Sunday, March 27, 2011

Belajar menerima dan memaafkan

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia buat semua.

Ini cerita tentang my MBA. Huhuhu. Tadi saya pergi kelas buat kali pertama buat semester ini... Waaaaaaaaaaa sy dah senior sebab dah semester ketiga..... Hehehee..

Apapun, saya akan cuba melakukan yang terbaik. Lebih dari apa yang telah saya lakukan pada semester yang pertama... Hehehe... As u know my second semester was full of demotivated and unsatisfactory feelings towards others and myself. Huhuhuhuhu...

Iya, ianya sangat teruk kan bila rasa tak bermaya. Rasa tak mahu proceed. Rasa dengar suara pun nak marah apatah lagi bila nampak mukanya. Aduhai, terukkan? Sampai alergik macam tu sekali.

Rasanya memang teruk. Saya sendiri tak betah. Saya sendiri rasa bagai longlai segala. Namun, hingga kini, susah benar nak menghilangkan rasa teruk ini. Jangan kata dengan keadaan ini saya rasa gembira. Tidak sesekali.

Apa jua, saya mahu berbaik. Jadi kita harus belajar menerima antara satu sama lain.Belajar untuk tidak menyakiti. Belajar untuk saling kasih mengasihi. Belajar kembali untuk bersangka baik. Belajar menerima segalanya.

Eh, macam dah lari tajuk je nie? Hahaha. Emo sekejap. Iya semester ini, saya akan lebih mencuba. Cuba bersungguh-sungguh.

Namun, entah kenapa perasaan 'sakit' itu masih terasa. Susah benar untuk saya buangkan. Bagai dulu, saya takut hendak kembali menerima. Kerana saya bimbang hati saya kembali disakiti. Saya bimbang kerana manusia ini lain-lain caranya. Cara saya begini. Malah cara kamu mungkin berbeza. Saya takut dalam memaafkan saya menyakiti. Saya takut dalam menerima kamu, saya disakiti. Iya, bukan mudah untuk menerimanya.

Maafkan saya.
Iya bukan mudah. Apa jua, andai kamu boleh hilangkan diri dari saya, itu saya rasa lebih elok. Andai kamu boleh menjadi halimunan itu lebih elok juga. Andai kamu boleh jauh dari saya itu elok juga. Dan andai kamu tidak dikaitkan dengan saya, itu lebih elok saya rasa.

Tetapi, saya punya fikiran begini. Ikut rasa, binasa. Ikut hati, mati.

Apa jua, doakan saya kawan-kawan..

Thursday, March 24, 2011

Rendu rumah @ Sg Retang

Assalamualaikum............

Ini cerita rendu ye kawan-kawan...Ngeh ngeh ngeh...

Saya sejak bersekolah menengah memang jarang balik ke rumah. Bila dah masuk universiti pun sama. Memang sangat jarang balik. Di universiti dulu sebab risau dengan assignments yang berlambak... sampai nak balik cuti pun boleh pk nak balik ke tak nak balik. Adoyai! Cuba tanya students sekarang? Cuti start hari Jumaat, Khamis dah ilang pastu ari ahad tak reti-reti nak balik. Suka2 nak cuti lebih. Hmmmmmmm....

Bila dah bekerja ni pun sama. Tambahan pula sekarang bila belajar semula ni. Hmmm lagilah saya jarang balik. Itu yang sesekali bila dapat cuti saya cuti panjang-panjang. Macam baru-baru ni amik kau seminggu penuh..huhuhu..

Tapi terasa lama tak balik ke Sg Retang. Cuti baru-baru ni sempat balik sekejap je. Tak sampai 4 jam. Hmmm...

Dalam 4 jam tu saya siap round kawasan rumah... Tengok-tengok apa yang terbaru...

Sekali ni ha!


Durian! Bila masa pokok ni berbunga pun tak tahu. And kalo tengok saiznya dah tak lama nak gugur lah nie.... Confirm time buah ni gugur saya tak dapat balik sebab.... saya punya kelas berderet2 sampai bulan 6. Hmmmm...

Tapi ada jugak pokok durian yang baru berbunga... Arap-arap melekatlah nanti...

(X nmpk pulak bunga durian nie..ngeh ngeh ngeh)
One more:

Ha! Pokok kerdas depan umah berbuah lebat. siap boleh capai ngan tangan. Walaupun saya tak gemar tapi biasanya bila dah banyak begini, mak akan jual pada peniaga sayur. Abangku yang boleh kata suka makan kerdas pun mcm tak sabar-sabar je nak panjat pokok nie. Mak kata tengok warna kulit kerdas ni, tak lama lagi masaklah.


