Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan Salam 1 Malaysia buat semua.
Tahu ape itu 'serun'? Huhu. For me 'serun' means 'gerun' atau rasa takut-takut. Banyak perkara yang buat saya serun dua tiga menjak ini. Mungkin yang paling hampir setelah sahabat saya pulang kerahmatullah baru-baru ini. Saya serun untuk memandu malam walaupun berteman sekalipun. Baru-baru ini, saya serun nak memandu ke rumah angah. Walaupun dalam kereta penuh dengan ahli keluarga dan jalan ke rumah angah adalah jalan yang biasa saya lalui. Begitu juga, apabila kami ke bandar baru-baru ini. Walaupun ada emak dan ahli keluarga yang lain, saya tetap serun untuk memandu lewat. Walaupun masih ada perkara yang belum diselesaikan, saya tetap nak balik awal sebab bimbang hari gelap diperjalanan.
Dan saya tetap rasa serun melalui kawasan kemalangan arwah sahabat saya itu walaupun selama ini itulah jalan yang saya lalui untuk pulang ke tempat kerja dari kampung halaman. Serun yang tak tahu bagaimana untuk saya hilangkan. dan penyakit serun saya ini juga melarat kepada ahli keluarga. Bila angah saya hendak datang melawat atau ada urusan menemui saya, saya menasihatinya untuk datang waktu siang supaya angah boleh pulang juga waktu siang. Saya serun bila angah kata hendak datang selepas waktu kerja kerana pastilah pulang nanti hari sudah malam. Entah mengapa, serun ini hadir sekarang?
Serun yang tak boleh saya hilangkan adalah, serun untuk minum air tebu. Nak tahu kenapa? Arwah abah minum air tebu sedikit sahaja lalu sakit. Mungkin air tebu itu bukan penyebab utama arwah abah meninggal tetapi saya tetap serun. Sudah hampir empat tahun saya serun nak minum air tebu walau setitik pun padahal dirumah saya dikampung, emak menanam tebu dan kami memang selalu memesin tebu untuk mendapatkan airnya.
Saya serun kehilangan yang tersayang. Saya serun dengan apa yang terjadi. Apa jua, Al-Fatihah buat keduanya.
No comments:
Post a Comment