Wednesday, November 13, 2013

Hari ini keputusan UPSR keluar

Assalamualaikum...

Hari ini hari penting buat anak buah nombor tiga I. Si Angah. Anak along I yang nombor dua. Kalau tengok abang dan sepupunya boleh tahan la keputusan mereka. Harapnya si angah ni turut ikut jejak abangnya dan sepupunya lah ye.

Maksu berdebar ngah oi!

Meh I ceritakan sikit pasal si Angah.

Angah nak along I ni agak manja jugak dengan I. Mungkin sebab jarak umur dengan adiknya setahun sahaja. Dari kecil tabiat tak boleh blah dia adalah kalau nak tidur mesti nak main siku orang. Pernah sampai teralih siku I dibuatnya. Sekarang bila dah besar pun kadang - kadang ada jugaklah angin dia nak main siku kalau nak tidur.

Angah ni I tengok sensitif sikit orangnya. Mudah meleleh. Tapi kadang - kadang keras  hati. Mungkin menurun I sikit agaknya. And selamba aje dia sound orang kadang - kadang. 

Nway, dia kira berbakat lah jugak dalam kerja - kerja rumah. Kalau dia bad mood like bergaduh dengan adik dia atau dengan abang dia, dia akan mengemas rumah. Time tu janganlah sesiapa kacau. Dengarlah suara tahap halilintar dia. Kalau dia tengah kemas bilik, janganlah sesiapa masuk bilik tu. Baguslah, hasil kemasan memang baik. Lagi satu I nak cerita dia ni kuat makan. Kalau dia rasa nak makan kek, selamba aje dia godek resepi, then select ingredients, set up mixer and start baking. Kenkadang, I sendiri belum cuba those recipes. Kadang - kadang, time dia rajin, hari - hari jugak dia buat kuih atau masak. That's why I think she has the talent. 

Apapun keputusannya I terima aja. I akan cuba set my mind to not questioning anything. I do hope she's prepared too. Angah, whatever the result is, Maksu will always support you. Maksu will always love you. Go after your dreams...

Okay, dah 10.15 am. Jap gi I nak menelefon angah...Doa sama2 ye agar I dapat terima dengan hati terbuka...

Thursday, October 31, 2013

Random..

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...

Kaifa halukum? May Allah bless us always.

1. Stressed is desserts! Very true. I kalau stress, memang kerjanya nak makan sedap - sedap aje. Entahlah apa yang secret recipe dah buat dalam ramuan dorang sbb I kalau stress melampau, selalu sangat nak reward myself dengan carrot cake secret recipe. Ataupun, I nak makan makanan manis like cakes (I prefer carrot cake, RV) atau I nak makan coklat (nak yang pahit sikit. Tapi coklat xdela pahit sangat kan), atau nak makan ice cream.

Now I know why my diet does not workout. Hahahahahaa.

2. I kalau stress, I selalu sangat terasa nak jenjalan - jenjalan. Biasanya I akan ajak my housemates makan luar atau jenjalan shopping complexes yang ada kat Kuantan ni. Tapi jarang sangat kalau tetiba ajak jenjalan zoo. Sebab I kan penakut. Lately I stres, lepas tu mulalah I tetiba meluap - luap nak pergi vacation. Dan entah kenapa I nak sangat pergi Cameron Highlands walaupun tahun ni sahaja dah dua kali I pergi. This time around I rasa macam nak pergi sensorang. Tak pun, I nak pergi lagi Langkawi walaupun dah pergi last year dua kali. Ada juga I nak pergi KK sebab ari tu nampak junior I update dorang g KK.

Tapi kalau over the sea, I tentulah nak pergi Mekan dan Madinah. Lepas tu barulah I nak pergi Bukit Tinggi, Pagar Ruyong dan sekitarnya. Kalau Indon, I nak sangat pergi pagar ruyong tu sebab nak melihat tanah asal.

I nak juga pergi Durham, UK. Sebab I tersangkut kat novel yang I baca. Lelain tempat I belum rasa nak pergi. Sebab bagi I, I nak pergi dulu semua negeri yang ada kat Malaysia ni.

3. I kalau stress, I nak suasana yang aman damai.

4. I kalau stress, I akan baca kamus bebanyak. Pelik kan? Nanti I tunjuk kamus - kamus yang I ada. Sekarang I tengah asyik nak mengkhatam 'Longman Intermediate Pocket Activator'. Tadi mengemas sbb nak pindah opis ni, I macam tertarik kat satu lagi kamus yang dah lama I tak khatamkan iaitu 'Oxford Marketing'. Tapi, satu tips I nak share, baca kamus kena ada minat. Minat mendalami bahasa. Dan tak boleh buat dalam masa yang panjang. Mesti ada break. I maksudkan BACA kamus bukan HAFAL kamus ye.

