Wednesday, June 29, 2011

Rasa 'Serun' dalam hati...

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan Salam 1 Malaysia buat semua.

Tahu ape itu 'serun'? Huhu. For me 'serun' means 'gerun' atau rasa takut-takut. Banyak perkara yang buat saya serun dua tiga menjak ini. Mungkin yang paling hampir setelah sahabat saya pulang kerahmatullah baru-baru ini. Saya serun untuk memandu malam walaupun berteman sekalipun. Baru-baru ini, saya serun nak memandu ke rumah angah. Walaupun dalam kereta penuh dengan ahli keluarga dan jalan ke rumah angah adalah jalan yang biasa saya lalui. Begitu juga, apabila kami ke bandar baru-baru ini. Walaupun ada emak dan ahli keluarga yang lain, saya tetap serun untuk memandu lewat. Walaupun masih ada perkara yang belum diselesaikan, saya tetap nak balik awal sebab bimbang hari gelap diperjalanan.

Dan saya tetap rasa serun melalui kawasan kemalangan arwah sahabat saya itu walaupun selama ini itulah jalan yang saya lalui untuk pulang ke tempat kerja dari kampung halaman. Serun yang tak tahu bagaimana untuk saya hilangkan. dan penyakit serun saya ini juga melarat kepada ahli keluarga. Bila angah saya hendak datang melawat atau ada urusan menemui saya, saya menasihatinya untuk datang waktu siang supaya angah boleh pulang juga waktu siang. Saya serun bila angah kata hendak datang selepas waktu kerja kerana pastilah pulang nanti hari sudah malam. Entah mengapa, serun ini hadir sekarang?

Serun yang tak boleh saya hilangkan adalah, serun untuk minum air tebu. Nak tahu kenapa? Arwah abah minum air tebu sedikit sahaja lalu sakit. Mungkin air tebu itu bukan penyebab utama arwah abah meninggal tetapi saya tetap serun. Sudah hampir empat tahun saya serun nak minum air tebu walau setitik pun padahal dirumah saya dikampung, emak menanam tebu dan kami memang selalu memesin tebu untuk mendapatkan airnya.

Saya serun kehilangan yang tersayang. Saya serun dengan apa yang terjadi. Apa jua, Al-Fatihah buat keduanya.

Thursday, June 23, 2011

Saya Mahu Kurus

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...

Semoga yang baik-baik sahaja akan hadir dalam diri kita semua...

Tadi, saya ada meeting Protem - Alumni di HQ. Sebelum masuk bilik mesyuarat, ternampaklah seorang kakitangan yakni kawan saya yang dah lama saya tak jumpa.

Aduyai, saya hampir tak kenal. Ini kisah benar. Saya teragak-agak hendak menegur pada awalnya. Saya jumpa Sabrina, staf bahagian pendaftar. Ya Allah, kurusnya dia!

Terus tak menyempat-nyempat, saya tanya rahsia kurus dia. Rupanya hanya kawal makan. Makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi jarakkan tiga jam sekali. Fuhhhhhh! Ini tak boleh jadi! Saya harus cuba! Bayangkan within 4 months, she loss about 20 kg. Humang ai. Tanya jugak, kot2 la dia makan ubat kurus ke apa keh, rupanya tak de.

Saya mahu kurussssssss...........

Itu sahaja entry kali ini....

Monday, June 20, 2011

Kisah Kawan-kawan....

Assalamualaikum...

First of all, alhamdulillah...

Ini kisah dua tiga menjak kebelakangan ini. Kisah yang memenatkan. Kisah yang biasa...

Saya baru sahaja tamat, menduduki peperiksaan akhir semester 3 beberapa hari yang lalu. Penat benar rasanya. Sebaik sahaja selesai pembentangan akhir bagi subject Marketing Management, saya terus ke Program Puncak Jaya. Program yang sememangnya sudah sebati dalam diri saya. Namun, keadaan memang sudah banyak berubah.

Sebenarnya saya rindukan suasana Puncak Jaya yang dulu. Waktu kamilah fasilitator, kamilah juga bahagian operasi. Walaupun kedengaran berat,tetapi rasa puas itu ada. Kami bagaikan satu kumpulan yang saling bantu membantu. Yang tidak berkira tentang apa-apa. Yang tidak sewenang-wenangnya menyalahkan satu pihak dengan pihak yang lain. Entah...

