirat. 

Go after your dreams dear. Jumpa lagi nanti masa konvo.

Hoyeh!!!!



2 comments:

  1. Itu lah kan hidup sbg pengajar ni..
    Macam2 peel dan perangai yg mewarnai dunia kita..
    Kalau batch yg sporting gini, mmg akan terus rapat walau mereka dah kerja nanti..

    ReplyDelete