5. I kalau stress, I banyak diam. I banyak membaca.

6. I kalau stress, I selalu ajak kawan I shopping kain pasang. Pelikkan I?

7. I kalau stress, I akan menulis panjang - panjang. Buat karangan.

Tapi yang paling afdhal buat I dan semua orang adalah tak kira stress ataupun tidak, mestilah kembali pada Allah. Kalau stress, yang paling elok adalah baca Al - Quran dan perbanyakkan solat. I mungkin pernah lupa, tapi I akan dan sedang perbaiki.


Okay,
Next week audit. N now tengah preparing untuk pindah opis. Nak kata I stress, takdelah sangat. Tapi ada sesuatu yang I risaukan.


Tapi I agak stress memikirkan cermin mata I ni, macam dah kurang power. Pelikkan? Sebab masih baru. Kenkadang I rasa kalau I tak pakai lagi better. Sesiapa yang specky jugak, apa pendapat korang? lepas tu kan, selalu jugak mata I tetiba pedih yang amat hingga mengeluarkan air mata yang banyak. Like menangis terhiba - hiba. Kenapa ye? Ari tu jadi masa I tengah drive balik rumah. Tetiba je macam pedih sangat. I cabut cermin mata, then termenangislah I berderai - derai air mata macam sedih yang amat sangat. Nasib baik time tu, kereta stop kat traffic light. Puas I tahan2 atau paksa air mata tu berhenti tapi tak jadi jugak. Ada kot dalam seminit dua.

Paling terkesan, masa I emceeing perhimpunan bulanan ari tu. Elok je I announce suh semua kakitangan bangun, dan elok je muzik bunyi, terus I meleleh. Bukan meleleh yang perlahan tapi deras. Macam suasana yang sangat sedih. Nasib baik elok je lagu nak habis, I boleh kawal. Kalau tak memang my partner tulah yang kena buat penutup. Apa I kena buat ye? Bagi advice sikit ye...


Okaylah, I stop dulu entry random pasal stress nie...

Mari tengok gambar kek carrot kesukaan I:


Ni versi yang selalu I pergi makan di secret recipe.


Ini versi I buat sendiri. Yang ni belum bakar.


Ini versi dah siap bakar. Rasa sama macam gambar pertama. I jamin. Tapi umah Kuantan, xde oven. Jadi sebab tu I selalu sangat beli aje kat secret recipe. Ni I buat kat umah kat kg...

Huhuhu, how I miss my oven? Korang ade? hahahaha. ada orang rindu oven ye? hahahahahaha

Tuesday, October 29, 2013

Hanya entry biasa

Assalamualaikum.

May Allah bless us always.

Nothing much to jot down. Just wanna say, I need you.

Somehow, life gets harder than before. Thus, make me feel down even on small things.
Deary friends, please don't ask why or what had bothered. What I need is your supports. Your endless supports.

Do not ask why. It's so hard to explain. Or better rephrase, nothing serious has occured. I just need you.

Jazakallah...

Monday, October 21, 2013

Boleh tak rasa nak menjerit

Assalamualaikum.............

Nak menjerit boleh tak?

Cik Laura dalam bilik mesyuarat di HQ. Rasa nak menjerit sangat2.

Arrgggggggggggggggggggggggggggggggggggggg!!!!!

Semalam dapat kerja. At first okay aje. Sebab tahu kat sini semuanya urgent je.

Elok lepas briefing apa bende kena buat, dah rasa macam, Ya Allah, beratnya tugas yang diberi...

Pastu malam tadi dpt mesej lagi. Bengkel bersambung hari Jumaat. Hari Jumaat tu presentation. OMG. Oh mai Allah, Apakah???

I dah tak tahan nie. The inputs semua dalam otak top people. Pergi tanya ke PA all those top people, semua tak tahu. Semua dalam OTAK the boss only.

Then, u assume, The team and I boleh baca OTAK the boss ke? Huhuhuhu nak nangis. Nak menjerit bagai.

Boleh kata the team semua tak involve dari awal. N I pun baru semalam tahu tentang ni lepas dibriefing. N now, U assume, kami leh siapkan the 3-year transformation plan tu within two days and yet the info semua dalam OTAK the boss.

Dah faham korang, meh tolong jerit sesama.

Lepas tu, meh doa sesama supaya kitorang kat sini leh membaca apakah yang terdapat dalam otak top people. Doa sesama jom...

"YA ALLAH, PERMUDAHKANLAH URUSAN KAMI. pERMUDAHKANLAH SEGALANYA"
 

Thursday, October 17, 2013

Away from the office

Assalamualaikum dear readers.

May Allah bless us always.