Sejak tahun 2010, sayap operasi dan sayap perunding diasingkan. Tujuan asalnya adalah untuk meringankan beban tugas yang ditanggung sepanjang program. Namun, tercetus pelbagai masalah. Saya tak tahu sebenarnya hendak bercerita bagaimana tentang ini.Di bahagian operasi itu kawan-kawan saya. Yang pada dasarnya adalah di bahagian perunding juga. Tugas operasi juga tak kurang hebatnya. Dengan logistics, makanan, minuman, kesihatan, keselamatan. Jadi, apalah salahnya di bahagian perunding untuk saling membantu. Dan jangan salahkan mereka jika mereka tidak mampu untuk menyediakan yang terbaik bagi pihak perunding. Apalah salahnya pihak perunding menghulur bantuan. Namun, lain yang terjadi baru-baru ini.

Saya nampak keadaan tegang itu. Dan bagi saya, tiada gunanya marah-marah. Apalah salahnya kita bantu bahagian operasi. Saya sedih sebenarnya. Bila seorang ketua, minta kami untuk menjalinkan kerjasama yang baik dengan bahagian operasi, tetapi mengapa dia tidak? Sejujurnya, saya sedikit berkecil hati dengan ketua saya di bahagian perundingan. Mengapa seakan ada hidden agenda dalam apa yang dilakukan? Mana perginya tujuan asal kita terlibat dengan program Puncak Jaya ini? Sungguh, ini tidak adil.

Sejujurnya, hati mana yang tak sayu, bila kawan saya dimarahi dengan teruk. Dan sejujurnya saya amat berkecil hati dengan seorang senior yang saya junjung selama ini sifat peribadinya yang baik, boleh berkata sinis kepada kawan saya semata-mata ingin saya dapat layanan istimewa. Sungguh, betapa pilu rasa hati kawan saya itu. Apatah tidak, dia dilabel tidak dapat menyediakan yang terbaik buat sahabat yang satu ini. Sedangkan segalanya sudah dijelaskan dan dirinya ambil berat benar tentang saya yang baru sampai. Sungguh, saya memang kehilangan kata-kata. Alangkah pilunya rasa hati kerana ini kami berdua bersengketa buat seketika. Saya berasa pilu benar, bukan kerana kawan yang satu telah meninggi suara, telah memarahi saya ditempat terbuka. Malah bukan kerana saya tidak diberi langsung peluang untuk membela diri. Saya berasa pilu kerana perihal saya telah membuatkan kawan saya dimarahi. Saya berasa pilu kerana telah membuatkan kawan saya yang saya sayangi itu resah. Saya berasa pilu kerana telah menjadi seorang kawan yang telah melukakan hati kawan saya.. Mengapa sampai begitu?

Air mata yang keluar waktu itu tiada lain. Penyesalan saya kerana membuatkan kawan saya menerima kesannya.

Sungguh, saya tak perlukan layanan istimewa. Jangan dibebani kawan saya itu. Bebannya bukan sedikit. Jangan bimbang tentang saya. Saya pandai membawa diri.

Sungguh, waktu itu, saya fikir, ada baiknya saya balik sahaja ke Kuantan. Waktu itu saya fikir, tak ada gunanya lagi saya berada di Program ini. Dan waktu itu saya berkata pada diri, ini program puncak jaya terakhir bagi saya walaupun saya sangat sayangkan program ini. Sungguh...

Lama saya terpaku dengan air mata yang tak putus-putus mengalir. Ditenangkan orang lain pun tak berdaya untuk saya kurangkan rasa pilu itu. Sungguh... dia sahabat saya. Sahabat yang saya sayangi. Dan saya telah melukakan hatinya begitu.

Sejujurnya, saya mohon maaf. Sebaik sahaja tiba, seorang kawan saya telah mengajak untuk tidur bersama. Jadi, saya terima sahaja. Namun lain pula jadinya bila kami sampai dibilik. Katil yang disediakan hanya satu buat kami bertiga. Jadi saya putuskan, tidak mengapa, nanti malam kita fikirkan. Mungkin boleh tidur dibilik sebelah lagi dengan yang lain. Namun, ada yang risau tentang perkara itu. Risaunya hingga membuatkan keluar perkataan-perkataan tidak enak dilemparkan pada kawan saya itu. Akhirnya, dalam emosi tak terkawal, saya dimarahi dek kawan yang satu.

