Thursday, March 24, 2011

Rendu rumah @ Sg Retang

Assalamualaikum............

Ini cerita rendu ye kawan-kawan...Ngeh ngeh ngeh...

Saya sejak bersekolah menengah memang jarang balik ke rumah. Bila dah masuk universiti pun sama. Memang sangat jarang balik. Di universiti dulu sebab risau dengan assignments yang berlambak... sampai nak balik cuti pun boleh pk nak balik ke tak nak balik. Adoyai! Cuba tanya students sekarang? Cuti start hari Jumaat, Khamis dah ilang pastu ari ahad tak reti-reti nak balik. Suka2 nak cuti lebih. Hmmmmmmm....

Bila dah bekerja ni pun sama. Tambahan pula sekarang bila belajar semula ni. Hmmm lagilah saya jarang balik. Itu yang sesekali bila dapat cuti saya cuti panjang-panjang. Macam baru-baru ni amik kau seminggu penuh..huhuhu..

Tapi terasa lama tak balik ke Sg Retang. Cuti baru-baru ni sempat balik sekejap je. Tak sampai 4 jam. Hmmm...

Dalam 4 jam tu saya siap round kawasan rumah... Tengok-tengok apa yang terbaru...

Sekali ni ha!


Durian! Bila masa pokok ni berbunga pun tak tahu. And kalo tengok saiznya dah tak lama nak gugur lah nie.... Confirm time buah ni gugur saya tak dapat balik sebab.... saya punya kelas berderet2 sampai bulan 6. Hmmmm...

Tapi ada jugak pokok durian yang baru berbunga... Arap-arap melekatlah nanti...

(X nmpk pulak bunga durian nie..ngeh ngeh ngeh)
One more:

Ha! Pokok kerdas depan umah berbuah lebat. siap boleh capai ngan tangan. Walaupun saya tak gemar tapi biasanya bila dah banyak begini, mak akan jual pada peniaga sayur. Abangku yang boleh kata suka makan kerdas pun mcm tak sabar-sabar je nak panjat pokok nie. Mak kata tengok warna kulit kerdas ni, tak lama lagi masaklah.


Pokok jambu depan umah.. Tepi garaj kereta pulak tengah berbunga lebat... Memang pokok jambu air ni tak putus-putus berbuah... Tapi kali ni tengok gaya macam lebat jugak hasilnya nanti... Rendu nak makan colek-colek jambu lah pulak!

Jenguk-jenguk kat tepi dapur nampak sayur sawi tembakau mak macam segar-segar... Hahaha, kasi potong dan bawak balik ke Kuantan.. Ni antara rupa pokok Sawi Tembakau for those yang tak pernah makan.



Orked-orked mak kemain jugak berbunga...... Hehehe... Layan sahaja yer....


(ni orked ke? Hahahahaha... ni bunga ros ye kawan2)




Itulah, saya ni memang suka dengan pokok-pokok kot. Dulu mak saya suka tanam sayur... Sekarang ni mak tak berapa recover lagi tu yang pokok sayur tak banyak. Pernah satu ketika sampai dah tak lalu nak makan petola sebab mak tanam petola banyak sangat... Kami juga pernah berkebun kacang panjang, peria, Sawi kerinting, Sawi pelbagai jenis, timun, lobak putih, dan lain-lain...

Apapun, saya juga rendu kawan saya...

Anis dan Aziah... Hmmm nanti bulan 6 aku balik yer...ngeh ngeh ngeh....

Ermmmmm x apalah. Kejayaan kan perlukan pengorbanan..
Moga-moga tercapai segala yang dihajati
Moga Sg Retang sentiasa aman dan sentiasa mendapat rahmat dari Allah SWT.

No comments:

Post a Comment