Lama tak bersiaran kan. Sihat semuanya? I alhamdulillah. Cumanya busy tak habis - habis. Semester dah sampai ke penghujung tapi bersambung pula dengan semester pendek. Jadinya tiada waktu bersenang - senang. Hehehe.
Okaylah, marilah share berita tak seberapa ni. Harap korang suka baca.
Dimulakan dengan Majlis Makan Malam anjuran Kelab Pentologi. Dah setahun, I jadi penasihat kelab pelajar Diploma Pengurusan teknologi (Pentologi) ni. Banyak juga aktiviti yang dirancang. Semester ini asalnya kami rancang nak buat dua aktiviti besar iaitu Seminar dan juga dinner. Dan yang menjadi adalah dinner sahaja.
Alhamdulillah dapat sambutan seramai 102 orang peserta. Alhamdulillah berjaya juga para ajk merealisasikan dinner ni dalam tempoh 3 minggu.
Macam biasalah. Kita dahulukan muka tuan tanah. Yes I pakai make-up that night. Di make-up kan oleh my dear students. Diorang memang advance la benda - benda begini. Terkejut kita tengok barang make - up dorang. Kemain besar begnya. So, I kata, I nak nampak natural sahaja, jadi nilah hasilnya. Make - up kemain, tak pakai glasses. End up tak nampak hahaha. Sejenis rabun dan sejenis tak pernah pakai contact lenses.
Ni sebahagian lecturers + Students Sem 1 + Sem 3. Kan tu dah pakai glasses sebab dah tak nampak. hehehe.
Sisters. Dorang dua orang ni pon kemain melaram. Make -up juga.
Peminat ajak bergambar. I pakai simple je. Malas sebenarnya...
Boy band baru nak up. Semester 2. Junior sangat lagi |
The committees. Macam - macam gaya. Mostly semester 4
Yang dirai. Final semester students. Sem depan pergi praktikal. Bakalan rindu. Hehehe.
Semester 4
Semester 2. Ramai juga yang datang. Batch ni ramai sebenarnya tapi sebab kita punya dinner during study week, tu yang tak ramai.
Emcee kelaut that night. Sejenis tak rehearsal. Tapi tak apalah. Bagi I okay sahaja.
Ini ketua projek. Shafiq Ikhwan aka YB dan Shifa. Ini memang abang dan kakak kawasan. Hahaha. Tengok YB punya style. Kemain...
Bergambar dengan artis. Hehehe. Umar, semester 2, menyumbangkan suara untuk dua buah lagu malam tu. Umar, baru semester 2
Ni I kasi besar. Yang depan tu, my MUA untuk dinner ni. She did good right? Shamira dan Ummul. Baru semester 2.
Princess sangat this girl. Shadiqin. Kalau tak make - up pun dah lawa + fotogenik, apatah lagi bila pakai make - up.
Linda, Semester 2 |
Aisyah, Semester 4 |
Mira Razak, Semester 2 |
Amira Fazlin, Semester 2 |
Azri aka yong, Semester 6 |
Kak Ita. Lecturer Ekonomi |
Bila iphone Miss, students belasah selfie... Layankan jelah
Student Paling Senior, Iedin. |
Laila dan Munirah |
Auni dan siapa ye.. Tak ingat pula namanya. Semester 2 ni. |
Si model. Tinggi. Lawa. Pandai Bergaya. Fatin Fakhira, Semester 6 |
Rasanya dari korang sem 1 dah ada gambar macam ni. Hehe. My fans. No lah. My students. Sem akhir ni |
Okay ni last. Jodoh be like. Hahaha. Dua - dua mata sepet, Hidung dua - dua mancung (perasan eh?), Cara senyum pun sama, Kening pun lebih kurang sama Hahahaha. Lagi kelakar, dua - dua ada eye-bag kemain besar. Tapi harapnya jodoh I nanti tak sejenis yang pakai subang. Hehehe, Jangan salah anggap ye, ni student I. Namanya Sow. Semester 4. Budaknya baik. Rajin pulak tu.
Dah, tutup Pasal Dinner. Now meh I share sikit cerita tentang Laman My Bonda.
I berkesempatan balik baru - baru ni. Mencuri masa sedikit. Mulanya nak cuti dari Rabu so dapatlah lama sedikit di kampung. Tapi tak jadi, Akhirnya I balik hari Sabtu, balik semula ke Kuantan hari Isnin petang. So tiga hari di kampung halaman, tak mudah juga bagi I. Busy you. Sesampai di kampung tengahari Sabtu, I terus lunch. Sebaik lepas zuhur, ke bandar. Balik pula ke rumah hampir jam 10 malam. Hari Ahad pula, sebelah petang melawat anak saudara di asrama. Balik ke rumah menjelang pukul 9.00 malam. Isnin pagi ke bandar lagi. Bonda nak selesaikan bayaran hasil. Sampai rumah pukul 1 petang dan sekitar 3.30 petang, I pun memulakan perjalanan balik ke Kuantan. Sampai Kuantan sekitar jam 7.00 malam. Dan lepas maghrib, I ke pejabat. Buat kelas. Students nak exam. Allahu. Tak reti nak kata apa. Penat memang ada tapi tak mengapalah. Memudahkan urusan keluarga kan satu ibadah juga. Bonda ada bertanya kalau - kalau dapat balik lagi. Tapi I tak berani nak kata. Kita doa - doalah sahaja ye.