Sungguh, saya sendiri sudah empat tahun terlibat dengan Program Puncak Jaya ini. Saya dah biasa dengan keadaan sesak. Saya dah biasa bergilir-gilir makan. Saya dah biasa bergilir-gilir tidur. Saya dah biasa turun naik bangunan. Saya dah biasa tidur lewat bangun pagi seawal pagi. Puncak Jaya bukan sekali setahun tetapi tiga kali setahun. Saya dah lali tidur berimpit-impit. Saya dah lali berkejar ke sana sini. Jelasnya, saya tak perlu layanan istimewa. Tak perlu. Dan Jangan persoalkan perkara itu dengan bahagian Operasi. Mereka jauh lebih berat tugasnya dari bahagian perundingan!

Dan rasa pilu itu, masih ada dalam hati saya. Hingga ke hari ini walaupun Puncak Jaya Fasa 1 telah berlalu beberapa hari yang lalu....

Tuesday, June 14, 2011

Mencari ruang

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakahtuh...

Macam-macam terjadi sekarang. Sejujurnya emosi saya masih belum stabil. Dugaan takkan putus untuk hadir. Saya merasakan bahawa ada sesuatu yang hilang dari hidup saya. Sesuatu yakni ruang untuk menjadi saya yang dulu.

Benar, tak saya nafikan, sedikit sebanyak faktor umur ada mempengaruhi indakan saya sekarang. Namun jika hati sentiasa runsing, apa gunanya kan?

Tentang broken relationship with that person juga bagaikan sudah tiada jalan penyelesaian. Atau baik saya mahupun dia sudah tidak mahu mencari jalannya. Saya akui, kadang-kala saya beremosi yang kurang baik. Saya mudah tersentuh atau tersentap dengan apa sahaja yang berkaitan dengannya. Apakah saya takut untuk kalah? Atau, saya sememangnya tidak boleh menerima sebarang kekalahan apatah lagi apabila kami dibandingkan? Atau, kisah ini telah menjadi terlalu kompleks untuk dihuraikan?

Tentang kerinduan pada keluarga yang memuncak juga sedikit sebanyak mempengaruhi saya. Namun, saya harus kuat. Saya bukan lagi budak-budak sekolah yang minta dilawat setiap minggu. Entah, kadang-kala hal remeh-temeh ini juga membuatkan saya rasa gelisah dan tertekan.

Tentang pembelajaran yang semakin hari semakin merosot. Banyak benar yang menganggu. Inilah kehilangan yang terbesar saya kira. Saya hilang fokus. Hilang kekuatan. Dan hilang skil belajar saya. Sungguh, bukan mudah untuk memperbetulkannya...

Life is never easy kan? Huhuhuhuhu....

Doakan Kak Teh...

Assalamualaikum....

Ini berita yang baru saya terima dari perbualan biasa yang pada dasarnya sekadar ingin bertanya khabar dengan jiran sebelah rumah di kampung di facebook telah menemukan saya dengan jawapan tentang statusnya yang kelihatan merunsingkan saya beberapa hari yang lalu.

Katanya, Kakaknya yang kami panggil Kak Teh (Ateh adalah gelaran keluarga khususnya bagi anak ke lima@ keempat di Pahang) sedang melawan sakit di ICU Kubang Kerian. Ya Allah, keadaannya katanya tenat. Kak Teh yang juga sedang dalam pantang kerana melahirkan anak pertama baru-baru ini, dijangkiti kuman dalam darah pada tempat pembedahan melahirkan bayinya. Dan Kak Teh masih belum sedar.

Kak Teh, agak rapat dengan saya sebab sebelum kak teh kahwin dan mengikuti suami menetap di kelantan, kak teh memang selalu ada di rumah peninggalan arwah ibu dan bapanya yakni, bersebelahan dengan rumah kami di kampung.

Tadi, saya lihat wajah anak Kak Teh buat pertama kalinya. Sayu hati saya. Ayuh kawan-kawan doakan kak teh...

