Thursday, October 25, 2018

Berkelah di Pantai Sempena Cuti Hari Keputeraan Sultan Pahang

Assalamualaikum...

Apa khabar everybody? Lama kan tak update blog. Busy lah you. Ni pun menaip curi - curi masa semasa invigilating students.

Okaylah. Dengarlah cerita I kali ini.

Umum mengetahui 24 Oktober setiap tahun adalah cuti bagi seluruh rakyat Negeri Pahang. Ianya adalah Hari Keputeraan Sultan Pahang. Dan tahun ini, cuti ini digunakan sepenuhnya dengan aktiviti.

My housemate mengajak mengikuti perkelahan dan family day anjuran pejabatnya. Dan I memang perlukan aktiviti begini sekarang. Jika tidak, I cuma akan cover tidur dan mengadap movie sahaja di telefon di waktu cuti begini. So, dengan itu, I pun bersetujulah untuk sertai program ini.

Sebenarnya I pernah juga beberapa kali ikut program anjuran pejabat my housemate ni.. Jadi dah terbiasa dengan mereka juga. Mereka ni meriah. Kalau buat aktiviti mesti happening sungguh. Masing - masing contribute duit dan tenaga. Memang selesa berada dalam kelompok mereka.

Program kali ini diberi nama UNDERGROUND FAMILY DAY. Setuju sahaja nak join, terus dimasukkan dalam group whatsapp ni. Dan dikenakan bayaran RM 20 untuk dewasa dan RM 5 untuk kanak - kanak. Daripada bayaran inilah belanja makanan dan hadiah disediakan.


Lokasi yang dipilih setelah beberapa hari membuat tinjauan adalah di Pantai Cempaka. Pantai ini dekat sahaja dengan rumah I. Lebih kurang 10 minit pemanduan sahaja. Dan seawal jam 11 pagi, I dah sampai lokasi. I jadi orang kedua yang sampai. 

Yang ikut Family Day kali ini boleh tahan ramai. Total yang hadir hampir 50 orang. Meriah sangat. Sampai - sampai kami sediakan tempat. Bila dah ready, makan tengahari. Kemudian, solat zuhur. Sebelah petang, lebih kurang pukul 3 petang, barulah mulakan sukaneka. Part ini kelakar. Pengajur bagi nama game pun dah lawak. Inikan pula kaedah permainannya. Memang gelak sahaja.


Sedang potong bawang untuk buat air asam. Tapi sebab letak belacan, I tak makan lah.


Tengah siapkan rojak buah. Allah, punyalah I nak rasa sekali bila dekat je, kemain kuat bau belacan. Jadi mampu pandang dan makan buah potong sahaja.



Ni masa dah last dah. 


Saja besarkan gambar. Terliur tak? Haha. Ini antara bahan bakar. Ada juga ikan cencaru dan ikan pari yang dibakar sama. Bab membakar, kita serah pada yang lelaki lah kan.

Macam - macam menu ada semalam. Ada pulut kuning, rendang ayam, rendang daging, ikan aya masak singgang, ayam masak merah, meehoon goreng, mi lidi goreng, puding koktel dan lain - lain. Air pula ada air cincau dan air kelapa muda.


Hadiah sukaneka. Ada 5 group semuanya. Ni hasil kerja keras tangan I dan my friend, Suzana. 



Sorrylah, I memang tak berapa pandai ambil gambar orang. Selalu my housemate tak berkenan. Hahaha. Tengoklah ni entah apa - apa kan? 


Nama game ni Paskal 2.0. Padahal tuju guli je. Seriusly I mengaku I tak pandai main ni. Zaman kekecik dulu tak main. Tapi macam - macam hallah yang lain - lain tu. Kalau main tipu, nanti kena potong markah tau.

Nak tahu permainan apa lagi selain Paskal 2.0 ni?

1. Mencari barang tersembunyi. Setiap orang dibekalkan dengan jelly dalam bentuk buah - buahan. Disuruh cari di sekitar kawasan jelly yang sama. Habislah masing - masing menggali pasir pantai. Sampai I give up. I tanya one of cucu saudara my housemate sebab dia antara yang bantu pengajur tadi. Kata dia jelly bentuk buah nenas yang I pegang tu takde pun. Yang ditanam cuma jelly buah anggur dan Jelly buah mangga. Dua je. I macam, What? Aduhai, pandai kenakan orang penganjur ni! 

2. Cari telur penyu. Kaedahnya sama macam yang tadi. Pun sama. Dua biji bola ping pong je yang ditanam sedangkan hampir 30 orang mencari. 

3. Jalan atas tempurung kelapa. Ni lawak. Main pulak kat pasir. Ada yang lekat tak boleh bergerak. Tapi nasib la I tahu tekniknya. Dan group I menang. Jauh meninggalkan group lain. 

4. Teka melalui lukisan. Ini lagi satu lawak. So ketua kumpulan di beri satu situasi. Kemudian mereka kena lukis. Lepas tu pass pada ahli kumpulan yang tengah beratur. Macam main telefon rosak. Kita pass info one by one. Tapi kali ni hanya boleh pass lukisan. Dan orang yang terakhir kena teka apakah situasinya. Wei, mengarut habis. 

