Wednesday, March 2, 2011

Sebuah sajak tentang sahabat

Assalamualaikum.

Apa khabar semua.. Semoga hanya yang baik-baik sahaja akan hadir dalam hidup kita semua.

Oh ya, ini entry sekadar nak bercerita sahaja. Sebenarnya, semalam saya dilanda mood swing terkenang kawan-kawan. Dari kawan-kawan sekolah, hinggalah ke kawan ketika di universiti dan juga kawan-kawan ditempat kerja. Juga, kawan istimewa yang sentiasa dekat dan selalu di hati. Erm... kisah kawan-kawan.

Pernah satu ketika, mungkin sepuluh tahun yang sudah atau 6-7 tahun yang lalu ada satu sajak tentang sahabat yang kata org mencuit hati saya. Bahasanya indah namun penuh dengan maksud. Malangnya,saya sudah lupa akan baris-baris katanya.

Entah, saya mohon maaf kalau saya tersilap. Rasanya ianya nukilan seniman agung Usman Awang. Dulu, ada dibaca berulang kali sebagai satu bentuk commercials di RTM. Saya masih ingat setiap kali ia diulang tayang saya akan cuba sedaya upaya menyalin. Namun sekarang, mungkin buku yang tulis sajak itu sudah tiada. Entahlah.

Semalam juga, saya cari di internet namun belum menemui hasil..

Yang saya ingat sedikit sahaja.

"Aku pernah sampai pada daerah.....cacian mudah....pertemuan dgnmu sahabat, berikan aku makna hakikat" macam tulah. Kalau x silap saya, ada 3 rangkap semuanya...


Itulah ye, sesiapa tahu tentang ini, beritahu saya ye...

No comments:

Post a Comment