Thursday, September 1, 2022

Menaiki Keretapi Ke Kluang

 Assalamualaikum semua.

Moga happy - happy semua hendakNya. 

Hanya mahu simpan kenangan di sini. Manalah tahu di masa akan datang, boleh dirujuk atau boleh dijadikan panduan untuk orang lain walaupun saya tahu mungkin blog bukan lagi platform terbaik dizaman teknologi kini. Tak apalah, benda ada kan, gunalah sahaja. 

Trip menaiki keretapi ini sudah berlegar - legar perancangannya sejak beberapa bulan lalu. Cuma tidak jelas. Hanya dua minggu, kami memilih tarikh dan tempat tujuan. Sungguhpun begitu, kami terpaksa menukar tempat tujuan disaat - saat akhir kerana kehabisan tiket. Asalnya kami mahu jalan - jalan menaiki keretapi ke Wakaf Baru, Kelantan. Namun tiket balik habis dijual dan tidak sempat dibeli. Maka, kami pilih Kluang kerana tiket ke selatan masih banyak lagi untuk tarikh yang kami hendak pergi itu. 

Ayuh bercerita dahulu tentang perjalanan dan apa yang berlaku sepanjang trip.

Kami bertolak menaiki kereta dari rumah di Kuantan sekitar pukul 11 malam Khamis (25 Ogos 2022) dan sampai di Bandar Jerantut sekitar pukul dua pagi. Mungkin terlalu excited hingga sampai awal entahlah. Mungkin juga salah timing. Keretapi kami pagi itu, dijangka sampai pukul 4 pagi. 

Oh ya, jika mahu naik dari Stesen Jerantut, seeloknya sampai dalam pukul 3.30 pagi itu di kira nice. Ini kerana kami sampai awal, tiada tempat untuk duduk dan mengopi. Kedai - kedai di Bandar Jerantut sudah tutup semuanya, malah tandas di Stesen Keretapi juga berkunci dan hanya dibuka sekitar jam 3.30 pagi. 

Keretapi Ekspress Timuran dari Tumpat sampai di stesen Jerantut, tepat waktunya dan naiklah kami segerombolan di gerabak T4. Kami bertujuh semuanya dalam Trip kali ini. Keadaan dalam keretapi bagi saya, sangat selesa. Cuma tandasnya sahaja yang kecil. Agak sukar nak ambil air sembahyang kerana dek perlu mengimbangi badan di kawasan yang sangat kecil. Sungguh pun begitu, keadaannya bersih. 6 jam dalam keretapi, kami tiba di Stesen Kluang. Stesen baru. Di tingkat atas Dua tingkat rasanya. Maka perlu turun menaiki tangga atau ikut laluan yang disediakan. 

Tiba sahaja kami dijemput Uncle Eddy dan Uncle Lee. Dalam carian kami di facebook beberapa hari sebelum berangkat, menemukan kami dengan banyak review tentang service Uncle Eddy. Boleh tempat kereta dan Uncle Eddy juga jadi pemandu dan travel guide. Maka kami tempah. Tetapi kerana jumlah kami yang ramai, Uncle Eddy beri job ini pada Uncle Lee. Uncle Lee bawa kereta Alza. Muatlah kami 7 orang. Uncle Lee punya service memang TERBAIK!!!. Lepas tu pandai ambil gambar lagi. We dont have to request, he himself asking for our phone and take the pictures on our behalf. Seronokkan bercuti sekali ada photographer? Uncle Lee memang best. Dengan energetic, peramah dan suka juga melawak. Nanti I detail kan dibawah harganya ye.

Tempat pertama Uncle Lee bawa adalah kedai makan. Kami brunch terus. Apa yang boleh kata tempat makan yang Uncle Lee bawa memang masakannya best dan murah. Kami makan Soto darat, nasi dengan pelbagai lauk dan macam - macam lagi. I ambil bergedil dan sambal jawa, Allahu sedap. Kemudian, kami ke Kluang Coffee Powder factory. Lawa sangat tempatnya. Instagramable. Uncle Lee ni kami rasa memang ada share dalam kilang ni sebab dia selamba sangat. Sampai - sampai terus dia hidangkan air kopi kepada kami, Promote lagi. Jadi pembantu cashier lagi. Malah, dia tahu selok beloknya walaupun kawasan itu untuk staff sahaja, tetapi Uncle Lee bawa juga kami. Malah, di suruh staff di cafe untuk ambil gambar kami juga. Juga Uncle Lee tahu props apa nak guna dan pose apa yang sesuai. 