I jadi orang terakhir dalam kumpulan. Bila the previous member tunjuk gambar yang dia lukis, I macam sekali lagi, What? Ada penyu, kapal, matahari, telur, ada anak panah ke bawah. 

I pon teka la. 
PENYU BERTELUR DI LAUT DALAM (padahal penyu bertelur kat pasir pantai, kan? Peduli, tu je clue yang I dapat)

and the answer was
KURA - KURA BERENANG DI LAUT DALAM. 

My group tak puas hati siap jerit lagi,
WEI, KURA - KURA MANA ADA BERENANG DI LAUT DALAM!!!

Hahaha. Lawak.





First time makan ramen. I cakap bengkak dah bibir tu. Hehehe. Ini sebenarnya untuk ketua. Tapi ketua kitorang tak dapat nak abiskan sebab dia kata muak. So adik ni habiskan. Ni cucu saudara my housemate tau. Thaqif namanya. Masa game dia masuk kumpulan I. 


Ketua kumpulan yang dapat nombor 5. Dengan markah -1. Sebab banyak songeh n main mengelat, tu markah asyik kena potong. Tapi yelah main suka - suka kan. Kalau serius nanti tak seronok. Thanks sebab menghiburkan suasana.


Ketua kumpulan I. Naz. Sanggup balik cepat ke Kuantan dari Kampung sebab kelmarin pergi konvo. Tahniah Naz. Group kitorang dapat nombor 4 dengan 8 markah.


Ni nama dia Din. Kumpulan Din dapat nombor 3 mengatasi group kitorang dengan kelebihan 1 mata. Din ni pandai menyanyi tau. Artis ni. hehe.


Ni pulak Razak. Dapat tempat kedua. Razak ni memang game makan ramen tu. Kemain pantas dia makan. 


Ni group yang menang sambil disabotaj gambarnya dek ahli kumpulan lain. 


Ahli kumpulan Razak


Ahli kumpulan 1. Tapi tulah sadis. Kita ambilkan gambar orang elok cerah. Sekali bila group kita orang ambilkan gelap belaka. Tak apa kan. Lagipun I, tuan empunya phone pon belum mahir guna camera phone sendiri. Apatah lagi orang lain kan?




Kami yang meriah.


Actually aktiviti ni juga meraikan adik - adik ni yang akan tamat praktikal tak lama lagi. Enam bulan dah dorang bersama kami. Bakalan dirindu.



Testing mode yang ada dalam my phone. Sungguhlah belum master phone baru ni. Masih mengeksperimen. Ni I shoot guna mood Night. Ia sesuai untuk Low Light. 


Yang berkolar kuning tu anak saudara my housemate. Yang lagi dua orang tu cucu saudaranya pula. Lebih kurang sebaya, Lepas tu sekolah sama. 


Berjaya capture gambar hujan. I rasa hujan turun di sekitar Pantai Teluk Chempedak tu. Lepas tu my roomate kat office bagitahu baru ni betul tekaan I. Memang hujan di situ petang semalam bila I share gambar ni di Instagram. Bila sebelah sana dah hujan, kami di sebelah Pantai Cempaka ni pon mulalah berkemas. 

Alhamdulillah cuaca baik sepanjang hari semalam. Alhamdulillah meriah suasananya. Alhamdulillah dapat berkumpul sama - sama. 

Hingga ke temu lagi..

Bila I upload beberapa keping gambar, my friend tanya, sempat tak tengok Full Moon pukul tujuh malam tadi? I sebenarnya tak tahu ada fenomena Full Moon. Kalau tak memang I tunggu. I blah dari kawasan pantai pukul 6.30 kot. Dan Pantai Cempaka ni bukanlah jauh dari rumah I pon kalau I tunggu lama sikit. Huhuhu. Tak ada rezeki.

BTW, bila bukak facebook dan Instagram, rupa - rupanya ramai juga kawan - kawan yang mencari Vitamin Sea di waktu cuti di tengah - tengah minggu ni. Ada tu yang ke Pantai Kempadang dan Pantai Sepat. Dua lokasi ni dekat sangat dengan Pantai Cempaka. Ada juga yang mulanya hendak ke Pantai Cempaka juga tetapi batalkan niat lalu ke Pantai Sepat sebab ramai sangat orang di Pantai Cempaka. Ada juga ke Pantai Teluk Chempedak yang famous itu. Ada juga yang ke Pantai Batu Hitam. Ada juga yang ke Pantai Air Leleh. Yelah cuaca baik kan. Alhamdulillah. Sekarang Kuantan punya cuaca susah nak jangka. Kenkadang tengah panas pon boleh hujan. Kadang - kadang hujan kat kawasan kita kemain lebat Tapi elok keluar sikit je dari kawasan kita, panas yang amat. Begitulah. Macam semalam, kami pergi sembahyang zuhur. Naik kereta lebih kurang 5 minit sahaja. Kawasan tu tengah hujan. I thought mesti kat Pantai Cempaka pun hujan. Tapi bila balik tanya geng, dorang kata tak hujan pun. Begitulah aturan Allah.

Okay, cukuplah bebelan disini.

No comments:

Post a Comment