Monday, May 21, 2018

Update Laman My Bonda

Assalamualaikum

I balik ke kampung halaman sempena hari mengundi baru - baru ni. I balik dari hari Ahad hingga Hari Khamis. Alhamdulillah dapat berlama - lama sedikit di kampung halaman.

Apa lagi, pagi - pagi dah melawat kawasan. Tengok apa yang baru di laman. Ada satu hari itu bonda mintak ambilkan gambar pokok - pokok puding dia dan beberapa jenis lagi. Katanya nanti boleh tengok - tengok semula bila dah habis musim. So layankanlah permintaan bonda ni.



Kita mulakan dengan gambar owner of #lamanmybonda. My bonda, 65 years old. 





Sebahagian Laman depan Laman My Bonda. Menghijau? Alhamdulillah..


Bunga ni I tak tahu namanya apa. Berwarna biru keungguan. Masya Allah. Indah.


Ini kami panggil Kemboja Thailand. Banyak species dirumah. Senang tumbuh pokok bunga ni. Kerat sahaja kemudian terus tanam. In shaa Allah tumbuh segar. Batangnya berduri dan bergetah banyak.




Daisy atau Gerbera. Tiga species dirumah. Rancak berbunga 





Bonda kata ini nama bunga ini Tapak Dara. Ada beberapa species. Warna ungu, warna merah pekat, Warna putih. Pokoknya tak besar mana. Species pokok renek



Limau Purut. Yang ini yang berbuah. Daunnya tidak sesuai dibuat gulai kata bonda. In fact pokok limau purut yang ini memang tidak banyak daun. Berbuah lebat. Setangkai boleh cecah berbelas - belas biji. Rezeki Allah.



Pegaga kerinting. Pegaga ni memang dari I kecil bonda suka tanam. Dulu kecil - kecil I dan adik beradik selalu dipaksa bonda untuk minum air pegaga. Kata bonda elok untuk menghafal dan kuatkan ingatan. Ini species kerinting. Jenis biasa tu pun banyak. Malah, di laluan ke laman belakang, ia ditanam seperti rumput sahaja. Melata begitu. Banyak polibeg bonda tanam pegaga kali ini. 





Janda Kaya. Ada dua jenis. Satu berbunga merah. Satu berbunga putih. 















Antara Puding dan species asam batu/keladi. Pokok puding my bonda ni, kecil - kecil lagi. Sebab ini semaian kedua. Yang besar - besar dulu dah banyak dikerat - kerat. Yang ini pon ada yang menempah tapi sebab pokoknya kecil dan belum berdahan banyak, kenalah tunggu. Minta maaf banyak - banyak ye. 

Ada seorang pembaca blog hendak menempah. Tapi bonda kata belum sesuai dikerat lagi.


Ini buah kedua. Pokoknya kurang berdaun. Berbunga banyak tapi tak lekat. Kadang - kadang I rasa pokoknya tidak sihat. Cuma I harap ia dapat bertahan. Sebab pokok ini I yang beli. Usianya menjangkau 4 tahun



Jambu air. Lebat berbuah tapi sayang buahnya buruk. 



Pokok Lemon. Pertama kali berbuah. Pokoknya besar. Mabuk daun. I balik baru ni, I intai sungguh - sungguh pokok lemon ni. Ada lima biji buahnya. Berbuah di hujung dahan. Allah, tak sabar nak tunggu ia membesar bagai juara.

Pokok Lemon di rumah bonda, ada empat pokok semuanya. Tapi hanya yang ini pembesarannya baik. Yang lagi tiga tu pokoknya segan - segan hendak meninggi. Benih yang ini, adalah kami beli dari Cameron Highland tahun 2016 hari tu. Ada dua pokok dari Cameron ni. Yang lagi dua pokok tu, bonda semai dari biji dari lemon yang dibeli di pasaraya. Mungkin ia dari biji, maka pembesarannya pon tak banyak. Pokok - pokoknya halus lagi.



Mulberry. Ini pokok induk di rumah. Banyak dahan - dahannya di cantas dan ditanam pula. Pokok yang ini semakin hari semakin meninggi. Kadang - kala susah nak ambil buahnya.


Bunga raya species miniature. Memang bunganya kecil sangat. 



Limau kasturi. Pokok induk juga ni. Berbuah lebat. Pokoknya tinggi. Nak ambil buah kena pakai galah yang disambung dengan gunting rambuatan. Buahnya banyak. Bonda suruh bawa balik ke Kuantan. Katanya kalau tidak mungkin terbiar sahaja. 

Sekarang musim citrus di kawasan rumah bonda. Pokok - pokok limau berbuah banyak. Di rumah jiran pokok limau nipis dan limau madu berbuah lebat. Bonda kadang - kadang swap dengan jiran - jiran. Tapi duduk dikampung, kawasan luas, setiap rumah ada pokok limau juga. Tu yang sebabnya balik mengundi baru ni bonda kata pergilah ambil buah limau ni. Nak swap dengan jiran pon, dorang pon ada pokok limau masing - masing yang berbuah lebat. 

Rezeki kan? Syukur pada Allah.

2 comments:

  1. bestnya kebun. suka sangat tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bonda yang suka berkebun...
      Dapatlah anak - anak dan cucu - cucu merasa...

      Delete