Then kami ke area Gunung Lambak. tetapi tak jadi kerana hujan. Tetapi Uncle Lee bawa kami ke private farm. Ada rusa, lembu/kerbau yang saiznya humang ai besar sangat, ada kuda, kambing juga. Kami diberi peluang beri makan pada binatang - binatang tersebut. It's free of charge. I think, ni Uncle Lee confirm ada share. Bila hujan dah berhenti, kami ke area Gunung Lambak tu semula. Tidaklah naik hingga ke puncak gunung tetapi dikawasan bawahnya sahaja. Ada jambatan gantung lagi. Mungkin jika tidak hujan, boleh mandi di sungai disitu juga. Dan ada pool juga untuk kanak - kanak. Di area tersebut, ada sebatang pokok yang mana batangnya seperti ada dua ekor buaya bercantum. Tetapi saya tidak pula mengambil gambar. Sementara di situ, kami jumpa juga beberapa pendaki yang baru turun dari Gunung Lambak. 

Then, hujan lagi. Akhirnya Uncle Lee kata, mungkin you all boleh lepak mall sementara nak tunggu waktu check in hotel. Boleh juga kan. Kami jalan - jalan sahaja di Kluang Mall. Dan saya lepak secret recipe kerana mahu duduk dek penat berjalan ditambah pula dengan rasa mengantuk. 

Saya orangnya paling susah hendak tidur dalam kenderaan. Entah mengapa, memang begitu sejak dahulu. Maka, sejak pagi Khamis hingga bawa ke petang Jumaat, sudah hampir 32 jam saya tidak tidur. Memang rasa exhausted sangat. 

Uncle Lee bantu kami hingga kami berjaya Check in di hotel petang Jumaat itu. Dan lepas Asar, kami keluar sendiri sekitar bandar. Kami dinner di Kluang RailCoffee Cafe yang berdekatan dengan hotel. Kemudiannya kami berjalan mencari street arts. Banyak cuma, saya tak teruja. Sayang, warnanya sudah luntur. Seolah tidak dibaikpulih. Tidak pelbagai seperti di Kuantan Street Arts. Tetapi mungkin juga kami tak jumpa versi yang lawanya. Lalu kami lepak di Dataran Kluang buat seketika dan pulang itu singgah di Family Mart. 

Malam itu memang tiada aktiviti. Tidur pun awal. Namun tidur diganggu sekitar jam 1.30 pagi. Kena ambush dengan pejabat agama. Allahu. Kelakar pon ada. Tapi pengalaman tuh! Bolehlah dikatakan priceless! Hahaha! Thumb up to those yang bekerja, menyelamatkan anak bangsa seagama dari terjurumus dalam perkara - perkara maksiat. 

Hari Kedua bermula dengan Uncle Lee jemput kami dari hotel dan bawa makan di Bawah Kolong. Kolong tu maksudnya ruang sempit. Maafkan saya jika silap ye. Untuk pengetahuan semua, pagi itu sebelum ambil kami di hotel (sekitar jam 10 pagi) Uncle Lee dah pergi buat site checking tau. Dah tanya dengan owner Bawah Kolong jika nanti kami tiba sekitar jam 11 pagi, makanan dah ready atau tidak. So, bila kami sampai, sudah banyak makanan tersedia. Di sini dijual makanan berlauk. Murah! Dan sedap! Recommended!

Kemudian, Uncle Lee pass the baton kepada Uncle (Allahu lupa namanya). Kerana Uncle Lee dah ada slot lain. Jadi Uncle yang lagi satu bawa kami ke UK Farm Resort. Best UK Farm Resort ni. Kawasannya luas. Ada tanaman pohon - pohon seperti durian, durian belanda, ciku, jambu batu, jambu air, kelapa, mulberry, markisa dll serta ternakan kambing, rusa, arnab, ostrich, itik, ayam dll serta kawasan perkambungan orang asli yang mana disediakan persembahan buat pengunjung. Bayar sahaja tiket berharga RM 38 seorang, naik bas ramai - ramai dan akan berhenti di 10 check points jika tidak silap. Di sini merasalah saya beri makan kambing, beri susu kepada anak - anak kambing, beri makan itik, ayam kampung. ostrich, arnab, rusa dan belai - belai kuda. Tempat ni lawa. Boleh bergambar sakan. Dua jam kami di sini dan Uncle yang tadi, tetap sabar menunggu. Kemudian Uncle bawa kami makan cendol di Long Cendol. Sedaaaaaaap!!!Dan Murah!!!

