Saturday, July 21, 2018

Ceritera Raya Acik Laura Part 3


Assalamualaikum. Apa khabar semuanya? Semoga sihat blaka. Lama kan tak update. Kebizian la. Banyak pending works. Sudah lah pending, banyak juga yang muncul tiba - tiba. 

So mari sambung kisah raya Acik Laura. Ini cerita berhari raya di office pula. 

Setiap tahun, mesti tunggu majlis open house Kolej. Sebab meriah dan banyak makanan. Tahun ini di buat di Dewan Jubli Perak kerana tempat biasa iaitu our own river garden, tak sesuai kerana kerja - kerja pembinaan block akademik baru. Dan, bila tiba sambutan hari Raya di Kolej, seperti biasa kita akan photoshoot dengan geng2. Dan lokasi photoshoot kali ni ada lah di waterfront Tanjung Api. Kenapa? Sebab tempat tu lawa dan bersebelahan masjid. Jadi lepas bergambar boleh zuhur dan langsung ke dewan. 


Ketika kami sampai di lokasi tengahari gat gat itu, kapal2 atau tongkang baru berlayar dari Jeti Tanjung Api. So ini sebahagian yang dapat di capture. 



Kali ini ajak geng grab bergambar. Kenapa geng grab? Biar lah rahsia... 

Oh ya, bila I tengok gambar ni kat phone, marah jap sebab tak center. Hahaha. Gelak meriah kitorang. Gambar yang first tu I ambil kan tu nampak elok. Saje je. Nak buat macam mana, nasib lah kan photographer. Memang gitu lah nasib. But then, okaylah. Moment yang paling penting. 


Bagai berjanji berbusana berwarna hitam mereka ini. 


Ini setelah tibanya kami di dewan. 

Sebahagian geng grab




Asalnya masa tunggu turn tu geng yang lelaki tengah posing, tapi bila turn kitorang, kawan yang seorang tu tak mahu berganjak. Hehe. Ini geng opis. 

Kami geng perempuan menghuni Pejabat Dekan FBM. 


Ni geng. Yang berbaju melayu warna merah tu namanya DK Dayat. We all dulu satu opis di Casa Tanjung. Geng Casa Tanjung ni memang rapat walaupun Sekarang dah merata tempat lokasi opisnya. Yang baju biru tu geng sama2 ajar UTM. Khairil namanya tapi kami panggil Keril. 


Masa ni dah siap makan. Tapi tak boleh balik sebab tetamu utama belum sampai. Hehehe. Tu my student selfie. 




Lagi gambar photoshoot. Ketahuilah waktu ni panas sangat - sangat. Tapi relakan jualah. 


Dari tempat I mengambil gambar ini, kami panggil kawasan Tanjung Api atau sudah hampir dengan Pantai Gelora. Nun diseberang sana yang nampak pasir tu, namanya Pantai Tanjung Lumpur. Lihat begini memang dekat tapi jika ikut jalan raya kena melalui jambatan yang merintangi Sungai Kuantan. 

Lagoon. 


Budak2 buat persembahan. Tiga ahli band ni adalah my student. Punya lah lama nak tunggu tetamu utama sampai macam - macam lagu dah dorang nyanyi. Ada jugak dorang bantai nyanyi lagu putus cinta. We all layan kan ajalah sambal melahap. Hahaha


Haish, fail teruk bila cikgu - cikgu (Read pensyarah) cuba bergambar comel - comel seperti student. 



Ada kot 3 kali amik ice cream ni




Ni pulak masa jamuan raya kat main campus. Geng2 pensyarah anjurkan secara potluck. Macam2 makanan ada. Meriah sangat. 

Gambar last tu, adalah satu group pensyarah lelaki ni bagi tahu menu dorang Menu Rahsia. Tertunggu - tunggu jugak. Rupanya hari tu dorang Bawa ice cream dan jajan. Macam - macam jenis jajan. Ni antaranya. Pandai simpan rahsia. Hahahaha. 

Okaylah. Ni je cerita raya. Lenkali I update lagi ye. Sekarang sangat busy. Ni pon I tulis guna my hp sebelum masuk tidur. Okaylah, esok I nak bekerja. Nak masuk opis. 

Doakan kerja I dipermudahkan ye... 


4 comments:

  1. hi zura,,saya nora nape geng grab, geng shaklee nak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nora. Kenapa geng grab? Hahaha biar lah rahsia ye..
      BTW thanks singgah

      Delete