Semoga Allah rahmati kita semuanya.
Okeh mari sambung kisah raya Acik Laura.
Bahagian 2 ni, Acik Laura nak share cerita beraya dengan kawan - kawan sekolah.
Alhandulillah dapat jumpa kawan - kawan sekolah walaupun tak ramai.
Hari raya ke dua, Ada seorang kawan tiba - tiba datang. Tak bagitahu awal pun. Terkejut lah kita. Tapi happy berlebih - lebih.
Ni bff I since sekolah rendah. Geng habisan ni. Tapi la ni memang sangat jarang dapat jumpa. Shes a teacher. Her mother is my tailor. Sungguh. I kenkadang hantar je kain, her mother akan buatkan baju yang sesuai.
Kawan I ni namanya Aziah. Family kitorang agak rapat. Alahai terkenang zaman kecil - kecil naik basikal round kampung. Lepas tu lepak rumah dia ni selalu. Yelah bff kan? hehehe.
Ni pulak Bff since sekolah menengah. Yang lelaki tu. Afif namanya. Dulu zaman bujang, waktu raya selalu datang rumah I ni lepak - lepak dari pagi sampai petang. Parents kitorang pon kenal. Kebetulan dia ni saudara rapat keluarga angkat I.
Seingat I, dia antara yang awal menegur I masa I mula - mula masuk sekolah tu. Well, I dulu masa form 1 tukar sekolah. So, bff I ni memang peramah habis. Dialah yang mula menegur. Baik sangat bff I ni. Dia akan jaga kawan - kawan dia baik - baik. N sebab bff kan, we all byk share masalah masing - masing dulu.
Alhamdulillah tiga dah anak my bff ni. Wife dia pun dah jadi kawan I. They are both nurses tau! My bff tu now kat USIM.
Hari raya ketiga, kawan - kawan sekolah rendah ada mesej I ajak jenjalan. So pergilah I mengikut. Mula - mula rancangnya nak round sampai 10 rumah tapi rezeki Allah bagi sempat round 2 buah rumah sahaja sebab kawan I tu, tiba - tiba dapat call kawan dia datang rumah. Mengejut jugak. Tak mengapalah. Next year, kita cuba lagi.
Okay rumah pertama kami adalah melawat baby baru. Ada kawan I masih dalam pantang. Kemudiannya ke rumah jirannya kawan yang dalam pantang ni yang mana kawan sekelas kami jugak.
Tu ha, yang sebelah I tu yang dalam pantang. Haslinda namanya. Pantang anak ke dua. Ni geng kelas 6 Bijak SKSR dulu ni. Dorang tiga - tiga ni duduk area KL. Susah nak jumpa. Yelah dah bekeluarga kan?
Ni pulak kan rumah Nor Rohana yang kami panggil Ana Kecik. Memang kecik comel macam tu dari sekolah. Shes pregrant tu. Tak nampak kan?
Kawan yang baju biru tu namanya Nor Faiza tapi kami panggil Nor.. Dan yang berjubah hitam tu namanya Sharifah Nurul Mardiana atau Kak Pah. Menariknya Nor dan Kak Pah ni rumah dorang berhadapan. Hehehe.
Actually kalau cakap pasal geng sekolah rendah, I pon ada geng sekelas yang rumahnya sebelah rumah I. Hehehe. Jiran I tu kembar lagi. Tapi dorang lelaki lah. Jadi geng gitu - gitu jelah sekarang ni. Dulu lain lah, kawan jenayah. hehehe. Tapi raya kali ni both my jiran tu tak balik raya di kampung.
Inilah geng main bola jaring dolu - dolu. Geng basikal. Geng main lompat getah. Geng main bau seremban time bulan puasa. Geng semualah
Okay, kalau jadi perancangan 10 buah rumah kami nak pergi beraya tu, rumah seterusnya adalah rumah Anis yang selang sebuah dari rumah Ana Kecik. Tapi sebab Nor kena balik sebab kawan dia dah sampai, jadinya I sambung beraya rumah Anis petang hari tu. I bawak anak saudara I seorang jadi teman.
Ni namanya dia Norazniza. Tapi panggil Anis. Anis ni another bff I. Masa sekolah rendah tak la bff sangat. Tapi jadi rapat masa sekolah menengah. Yelah masa tu sama - sama duduk asrama kan?
Both our fathers are best friends. Tu yang arwah abah tukarkan I ke sekolah lain, her father pon nak join sekali hantar anak dia ni sekolah sama dengan I. Hehehe. Ni BFF yang special sebab since darjah 1 sampai Tingkatan 5, kitorang satu kelas. Hehehe.
Of course la, banyak sangat perkara we share together. Sama - sama bagi semangat. Shes stay-at-home-mom. Seronok kan? Dapat pulak jaga parents dia sekarang. Rezeki kan sebab dapat berbakti pada keluarga macam ni?
Sebab dah rapat kan, anak - anak Anis ni, atau anak - anak saudara I boleh bergaul baik. I siap mintak my anak - anak saudara panggil Anis ni Moksu Anis. Panggil her husband Poksu Jala. Panggil makayah Anis ni embah dan embah lanang. Dan begitulah Anis. Anak - anak dia panggil I moksu. Panggil Along I, maklong. Panggil bonda I, wan. just like real family. Tu anak Anis yang lelaki dua orang ni, cheeky sangat. Geram. Dorang kenal I. Kalau jumpa I kat kedai kat kampung mesti datang tegur. Sebab dah terbiasa kan.
Moga ke Jannah persahabatan kita ye...
Okaylah. tutup dulu bahagian 2. Nanti I sambung bahagian 3. Bahagian 3 nanti, I ingat nak share psl raya di office pulak.
See u guys....
Jaga diri. Jaga peribadi.
No comments:
Post a Comment