Wednesday, July 4, 2018

Cerita Raya Acik Laura Part 1

Assalamualaikum.
Apa khabar?
Selamat hari raya kawan - kawan.

Apa macam sambutan raya korang? Mesti seronok kan? Well, sambutan raya acik Laura alhamdulillah seronok juga. Biasalah raya kan.

Okay ni cerita panjang eh. Ni pun baru part 1. Tunggulah ada few parts lagi... hahaha
Kita mulakan dengan kisah pre raya.

I sampai rumah beberapa minit sebelum berbuka petang Rabu, 13 Jun 2018 iaitu petang Ramadhan ke 28. I gigih kan hati memandu lepas office hours. Dari Kuantan 4.30 dan sampai rumah kampung around 7.20 malam. Tidak lah laju. Cuma tak banyak kenderaan bila dah masuk highway. Masa kat area kuantan nak ke gambang tu, banyak giler kenderaan. Lepas tu semua laju - laju. Serun weh. Luckily bila masuk highway dah okay.

So malam tu, I risik la dengan along. Apa menu kita kena memasak esok hari ni. My along punya response:

1. Ketupat perlu rebus. 2 packet so 72 ketul.
2. Rendang ayam 3 ekor
3. Daging masak dendeng
4. Masak menu berbuka. Maybe patin tempoyak tiga ekor
5. Malam pulak, macam biasa kuah lodeh.
6. Malam jugak, awak kena buat kek gula hangus. Mak hendak makan. Okay.
7. Malam jugak, dengarnya kak De nak buat lemang periuk kera.

Fuh, sepanjang hari esok dari pagi ke malam dah ada menu. Humang ai!

I tanya along, kak de balik pagi ke petang? Along response petang. Allah, hehehe. Maksudnya dari pagi ke petang memang tak keluarlah daku dari dapur. Hehehe. Angah pulak sejak kerja di Banting ni, memang tak lah balik awal. Lagipun angah masih baru kat company yang ni. Baru tiga minggu. so susahlah nak cuti. I dah bayang, kalau kak de sampai awal dan angah sampai awal, ramailah sikit boleh tolong ke dapur. Hehehe. Tapi tak ada rezeki. Tak mengapalah. Semua manageable.

Okay, Tugas I setiap kali menjelang raya adalah, mesin kelapa. Yeah! berpuluh - puluh biji you! Tapi sebab tak melemang tahun ni, jumlah yang I kena mesin tak banyak lah. Cuma berbelas - belas je. So pagi - pagi hari Ramadhan ke 29, I pon memulakan tugas. Sambil - sambil tu rebus ketupat segera. Nasib yang segera je. Hahaha.

Kemudian along kata, u buat rendang eh? I was like.... okay... sejenis redha. Tapi lega last - last tu along yang selesaikan. Cuma sebab jarang merendang, along selalu lupa berapa bawang kena sediakan whatsoever. Jadi, along serahkan tugas tu kat I. I kan rasa, lepas mesin kelapa sampai tengahari I asyik kopek bawang je. Hahaha, yelah banyakkan nak masak.

So along chef rendang. Lepas zuhur, I mula kisahkan daging lembu 2 kilo. Yang ni masak dendeng. Prosesnya renyahkan? Daging tu rebus. Dah siap rebus, hiris. Dah hiris tumbuk. Dan tumbuk goreng. Lepas tu baru sambalkan. Allahu. Naik pitam weh. Nasib rasanya boleh layan. Dan mestilah ia paling laku. Hahaha. perah santan betul!

Ini utk rendang ayam sahaja.


ayamnya besar - besar...

ni pun utk rendang sahaja. nanti blend dengan lada kampung pula.



ni ha kejadian daging dendeng masakan I.

Petang tu kakak sampai. Dia kisahkan pula periuk kera yang dia bawa balik. Almost 100 pieces. Malam tu baru melemang. Nasib kukus je.

Malam tu, I lepas isyak, terus kisahkan kek gula hangus. Well, ni memang favorite my bonda. Jadi selalu buat. Since few years ni, memang bonda suruh I buat. Agaknya dia rasa dah boleh pass kat I. Dulu kek ni memang bonda punya specialty lah. So buat kek ni tak susah mana. Kacang je. Sementara I buat kek, my kakak n along dan few anak saudara kisahkan pula masak kuah lodeh. Ni lagi I menu wajib dirumah I tetiap raya.

