Assalamualaikum warahmatullahiwabarakahtuh...
Macam-macam terjadi sekarang. Sejujurnya emosi saya masih belum stabil. Dugaan takkan putus untuk hadir. Saya merasakan bahawa ada sesuatu yang hilang dari hidup saya. Sesuatu yakni ruang untuk menjadi saya yang dulu.
Benar, tak saya nafikan, sedikit sebanyak faktor umur ada mempengaruhi indakan saya sekarang. Namun jika hati sentiasa runsing, apa gunanya kan?
Tentang broken relationship with that person juga bagaikan sudah tiada jalan penyelesaian. Atau baik saya mahupun dia sudah tidak mahu mencari jalannya. Saya akui, kadang-kala saya beremosi yang kurang baik. Saya mudah tersentuh atau tersentap dengan apa sahaja yang berkaitan dengannya. Apakah saya takut untuk kalah? Atau, saya sememangnya tidak boleh menerima sebarang kekalahan apatah lagi apabila kami dibandingkan? Atau, kisah ini telah menjadi terlalu kompleks untuk dihuraikan?
Tentang kerinduan pada keluarga yang memuncak juga sedikit sebanyak mempengaruhi saya. Namun, saya harus kuat. Saya bukan lagi budak-budak sekolah yang minta dilawat setiap minggu. Entah, kadang-kala hal remeh-temeh ini juga membuatkan saya rasa gelisah dan tertekan.
Tentang pembelajaran yang semakin hari semakin merosot. Banyak benar yang menganggu. Inilah kehilangan yang terbesar saya kira. Saya hilang fokus. Hilang kekuatan. Dan hilang skil belajar saya. Sungguh, bukan mudah untuk memperbetulkannya...
Life is never easy kan? Huhuhuhuhu....
No comments:
Post a Comment