Now I'm having 4-day- seminar at IIUM. The usual seminar we run 3 phases a year starting from year 2008 till now. It is no other but Program Puncak Jaya.
So, will be away from office a week. Sounds wallah ha?
No lah. Just having some sort of recharging session.

Whatever it is, I must say Alhamdulillah.

Thursday, October 3, 2013

Resepi Kek Batik Acik Laura

Assalamualaikum...

Tetiba nak share pasal resepi. Biasanya I akan publish berkaitan resepi ni kat blog lagi satu. Klik sini

Semalam teringin sangat nak makan kek. Memula nak buat kek coklat lembut kukus. Pastu tak ingat ada ke tak bahan - bahan kat umah. Tak sure susu cair ngan susu pekat manis ada ke tak. Pastu lemon tak ada pulak. Oh lemon ni laura biasa titis kat susu. Tak kira la susu yang digunakan susu cair atau susu segar. Ni petua nak bagi moist okay. Belajar dari blog2 juga.

Pastu bukak fb ada orang tunjuk resepi kek batik. Terus berdesup cik laura nak. Oleh sebab lama giler tak buat, jadi resepi yang duk ingat di kepala pun, dah dilupai. Bukak la blog lagi satu tu. Mujur pernah share. Kalau tak kena la telefon ke rumah sebab kat umah ada simpan resepi masak2 ni setempat.

Jadi congak2, akhirnya buat keputusan nak buat bkek batik. Bahan - bahannya mudah aje. Tengok bawah:

Bahan - bahan mudah sahaja.

  • Susu pekat tin besar tu - guna 3/4 tin aje. semalam rasanya pakai half dan beberapa sudu besar sahaja.
  • Seketul butter (250g). Tapi biasanya Buttercup pilihanku. Buttercup ni ada kot berbulan dah dalam peti ais.
  • 2 biji telur saiz besar. Letakkan secamca esen vanilla.
  • Sepaket biskut marie + beberapa keping lagi. Lebih elok beli dua kampit. Sebab kalau beli brand munchy's tak cukup sepaket. Tapi dah try biskut marie perisa original munchy's paling best utk buat kek batik yang sedap. kuikuikui..
  • Dalam cawan putih tu, sukat separuh cawan isikan dengan serbuk koko. Setengah cawan lagi isikan dengan serbuk milo. 

Cara buat:
Keluarkan kuali. Paling sesuai guna non - stick. Buka api perlahan..
Kemudian, Masukkan seketuk butter. Cairkan


Dah cair sepenuhnya. Masukkan susu pekat tadi. Gaul bagi bercampur... Sebab minyak ngan susu mana leh sebati kan? Kacau selama beberapa minit..

Lepas tu perlahan - lahan masukkan adunan telur dan esen vanilla yang dah dikocak terlebih dahulu. Kena kacau dan perlahankan api. Sebab nanti telur tu nanti cepat sangat berketul2 ketul. Nanti tak cantik..Bagi sampai adunan menggelegak sikit kat tepi - tepi kuali.



Nampak tak tepi2 dah berbuih.. kacau rata dalam beberapa minit ye.

Bila dah menggelegak tadi, cepat2 masukkan serbuk koko dan serbuk milo. 


Serbuk milo lebih halus. X mudah berketul berbanding serbuk koko. Bila dah sebati semuanya, masukkan pula biskut yang dah dipatah - patahkan. 


Gaul bagi semua rata dan terkena campuran coklat. Sebab kuali acik Laura tak besar sangat jadi, lebih elok masukkan sikit2. Gaul sampai puas hati. Kemudian tutup api dan bolehlah masukkan dalam bekas. Tekan dengan senduk atau sudu plastik supaya mampat sebab kalau senduk besi dau susu besi ia akan melekat. Tekan rata - rata sampai puas hati




Inilah hasilnya. Tunggu dalam 15 minit. Bagi sejuk sikit. Lepastu bolehla dipotong.  Macam gambar dibawah:


Perasan x ada huruf Z? Miracle kan?

Inilah kisahnya.. Memang banyak versi kek batik nie. Even my SIL punyer version pun lain. My SIL tu guna separuh ketul butter je n dia ada blend halus sepertiga biskut. 

Serius mudah kan? Korang bayangkan lah acik Laura blaja buat kek batik ni dari housemate zaman blaja kat hostel. Masak dalam rice cooker je. Resepi asal guna gula secawan dan telur tiga biji. Acik Laura ubah sikit dengan guna susu pekat dan guna telur 2 biji sahaja. Ada jugak yang tak guna serbuk koko. Sepenuhnya guna milo sahaja. Ada jugak yang guna coklat masakan... Hehehehe.. mana2 lah.

Okay, selamat mencuba.... (bajet chef la sgt kan I?)