Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia buat semua.
Ini cerita tentang my MBA. Huhuhu. Tadi saya pergi kelas buat kali pertama buat semester ini... Waaaaaaaaaaa sy dah senior sebab dah semester ketiga..... Hehehee..
Apapun, saya akan cuba melakukan yang terbaik. Lebih dari apa yang telah saya lakukan pada semester yang pertama... Hehehe... As u know my second semester was full of demotivated and unsatisfactory feelings towards others and myself. Huhuhuhuhu...
Iya, ianya sangat teruk kan bila rasa tak bermaya. Rasa tak mahu proceed. Rasa dengar suara pun nak marah apatah lagi bila nampak mukanya. Aduhai, terukkan? Sampai alergik macam tu sekali.
Rasanya memang teruk. Saya sendiri tak betah. Saya sendiri rasa bagai longlai segala. Namun, hingga kini, susah benar nak menghilangkan rasa teruk ini. Jangan kata dengan keadaan ini saya rasa gembira. Tidak sesekali.
Apa jua, saya mahu berbaik. Jadi kita harus belajar menerima antara satu sama lain.Belajar untuk tidak menyakiti. Belajar untuk saling kasih mengasihi. Belajar kembali untuk bersangka baik. Belajar menerima segalanya.
Eh, macam dah lari tajuk je nie? Hahaha. Emo sekejap. Iya semester ini, saya akan lebih mencuba. Cuba bersungguh-sungguh.
Namun, entah kenapa perasaan 'sakit' itu masih terasa. Susah benar untuk saya buangkan. Bagai dulu, saya takut hendak kembali menerima. Kerana saya bimbang hati saya kembali disakiti. Saya bimbang kerana manusia ini lain-lain caranya. Cara saya begini. Malah cara kamu mungkin berbeza. Saya takut dalam memaafkan saya menyakiti. Saya takut dalam menerima kamu, saya disakiti. Iya, bukan mudah untuk menerimanya.
Maafkan saya.
Iya bukan mudah. Apa jua, andai kamu boleh hilangkan diri dari saya, itu saya rasa lebih elok. Andai kamu boleh menjadi halimunan itu lebih elok juga. Andai kamu boleh jauh dari saya itu elok juga. Dan andai kamu tidak dikaitkan dengan saya, itu lebih elok saya rasa.
Tetapi, saya punya fikiran begini. Ikut rasa, binasa. Ikut hati, mati.
Apa jua, doakan saya kawan-kawan..
No comments:
Post a Comment