Pokok jambu depan umah.. Tepi garaj kereta pulak tengah berbunga lebat... Memang pokok jambu air ni tak putus-putus berbuah... Tapi kali ni tengok gaya macam lebat jugak hasilnya nanti... Rendu nak makan colek-colek jambu lah pulak!

Jenguk-jenguk kat tepi dapur nampak sayur sawi tembakau mak macam segar-segar... Hahaha, kasi potong dan bawak balik ke Kuantan.. Ni antara rupa pokok Sawi Tembakau for those yang tak pernah makan.



Orked-orked mak kemain jugak berbunga...... Hehehe... Layan sahaja yer....


(ni orked ke? Hahahahaha... ni bunga ros ye kawan2)




Itulah, saya ni memang suka dengan pokok-pokok kot. Dulu mak saya suka tanam sayur... Sekarang ni mak tak berapa recover lagi tu yang pokok sayur tak banyak. Pernah satu ketika sampai dah tak lalu nak makan petola sebab mak tanam petola banyak sangat... Kami juga pernah berkebun kacang panjang, peria, Sawi kerinting, Sawi pelbagai jenis, timun, lobak putih, dan lain-lain...

Apapun, saya juga rendu kawan saya...

Anis dan Aziah... Hmmm nanti bulan 6 aku balik yer...ngeh ngeh ngeh....

Ermmmmm x apalah. Kejayaan kan perlukan pengorbanan..
Moga-moga tercapai segala yang dihajati
Moga Sg Retang sentiasa aman dan sentiasa mendapat rahmat dari Allah SWT.

Monday, March 21, 2011

Hari Isnin yang mengantukkkkkkkkkkkk

Assalamualaikum..........

Huhuhu mengantuk sangat ni. Pagi tadi punyalah rasa macam nak ambil MC sebab mengantuk dan takde mood nak datang kerja. Untuk kelas, saya tak buat apa-apa persediaan pun... Huhhuhuhuhu.

Saya tahu kenapa saya macam malas je nak datang kerja. Antara sebab adalah:
1) saya cuti seminggu baru-baru ni. Cuti yang sememangnya cuti. Duk umah pun bangun lambat je.
2) Erm sebab tension ngan result test bebudak
3) Erm..lain3 sebab la kot...

Untuk mengatasi keboringan ni meh layan beberapa cerita bergambar dibawah ye...



Satu petang Puan Wawe mengidam pudding diatas dan saya dan Kak Ina pun pergilah meneman. Tak jauh pun tempatnya dari rumah saya. Kami pergi lepas office hours dan makan-makan la yang lain-lainnya.


Ini dia Puan Wawe ngan Puan Mazlina (soon-to-be Dr. Mazlina). Ni kira my best buddies la. Wawe my housemate and Kak Ina pulak kira macam kakak saya la.


Menu saya petang ini (kebiasaan sbnrnye) Kueh Tiaw Hongkong dan air chinese tea..



Okaylah. Kami makan di Sri Affa berdekatan Hotel Seri Malaysia. Tempat ni terkenal dengan steamboat tapi kami memang jarang makan steamboat disini. Nasi Ayam disini pun bagus juga. Tapi Puding Raja yang Wawe mengidam tu memang sedap sangat. Disebabkan itu saya dan Wawe punyalah mencari di facebook dan blog pembuatnya untuk mengenali beliau dengan lebih lanjut...hehehe.

Okay, cerita tentang cuti seminggu saya baru-baru ini, saya balik ke Raub. Plan asalnya adalah duduk di Raub (umah kakak saya) sampai hari Isnin, balik ke Jerantut sampai hari Rabu. Petang Rabu ke Raub semula. Pagi Khamis hingga petang Jumaat kami ke Cameron Hinglands dan Pagi Sabtu rancangnya nak balik kampung di Hulu Dong. Ahad petang balik ke Kuantan dari Raub...

Ini plan asalnya tapi seminggu saya duduk di Raub. Plan nak ke Cameron terpaksa dibatalkan sebab Anak buah saya, Adib Naqiuddin dimasukkan ke hospital....


Dan saya bantu kakak dan suami jaga anak kakak yang kedua... Afnan Muaz


Akhirnya kami sempat ke kampung sahaja pada hari Sabtu. Congrats untuk anak buah saya (anak sedara sepupu coz emaknya yang sepupu sy) Hamidi dan Pasangan


Ahah! saya pergi jugak Reunion sekolah...... seronok sangat............ Layan gambar dibawah yerrrrrrr










Okay, Tadaaaaaaa
Semoga yang baik-baik sahaja akan hadir dalam hidup kita semua.........

p/s: title je ari isnin tp upload entry ni ari rabu...layan jelah yerrrrrrr

Friday, March 18, 2011

Bersyukur

Assalamualaikum dan Salam untuk semua...