Bila kek dah dibakar, Kuah lodeh dah siap, we all kisahkan pula lemang periuk kera. I think masa tu dah lewat juga. Around 11 pm. Time tu jugak, santan tak cukup. Kena mesin kelapa lagi. Aduhai. Angah I sampai rumah bonda around tu jugak.

I cakap dengan kakak, I dah tak larat nak tunggu kat tepi dapur. Kakak kata, tolong isi pulut dalam sarung periuk kera jelah. I said Okay. Tapi... almost 100 pieces you! Rasa nak muntah you! Serius I cakap. Sebab non stop kot dari pagi dah bekerja keras. Stop pun untuk solat je. Tapi seronok juga. Lepas dah isi semua dalam sarung, I pun mengalah. Tidur. Tinggallah kak de menunggu bersama angah. Dengarnya siap mengukus pukul tiga pagi. Allah... Hahahah... gigih tak kitorang?

isi separuh je pulutnya.

hasilnya

masak lodeh. 

kejadian kek gula hangus I

Okay, now masuk kisah raya hari pertama...
Macam biasalah pagi - pagi tu makan bersama. Kemudian sesi bermaaf - maafan. Kemudiannya sesi memberi duit raya. Kemudian ke masjid.

Balik masjid kami ke rumah jiran - jiran. Ni tradisi kami di Jalan Tilan. Ada 6 rumah kesemuanya di Jalan Tilan ni. So setiap kali raya akan ziarah setiap rumah dan biasanya aktivitinya adalah sesi tahlil. Habis bacaan tahlil, makan. Sambil - sambil tu sesi ramah mesra. Jadi dari pagi ke zuhur inilah lah sahaja aktivitinya. Dan setiap tahun, rumah I adalah rumah terakhir sebab Angah yang biasanya jadi ketua bacaan. Bila jadi rumah terakhir, kena prepare lebih sikitlah sebab dah selesai semua, jadi semua akan ambil masa yang panjang borak - borak.

Tahun ni I sempat ikut ke rumah jiran dua buah je.





Ni kat rumah jiran sebelah rumah. Jiran ni jarang ada di kampung. Sebab mereka ada rumah di kampung asal mereka kat Raub dan selalunya mengikut anak - anak yang bekerja di KL. Time raya mereka sambut di kampung sini. So seronoklah sebab dah lama tak jumpa. Gambar I atas ni dengan jiran I yang I panggil Makchik. Anak - anak saudara panggil Wan Chik. 

anak buah yang besar. Actually 5 orang tapi yang sulung tu kena kerja time raya pulak



Ni pulak kejadian di rumah I. Kita kasi makan hidang.

Bila semua dah balik rumah sendiri, kita pon photoshootlah pulak. Sambil - sambil tunggu orang datang rumah.

Mari mulakan dengan keluarga kak De. Kak de ni anak ketiga bonda I. Kakak atas I.

ketahuilah nak dapat gambar ni kemain susah...





Dorang team biru muda tahun ni. Anak kakak I memang semuanya lelaki. Macam - macam aksi tu ha. 

Now, Family angah I pulak. Angah I ni adalah satu - satunya anak lelaki bonda dan arwah abah.




Dorang team purple tahun ni. Besar panjang dah anak - anak angah ni. Yang sulung tu yang perempuan dah kat U. Yang lelaki ni dah form 4. Lepas tu kemain menurut mak abahnya yang tinggi. 


Family Along I? Dorang team biru jugak. lebih kepada warna cyan. Tapi sebab tak cukup geng sebab anak along yang sulung tu kena bekerja during raya, sudahnya tak ada bergambar family pon. Tak apalah nak buat guana.


Jiran sebelah rumah.

Anak saudara ke 3, ke 8 dan ke 9 Moksu Laura

Anak saudara ke 5 Moksu Laura. Ni si bongsu my Along



My eldest niece..

My youngest nephew for now...

Budak - budak datang beraya. Mostly anak jiran - jiran.

Okaylah. Inilah sahaja cerita raya di kampung halaman. Tahun ini banyak bergambar. Adalah bahan nak masuk dalam blog. In shaa Allah, jika berkesempatan nanti I sambung bahagian kedua dan ketiga.

May Allah bless us always...






1 comment:

  1. Selamat hari raya zura.. maaf zahir batin ye . Meriahnya raya zura kat kampung..!! Seronok tengok gambar.. Dah besar Anan & geng :)

    ReplyDelete