Ya Allah, sembuhkanlah Kak Teh.....

Wednesday, June 8, 2011

Mood swing ketika nak Exam

Salam...

Ni cerita xde motif yer... saja nak mencoteng dinding belog ni. Huhuhu...

Bermula minggu lepas, exam pun bermula. Mula dengan subject Decision Analysis. Huhuhu. Banyak betul dugaan nak study Decision Analysis. Masalah emosi tak stabil tu yang paling mempengaruhi. Malam before exam tulah baru dapat study. Tapi daripada 5 topik yang katanya masuk exam hanya 3 topik je sempat cover... Aduyai.. Dan waktu exam tu saya hentam kerommo aja. Susah tu sebab tak boleh goreng macam marketing subjects. Its statistic okay!

Minggu ni pulak akan sit for Laws, Ethics and CSR. Dan yang masuk exam hanyalah part Law sahaja. Pening weh. Kalau bab ethics or CSR boleh gak goreng-goreng kalau tak tahu nak jawab soalan exam. But this is Law ye tuan puan. Dan bila mood study dah ada, bukak buku law, baru baca sehelai dah mengantuk tahap gaban. Saya cadangkan penerbit or penulis buku law, buat buku color2 cantik2 macam buku marketing yer. Memang ramai akan suka subjek ni. Aduyai....
Plus, minggu ni jugak, perhaps besok, nak siapkan write up untuk assignment Caveat Emptor vs Caveat Venditor in the sale of goods. Huhuhu....

Next week, kena prepare untuk tak tido selama seminggu untuk siapkan final assignment untuk Marketing Management. Another aduyai... Tapi after that boleh la berjimba sebab sem baru akan bukak bulan 9...wahhhhhhhhh.... boleh la rehat sekejap dalam 2 minggu sebelum sem mengajar dibuka...

But then,
Benar-benar berharap diri kuat
Benar-benar berharap emosi tak terganggu
Benar-benar berharap segalanya dapat dilakukan dengan lancar lagi tenang
Benar-benar berharap saya mampu untuk bertahan...

Doakan ye kawan-kawan
Kita doa sama-sama saya dapat melakukan yang terbaik...


Da....
Laura Azura yang tadi mengantuk bc buku Company Law dan pening sebab dengar suara auntie umah lama called. Hmmmm
Perut rasa lapar... Jom makan kang gastrik pulop...

Sunday, June 5, 2011

Kaktus

Assalamualaikum....

Apart from many things happened these few days, alhamdulillah, saya masih diberi kesihatan yang baik. Syukur.

Minggu peperiksaan bagi pelajar UTM pun bermula. Dan rata-rata pensyarah, kebanyakkannya akan pulun bercuti. Saya mahu juga tetapi tugasan sebagai pelajar postgraduate belum selesai. Malah, saya juga menghadapi peperiksaan waktu ini.

Saida, kawan saya dah berpindah ke Pulau Pinang. Minggu lepas, suasana di office agak suram. Suram dengan segala macam hal. Dan pastilah kami masih bersedih tentang kepulangan salah seorang sahabat kami kerahmatullah. Apa jua, saya doakan Saida sihat selalu, ceria hendak-Nya ditempat kerja baru. Apa jua, mek Saida, kami di office kangen bangat sama kamu....

Dan, Kak Wan yang bercuti seminggu telah bawa sesuatu buat kami... Kaktus.

Ini yang dihadiahkan oleh kak wan buat saya:

Cantikkan?

Dulu, zaman budak-budak, saya gemar juga dengan kaktus. Seingat saya sejak tingkatan satu, saya dah ada beberapa pokok kaktus. Pada asalnya, tanam sepohon, lepas tu beli pula berpohon-pohon. Dan hidup, beranak-anak pula. Hish, seronok!

Sekarang, pohon-pohon kaktus masih ada di rumah saya. Macam-macam saiz, macam bentuk. Tetapi sudah agak terbiar. Aduyai.

Tapi pohon kaktus yang diberikan kak Wan ni, saya akan jaga elok-elok. Hehe... Bak kata Kak Pam, nak tengok kaktus siapa yang berbunga dahulu..


Thanks Kak Wan.