Setelah itu, kami minta Uncle hantarkan kami ke Sawah Sagil dengan sedikit tambahan bayaran. Ada ex-student belanja ke kedainya dan dia aturkan transport untuk menghantar kami ke Stesen Keretapi malam nanti. Ex - student kami ini dah lama bergraduat. Seingat saya, beliau belajar dengan saya sekitar tahun 2008 atau 2009 lagi. Beliau dan keluarga sekarang usahakan perniagaan cakoi di sawah sagil betul - betul ditepi petak sawah milik keluarganya. 

Kemudian, kami dibawa pula bersiar - siar di Ayer Hitam. Kami dibawa ke Arena. Pilihlah mana - mana yang hendak dibeli. Kemudian, kami singgah di Masjid. Untuk bersihkan diri, solat dan berehat sebentar. Usai solat jamak Maghrib dan Isyak, barulah kami menuju Stesen Keretapi Kluang semula. Train kami dijangka sampai sekitar jam 10.30 minit malam. 

Perjalanan pulang kami menaiki keretapi menjadi panjang kerana train kami mengalami masalah teknikal di Stesen Gemas. Sepatutnya sampai di Stesen Keretapi Jerantut sekitar jam lima pagi tetapi disebabkan masalah teknikal tersebut, kami tiba sekitar jam 7.40 pagi. Apa jua, bersyukurlah.

Okeh, meh tengok gambar ye.

Masa ni sekitar jam 3.30 pagi di Stesen Jerantut. Muka excited semua tu.



Keretapi tiba dari arah Kuala Lipis.

The Famous Kluang RailCoffee. Penuh dengan orang.


Cawangan di Jalan Duku. Berdekatan dengan hotel kami




model - model iklan. Hahaha




Kluang Coffee Powder Factory ni very instagramable. Ditambah pula oleh Uncle Lee yang pandai suruh kita pose dan ambil gambar, macam - macam aksilah terjadi. 


Siap dah mendaki Gunung Lambak ritu

Uncle Lee ambil gambar dari bawah ni. Sanggup dia.




Di kawasan Gunung Lambak ni, meriah juga. Cuma hari tu hujan. Maka tak banyak tempat boleh teroka.


Tu dia our Uncle Lee. Memang energetic habis. Tour Guide paling best!!!




Jalan - jalan sekitar bandar Kluang. Lepak di Dataran Kluang

menu makan di Kluang Rail Coffee. Pau tu sedao yakmat weh!

Cendol ni sedappppppp!



Dah lama tak naik bas reramai, kan?






Part feeding kambing ni, paling meriah. Juga part feeding ostrich. Cuma takde gambar pulak. 


Ain, dua dari kiri adalah bekas pelajar kami dalam jurusan Diploma Pengurusan Teknologi. Jika tidak silap saya, graduate tahun 2010 atau 2011. Ain dan keluarga mengusahakan kedai makan dengan menu utama cakoi, mee bandung, dan mee goreng. Lokasinya betul - betul di tengah sawah. 

Cakoinya viral. Selalu mendapat tempahan. Kedainya viral. Jam lima sahaja, mula jammed depan kedainya. Alhamdulillah. Walaupun dah lama grad, tetapi kami sentiasa ingat Ain. Sedari dulu, pekertinya baik sekali. 

Ain dan pensyarah - pensyarahnya. Semua masih ingat Ain. Dan Ain juga masih ingat semua kami

Dihadapan kedai Ain, ada signboard Sawah Sagil. Kami bersama Uncle (tak ingat nama. Kawan Uncle Lee)



Antara yang menu di kedai Ain. Jika kawan - kawan berada di Kluang, Ayer Hitam atau kawasan sekitar, pergilah ke Sawah Sagil. Singgahlah kedai Ain. Cakoi Permata Sagil. TERBAIK! RECOMMENDED

Once landed at Stesen Jerantut, pagi Ahad lalu.. Ahli rombongan ni best! Second trip ahead. Dah decide, ke utara selepas ini. Kita jangkakan Februari tahun depan. Jangkanya begitu sebab nak tunggu cuti semester dulu. Maklumlah jadi pensyarah zaman le ni especially di private university, strugglenya lebih. Jika pergi hujung tahun ni, banyak kerjaan, banyak audit. Hopefully dapat menabung juga dulu. Sebab jika ke Utara tak cukup trip dua hari. Travelling day sahaja kena dua tiga hari. At least empat lima hari punya trip, kan?

Okay ni sikit belanjawan:
Tambang ticket Jerantut - Kluang - Jerantut = RM 26 X 2 = RM 52
Tambang sewa kereta + guide awesome = RM 180 X 2 hari = RM360, bahagi 6 orang = RM 60
Bilik hotel = RM 73 - RM 79
Minyak kereta + tol = RM 60 roughly

Okaylah, later kita kasi update lagi jika jadi eh!


TADA...
BYE






No comments:

Post a Comment