Alhamdulillah. Keputusan semester lepas telah saya ketahui. Apa jua ianya memerlukan usaha yang berlipat kali ganda lagi.

Semester lepas saya bagaikan hilang arah tujuan. Penuh dengan rasa Demotivated. Tak bermaya. Lemah atau hilang semangat. Semua ada. Hilang semangat itu turut memberi kesan yang bukan sedikit pada kerja saya. Iya,pernah dipanggil oleh bos atas sikap endah tak endah saya ini. Aduyai, bukan mudah untuk berjaya.

Alhamdulillah juga, permohonan mendapatkan bantuan pendidikan untuk bayaran pengajian saya telah diluluskan. Sungguh saya bersyukur.

Doakan saya tetap terus berjuang.
Doakan saya tetap tabah
Doakan saya tetap cekal
Doakan saya tetap hati dan iman pada-Nya
Doakan kejayaan itu menjadi milik saya
Doakan saya tak mudah alpa
Doakan saya tak mudah mengalah
Doakan saya tak cepat melatah
Doakan saya agar selalu redha
Doakan saya agar selalu bersyukur dengan nikmat-Nya
Doakan saya agar hanya yang baik-baik sahaja akan hadir dalam hidup ini.........

Terima kasih teman.

Sunday, March 6, 2011

Saya Bimbang Kehilangan Kamu, Sahabat....

Sahabat

Salam kasih untuk sahabat
Yang bersusah payah kerana kesusahanku
Beriku pinjaman sukar aku bayarkan Beriku kefahaman
Dulu aku keliru.

Salam kasih untuk sahabat
Yang mengajarku jangan jemu
Ilmu tak luntur oleh ulangan
Jiwa tak lebur oleh sumpahan
Salam hormat setingginya.....sahabat
Aku kagum pada hujahmu.

Aku pernah tiba pada tempat
Pujian murah
Cacian cepat.
Aku pernah tiba pada padang
kebenaran semakin kurang.

Kini aku berdiri
Dengan kaki peribadiku
Pertemuan denganmu....sahabat
Berikan aku makna hakikat.....!

Akhirnya saya temui sajak tentang sahabat yang saya sukai.

Benar bagai tajuk entry, saya bimbang sekali kehilangan sahabat. Benar, kerana pernah hilang sahabat saya. Sakitnya hingga kini masih terasa.

Namun, sampai bila saya harus bersikap kebudak-budakkan begini. Saya sudah dewasa maka, saya harus kuat menggagah diri seorang diri. Namun entahlah, mungkin saya sendiri tak ramai kawan-kawan rapat. Jadi bila mereka terpaksa pergi jauh menyebabkan saya sedikit terganggu. Childish kan?

Tak lama lagi, kawan saya akan berhijrah ke Kuala Lumpur. Namun saya harus redha. Dia ada tanggungjawabnya yang tersendiri. Saya tahu saya sendiri harus kuat. Perlu bergagah sendiri. Perlu bertabah sendiri.

Aduyai....

Wednesday, March 2, 2011

Sebuah sajak tentang sahabat

Assalamualaikum.

Apa khabar semua.. Semoga hanya yang baik-baik sahaja akan hadir dalam hidup kita semua.

Oh ya, ini entry sekadar nak bercerita sahaja. Sebenarnya, semalam saya dilanda mood swing terkenang kawan-kawan. Dari kawan-kawan sekolah, hinggalah ke kawan ketika di universiti dan juga kawan-kawan ditempat kerja. Juga, kawan istimewa yang sentiasa dekat dan selalu di hati. Erm... kisah kawan-kawan.

Pernah satu ketika, mungkin sepuluh tahun yang sudah atau 6-7 tahun yang lalu ada satu sajak tentang sahabat yang kata org mencuit hati saya. Bahasanya indah namun penuh dengan maksud. Malangnya,saya sudah lupa akan baris-baris katanya.

Entah, saya mohon maaf kalau saya tersilap. Rasanya ianya nukilan seniman agung Usman Awang. Dulu, ada dibaca berulang kali sebagai satu bentuk commercials di RTM. Saya masih ingat setiap kali ia diulang tayang saya akan cuba sedaya upaya menyalin. Namun sekarang, mungkin buku yang tulis sajak itu sudah tiada. Entahlah.

Semalam juga, saya cari di internet namun belum menemui hasil..

Yang saya ingat sedikit sahaja.

"Aku pernah sampai pada daerah.....cacian mudah....pertemuan dgnmu sahabat, berikan aku makna hakikat" macam tulah. Kalau x silap saya, ada 3 rangkap semuanya...


Itulah ye, sesiapa tahu tentang ini, beritahu saya ye...