Memang tak sempat ronda laman my bonda. Apa yang I perasan, beberapa pokok pisang sedang berbuah. Pokok - pokok buah lain, sedang naik daun muda. Bunga - bunga, macam biasalah meriah.
Pokok Puding. Sedang dalam pemulihan. Kenapa? Bonda hari tu sibuk ambil tempahan. Beratus pokok. Jadi banyaklah dahan di tut, dicantas untuk tujuan itu. Ada seorang pembaca blog bertanyakan tentang pokok puding Bonda tapi masih belum boleh ditunaikan hasratnya. Pokok kecil. Belum berdahan. Dan bonda sendiri tidak berapa sihat. Harapnya sabar menunggu jika masih mahu menunggu. Maaf dari kami sekeluarga.
Lawa kan? Macam so soft je petals tu |
Ada berani? |
Ini satu lagi yang kemain lah berbuah. Lebat. Lepas tu bila dah masak warnanya merah terang. Geram pulak. Bonda tak sihat, jadi belum sempat proses buah - buah mahkota dewa ni untuk di buat ubat. Perasaan masa tengok buah dia masak ranum ni adalah nak sangat petik lepas tu nak gigit. Macam juicy sangat. TAPI, tak boleh. Bijinya beracun. Kalau nak buat Ubat pun, prosesnya renyah dik oi!
Pokok - pokok mahkota dewa ni memang ditanam dekat sempadan rumah jiran sebelah kiri. Kalau tak silap ada lapan pokok. Semua tengah rancak berbuah. I suka pokok ni bila dalam dua fasa. Masa berbunga dan bila buah masak begini. Bagi I lawa.
Mulanya I tak mahu ke laman belakang tapi Bonda kata, pergilah ambil buah limau kasturi. Buahnya lebat. Lepas tu boleh capai dengan tangan sahaja dahannya. Boleh buat jus. Boleh buat basuh - basuh ikan. Jadinya pergilah I dalam berkira - kira nak balik Kuantan tu ke laman belakang. Sekali on the way tu nampak pula pokok limau purut ni. Masya Allah, lebatnya berbuah. Ni dahan yang I dapat capai. Allah, hampir 12 biji buahnya. Musim kata Bonda. Asyik ambil buah limau kasturi, lupa pula nak ambil gambar. Dapatlah juga seplastik buah. Bonda kata juga, pokok kasturi di laman tepi belah kanan dan dilaman depan juga sedang berbuah lebat. Rezeki... Syukur.
Kemboja. Adenia. Musim panas ni memang menjadi - jadi bunganya.
Pisang 40 hari kata bonda. Tepi beranda. My bonda, memang tanam pisang ikut suka dia je kat mana. Keliling laman depan belakang kiri kanan memang banyak pokok pisang. Harapnya dapatlah nanti pisang untuk buat kerepek raya.
Duduk kampung, macam nilah. Ada rezeki lebih, pasti dikongsi dengan jiran - jiran. I terkenang - kenang bagaimana kami ketika kecil diajar arwah abah dan bonda, arwah pokde- arwah mokde, arwah ayah-arwah makchu, pakchik - makchik, arwah aki - wan tentang berkongsi dengan jiran - jiran. Walaupun I panggil mereka begitu, we are not real relatives tapi dah diajar seperti kaum keluarga begitu. Dulu zaman kecil - kecil, kami diajar makan bersama selang hari, berselang rumah. Misalnya tengahari ni, semua orang bawa makanan dari rumah masing - masing, makan bersama di rumah yang lain. Berkongsi makan. Berkongsi lauk. Sama - sama. Jadi tradisi. Lepas tu, jika ada kenduri, sama - sama memasak, sama - sama sumbang tenaga dan duit. Apatah lagi menjelang hari raya, bertukar - tukar juadah. Makan bersama. Dulu parents I kerja, jadi I dah biasa ditinggalkan di rumah jiran - jiran. Ikut shift. Kadang - kadang siang. Kadang - kadang malam. Dah biasa tidur dirumah jiran - jiran. Antara yang I ingat lagi, jiran - jiran selalu kata dengan my parents, tak perlu susah - susah siapkan makanan untuk I seharian. Apa yang mereka makan, itulah yang I akan makan. Allahu. Macam tu sekali. Dan ada masanya, ada rezeki jiran - jiran juga dari bonda dan arwah abah.
Ah, bila throwback ni, boleh mengalir pula air mata.
Mari sedekahkan Al- Fatihah buat arwah abah, arwah pokde, arwah mokde, arwah ayah, arwah makchu, arwah aki, arwah long azhar, arwah kak ngah, arwah kak ta, arwah gale, arwah teh, arwah ngah jantan, dan semua yang telah pergi. Semoga rohnya dicucuri rahmat.
Okaylah, melalut dah ni. Entry ni pun dah kemain panjang. Jadi baik berhenti.
In shaa Allah, ada kelapangan, I akan sambung menulis disini.
Illa Liqa' Maassalamah.
No comments:
Post a Comment