Assalamualaikum...
First of all, alhamdulillah...
Ini kisah dua tiga menjak kebelakangan ini. Kisah yang memenatkan. Kisah yang biasa...
Saya baru sahaja tamat, menduduki peperiksaan akhir semester 3 beberapa hari yang lalu. Penat benar rasanya. Sebaik sahaja selesai pembentangan akhir bagi subject Marketing Management, saya terus ke Program Puncak Jaya. Program yang sememangnya sudah sebati dalam diri saya. Namun, keadaan memang sudah banyak berubah.
Sebenarnya saya rindukan suasana Puncak Jaya yang dulu. Waktu kamilah fasilitator, kamilah juga bahagian operasi. Walaupun kedengaran berat,tetapi rasa puas itu ada. Kami bagaikan satu kumpulan yang saling bantu membantu. Yang tidak berkira tentang apa-apa. Yang tidak sewenang-wenangnya menyalahkan satu pihak dengan pihak yang lain. Entah...
Sejak tahun 2010, sayap operasi dan sayap perunding diasingkan. Tujuan asalnya adalah untuk meringankan beban tugas yang ditanggung sepanjang program. Namun, tercetus pelbagai masalah. Saya tak tahu sebenarnya hendak bercerita bagaimana tentang ini.Di bahagian operasi itu kawan-kawan saya. Yang pada dasarnya adalah di bahagian perunding juga. Tugas operasi juga tak kurang hebatnya. Dengan logistics, makanan, minuman, kesihatan, keselamatan. Jadi, apalah salahnya di bahagian perunding untuk saling membantu. Dan jangan salahkan mereka jika mereka tidak mampu untuk menyediakan yang terbaik bagi pihak perunding. Apalah salahnya pihak perunding menghulur bantuan. Namun, lain yang terjadi baru-baru ini.
Saya nampak keadaan tegang itu. Dan bagi saya, tiada gunanya marah-marah. Apalah salahnya kita bantu bahagian operasi. Saya sedih sebenarnya. Bila seorang ketua, minta kami untuk menjalinkan kerjasama yang baik dengan bahagian operasi, tetapi mengapa dia tidak? Sejujurnya, saya sedikit berkecil hati dengan ketua saya di bahagian perundingan. Mengapa seakan ada hidden agenda dalam apa yang dilakukan? Mana perginya tujuan asal kita terlibat dengan program Puncak Jaya ini? Sungguh, ini tidak adil.
Sejujurnya, hati mana yang tak sayu, bila kawan saya dimarahi dengan teruk. Dan sejujurnya saya amat berkecil hati dengan seorang senior yang saya junjung selama ini sifat peribadinya yang baik, boleh berkata sinis kepada kawan saya semata-mata ingin saya dapat layanan istimewa. Sungguh, betapa pilu rasa hati kawan saya itu. Apatah tidak, dia dilabel tidak dapat menyediakan yang terbaik buat sahabat yang satu ini. Sedangkan segalanya sudah dijelaskan dan dirinya ambil berat benar tentang saya yang baru sampai. Sungguh, saya memang kehilangan kata-kata. Alangkah pilunya rasa hati kerana ini kami berdua bersengketa buat seketika. Saya berasa pilu benar, bukan kerana kawan yang satu telah meninggi suara, telah memarahi saya ditempat terbuka. Malah bukan kerana saya tidak diberi langsung peluang untuk membela diri. Saya berasa pilu kerana perihal saya telah membuatkan kawan saya dimarahi. Saya berasa pilu kerana telah membuatkan kawan saya yang saya sayangi itu resah. Saya berasa pilu kerana telah menjadi seorang kawan yang telah melukakan hati kawan saya.. Mengapa sampai begitu?
Air mata yang keluar waktu itu tiada lain. Penyesalan saya kerana membuatkan kawan saya menerima kesannya.
Sungguh, saya tak perlukan layanan istimewa. Jangan dibebani kawan saya itu. Bebannya bukan sedikit. Jangan bimbang tentang saya. Saya pandai membawa diri.
Sungguh, waktu itu, saya fikir, ada baiknya saya balik sahaja ke Kuantan. Waktu itu saya fikir, tak ada gunanya lagi saya berada di Program ini. Dan waktu itu saya berkata pada diri, ini program puncak jaya terakhir bagi saya walaupun saya sangat sayangkan program ini. Sungguh...
Lama saya terpaku dengan air mata yang tak putus-putus mengalir. Ditenangkan orang lain pun tak berdaya untuk saya kurangkan rasa pilu itu. Sungguh... dia sahabat saya. Sahabat yang saya sayangi. Dan saya telah melukakan hatinya begitu.
Sejujurnya, saya mohon maaf. Sebaik sahaja tiba, seorang kawan saya telah mengajak untuk tidur bersama. Jadi, saya terima sahaja. Namun lain pula jadinya bila kami sampai dibilik. Katil yang disediakan hanya satu buat kami bertiga. Jadi saya putuskan, tidak mengapa, nanti malam kita fikirkan. Mungkin boleh tidur dibilik sebelah lagi dengan yang lain. Namun, ada yang risau tentang perkara itu. Risaunya hingga membuatkan keluar perkataan-perkataan tidak enak dilemparkan pada kawan saya itu. Akhirnya, dalam emosi tak terkawal, saya dimarahi dek kawan yang satu.
Sungguh, saya sendiri sudah empat tahun terlibat dengan Program Puncak Jaya ini. Saya dah biasa dengan keadaan sesak. Saya dah biasa bergilir-gilir makan. Saya dah biasa bergilir-gilir tidur. Saya dah biasa turun naik bangunan. Saya dah biasa tidur lewat bangun pagi seawal pagi. Puncak Jaya bukan sekali setahun tetapi tiga kali setahun. Saya dah lali tidur berimpit-impit. Saya dah lali berkejar ke sana sini. Jelasnya, saya tak perlu layanan istimewa. Tak perlu. Dan Jangan persoalkan perkara itu dengan bahagian Operasi. Mereka jauh lebih berat tugasnya dari bahagian perundingan!
Dan rasa pilu itu, masih ada dalam hati saya. Hingga ke hari ini walaupun Puncak Jaya Fasa 1 telah berlalu beberapa hari yang lalu....
rindu uncak jaya yg lama, berpenat tapi satisfied kan!!! Tabahkan hatimu kawan
ReplyDelete