Wednesday, September 7, 2011

Little Updates 2

Assalamualaikum.

May Allah bless you always.

Lama dah tak update blog. Seriously I am busy with many things. Tak terkejar. Later will talk about my Hari Raya Celebration. Sekarang mari bercerita tentang weekend yang baru berlalu. Minggu ni saya pulun rehat habis - habisan. Next week my new semester will commence. So, bersenang -senang lah kan. Starting from malam Jumaat, dah tidur lambat. Menengok dua movie yang diinstall dek anak buah dalam my laptop. Bolehla. Sabtu aktiviti membasuhku bermula. Tapi di Kuantan asyik hujan. Until now, tak kering - kering lagi. Lepas tu pergi Open house... Time pergi terserempak students, so I follow je dorang tapi time balik sesat barat dalam Taman PSJ yang besar gabak tuh. Aduyai.

Malam, ulang baca Tunas by Hlovate. Gelak je manjang. Rendu abisan aku dengan my geng buat kacau a.k.a Kappla. Abis baca Tunas, sambung pulak dengan aA + bB juga by Hlovate. Aduyai, really fall in love with the characters.

Ahad, kemas rumah serba sedikit. Lepas tu pergi dua open house. Kenyang sih. Malam baru buat notes untuk kelas pagi ni. Itupun lepas menengok cite Cave of the Golden Roses. Oh Tarabas! Jadi untuk menangangi mengantok, gi la bancuh air nescafe sekali amik kau tak boleh tido.

Jadi, waktu tak boleh tidur tulah idea menulis datang bertimpa - timpa. Tapi saya simpan je dalam hati. Sebab, kalau bukak laptop dan mula menulis, agaknya sampai ke pagilah tak tido. Entah pukul berapa saya dapat tidur saya pun tak tahu. Tetapi saya sedar pukul 5.30 pagi.

Waktu bangun pagi tadi, kepala memang terasa berat. Longlai je langkah. Hmm, saya kemas barang untuk bawa ke KL petang ini. Esok saya akan berbengkel di UTM, Jalan Semarak.

Masuk opis yang lengang, lagilah mood tak best. Tetapi saya akan lunaskan tanggungjawab saya seadanya. So sekejap lagi saya ada kelas.

Apapun, saya masih lagi merasakan weekeend baru2 ni antara yang best. Sebab saya tahu, nanti sudah sukar untuk saya menikmati weekend apabila kuliah master telah bermula. HUHUHUHUHUHUU

No comments:

Post a Comment