Assalamualaikum..
Dari pagi saya ingin menulis.
Jagalah adab dan Jaga air muka sesiapa sahaja. Kalau marah, bincanglah elok - elok. Jangan dibuat marah - marah di tepi jalan. Jangan marah tanpa usul periksa. Marahlah dengan tenang. Marahlah seadanya dengan bijak. Tak keruan hati yang sedang dimarahi, begitulah juga tak keruan hati saya bila menyaksikan perkara itu. Aduhai, kita sudah dewasa, mengapa berkelakuan seperti budak - budak?
Kalau mahu marah, pilihlah tempat yang sesuai. Kalau marah, fikirkan kita sedang dimarahi bukan memarahi.
Jujurnya, jagalah tingkahlaku kalian. Jangan sampai menjatuhkan air muka orang lain. Berbincang itu saya fikir lebih afdal dari melempiaskan rasa marah yang tak menentu.
Moga - moga kita beroleh kejayaan dunia dan akhirat.
No comments:
Post a Comment